Celoteh

Teratak Manis Baizura

Selasa, 31 Mac 2015

Kek Pelangi Anniversary


Assalamualaikum…Apa Khabar Semua..

 
         
           Entri kali ini berkenaan tempahan daripada Nik Norazlin, opismate Bai yang nak surprisekan suaminya untuk anniversary perkahwinan yang ke 5 tahun. Katanya sambutan yang dulu tu buat ala kadar sahaja memandangkan suaminya sentiasa bertugas di luar kawasan. Tahun inilah mereka dapat merasa menyambut ulangtahun perkahwinan mereka dengan meriah  dengan memotong kek bersama-sama. Pastu lawan menyuap kek ke pasangan masing-masing..cewwahh..

         Apapun Bai doakan mereka agar sentiasa bahagia hingga ke Jannah. Terima kasihlah kerana memberi kepercayaan untuk menyediakan dan menghias kek mereka ini. Bai sangat berbesar hati kerana dapat melakukannya. Yang penting korang gembira dan seronok meraikan bersama orang yang tersayang.
 
 

         Sambil mendeko kek ini, Bai memikirkan barang-barang mentah bakeri yang akan naik sempena GST esok 1 April 2015. Ramai juga yang memomokkan GST ini. Bai percaya di setiap perkara yang kerajaan buat adalah untuk melindungi rakyat daripada penindasan golongan yang sudah kaya bertambah kaya ini. Tujuan utama kerajaan adalah untuk mengawal harga barang di pasaran supaya tidak berlaku penipuan harga, meningkatkan taraf hidup rakyat dan sebagainya.

         
           Mungkin ada di kalangan kita yang memang tidak tahu langsung tentang GST. Dah tak tahu tu jangan sebarangan je cakap. Nanti Nampak awak tu yang tak cerdik. Bai pun bukannya tahu semua tetapi kita ikutlah juga perkembangan dan taklimat tentang GST ini. GST ini adalah Cukai Barang dan Perkhidmatan(Good and Service Tax)yang bermaksud cukai kepenggunaan yang dikenakan bila kita pengguna berbelanja. GST ini adalah menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan(SST) yang bertindan. Rupanya sebelum ni kita bayar cukai 2 kali tuu..

         Macam-macam tohmahan dan dakyah sesat tentang GST ni..Bai cuma rasa kecewa sedikitlah dengan segelintir rakan yang selalu mengutuk pemimpin yang ingin melaksanakan dasar-dasar baharu seperti ini. Bukan saja-saja nak mengangkat orang yang berpengaruh apatah lagi mana-mana parti politik. Cuba kita buka kotak pemikiran untuk lihat diluar sana. Tak tahu, kenalah bertanya, mencari kebenaran..mesti ada pro dan kontra..kitakan rakyat bijak, tak gitu??

         Hmm..panjang pulak penerangan kali ini..tak mahulah tension-tension..sakit otak bagai..meh kita layan Kek Pelangi Di awangan ini..hehe.. 
    

Tiada ulasan: