Assalamualaikum…
Tiada apa yang
harus dikesalkan dalam hidup..teruskan hidup dan perbaiki sikap dan tuturkata
serta bersandarkan lah pada Allah SWT…
Hati ni memang dah lama berniat nak
buat Kek Sandwich Victoria..teringin sangat-sangat nak buat..apatah lagi pabila
melihat kebanyakan blog orang lain dah buat dengan hiasan yang mengiurkan..Memang
tertanya-tanyalah juga kenapa nama Victoria..rupanya ada sejarahnya. Bai dah siap translate lagi tu..hehe..
Anna Russel, Bangsawan dari Bedford
(1788-1861), merupakan salah seorang pendamping dan sahabat kepada permaisuri
Victoria dan dinobatkan sebagai pencetus budaya minum petang. Makan tengah hari
yang dicatu dan makan malam yang agak lewat ketika itu menyebabkan kelaparan
ketika waktu petang. Pada mulanya beliau cuma meminta pelayan istana
menghantarkan makanan yang ringan sama ada seperti sandwich mentega, roti, kek
yang dipotong kecil-kecil, biskut, skon bersama mentega dan jem strawberi
bersama seteko teh di biliknya.
Beliau mengamalkan minum petang selepas makan tengah hari ini dan mendapat idea
untuk menjemput wanita-wanita bangsawan yang lain untuk bersosial di
kediamannya di istana Belvoir. Amalan seperti ini di musim panas menjadi begitu
popular dan apabila beliau kembali ke London, beliau terus menjemput
rakan-rakannya untuk minum teh sambil bersiar-siar di taman di waktu petang.
Budaya ini terus menjadi amalan masyarakat di England ketika itu.
Jemputan minum petang kepada rakan-rakan rapat menjadi popular ketika
itu termasuklah Ratu Victoria dalam tahun 1855 yang sangat gemar
menganjurkan majlis minum petang kepada rakan-rakan bangsawan wanita dengan
berpakaian formal. Setiap kali jamuan minum petang diadakan sudah pasti akan
ada sejenis kek yang menjadi kegemaran Ratu dan sudah pasti minumannya adalah
teh. Ia adalah kek yang sangat mudah dibuat dan hanya dilapisi dengan jem
strawberi sahaja. Selepas 1861 Ratu tinggal di Osborn House setelah suaminya
Prince Albert meninggal dunia di Isle of Wight, dan ekoran itu menurut
sejarawan, di sinilah kek ini berasal dan dikenali dengan nama Kek
Sandwich Victoria yang mengambil sempena nama Ratu tersebut.
Sumber : Linda Stradley, and the web site What's Cooking America.
Resepinya mungkin you all boleh cari kat pakcik google kot..hehe..kek ni memang kellaas kau ..kalau nak resepi yang Bai buat ni boleh komen di ruangan bawah ni k…
Sumber : Linda Stradley, and the web site What's Cooking America.
Kebetulan semasa membeli barang dapur
di Tesco yang agak lengang itu, Bai mengintai buah-buahan di sana dan dapati
ada pengurangan harga pada buah blueberry dalam harga RM5.59. Mungkin agak lama
tetapi buah tu masih kelihatan segar dan tiada orang yang berminat nak beli
kot. Buah strawberi juga ada yang berasal dari Cameron Highland..hmm agak murah
juga dalam RM 6.99 berbanding buah dari Korea..dah la nampak kusam, banyak yang
rosak pula..harga memang mahal dalam harga RM12.99 gitu.
Lalu aku pun buatlah kek ni untuk
dimakan bersama-sama rakan sepejabat…Alhamdulillah sedap kata diorang..(bukan
sebab free okey!)..hehe..aku pun makan juga sepotong. Memang sedap, apatah lagi
bila dimakan dengan fresh cream kemudian masam-masam manis yang datang daripada
buah-buahan itu..dikunyah sekali..hmm
tak terkata sedapnya…mata terpejam menikmatinya…
Lagi banyak buah-buahan lagi ngancam pemandangan, lagi sedap di tekak…hmm..makcik yang duk buat kek ni pun dah terliur, tak sabar nak ngap..hehehe
Resepinya mungkin you all boleh cari kat pakcik google kot..hehe..kek ni memang kellaas kau ..kalau nak resepi yang Bai buat ni boleh komen di ruangan bawah ni k…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan