Assalamualaikum…
Entri kali ni
berpusar tentang puding roti pelangi…puding ni muncul apabila si adik Humairah
memberi ‘hint’ tiga hari sebelumnya tentang jamuan kelasnya. Jamuan tu adalah
program penyayang Sekolah Kebangsaan Tronoh,Perak. Gurunya sangat prihatin buat
majlis sambutan hari jadi untuk anak-anak kelahiran bulan Januari hingga Mac
2015.
Patutlah si
Humairah ni duk cerita pasal hari jadi kawan-kawan di sekolah..nak buat hari
jumaat ni..’mama boleh buatkan adik kek ke, kuih ke..adik nak bawa ke sekolah’..Bai
pun terangkan padanya yang Khamis hingga Ahad ni mamanya sibuk berbengkel.
Memang ada sedikit kecewa di wajahnya. Tapi aku buat-buat tak nampak.
Balik dari
bengkel di pejabat Khamis itu, Bai berehat-rehat di sofa sambil melihat telefon
bimbit jika ada mesej atau whatsapp dari rakan sekumpulan bengkel dan keluarga.
Humairah masih menghimpit dengan soalan-soalan boleh tak, mama letih tak, mama
ada duit tak..hahaha..kesian anakku itu. Malas nak layan kerenahnya..sedangkan
kita letih dengan otak yang sarat.
Malam itu
selesai berbengkel, Bai pulang ke rumah dengan persoalan apa yang nak aku
buatkan potluck untuk Humairah tengah malam buta ni..jam hampir 12.30 tengah malam
sewaktu suamiku membisikkan tentang potluck Humairah sewaktu aku baru hendak
menyandarkan diri di bantal yang empuk itu....katanya Humairah meminta abah
masakkan nasi goreng telur untuk potluck esok. Tiba-tiba aku berasa ada air
mata seakan-akan mengalir dalam hati..aku terus bingkas bangun untuk membuat
puding roti kerana itulah pilihan yang paling mudah dan cepat. Suamiku
terkapa-kapa mengikuti aku turun ke dapur dan setelah mengetahui rancangan Bai
nak menyiapkan puding roti pelangi tu, dia duduk di meja makan menemaniku bekerja
lagi..
Puding itu siap dalam jam 1.30 pagi..siap
mengemas dan membersihkan diri, aku dan suami tidur jam 2 pagi dengan harapan
anakku itu akan gembira melihat puding itu pagi nanti…
Memang benar…pagi-pagi
itu aku turun ke dapur menyiapkan sarapan pagi dan mengotakkan puding itu…Humairah
hampir melompat kegembiraan…kesian anakku itu agaknya semalam tidur dengan rasa
yang gusar tentang potluck ke sekolah.. panjang pula cerita entri hari
ini..hehe..jom nengok..
RESEPI PUDING ROTI PELANGI
Bahan [ aku guna loyang 9 inci bulat
]
-37gm agar-agar bertali
-37gm agar-agar bertali
-1750 liter air (7 gelas)
-3 biji telur
-3 biji telur
- 3 sudu tepung kastad
- 3 sudu tepung jagung
-1 tin susu cair (susu sejat)
-1/2 cawan susu pekat manis
-7 keping roti
-1 1/2 cawan gula (agak2 la nak kurang manis kurangkan kuantiti)
-2 sudu teh esen vanila
-Pewarna hijau, merah, purple, biru (ikut suka)
-1 tin susu cair (susu sejat)
-1/2 cawan susu pekat manis
-7 keping roti
-1 1/2 cawan gula (agak2 la nak kurang manis kurangkan kuantiti)
-2 sudu teh esen vanila
-Pewarna hijau, merah, purple, biru (ikut suka)
Cara-Cara
Masak
agar-agar dgn air dan gula hingga agar-agar dan gula larut ( try rasa gula
manis sangat ke tak)
Selamat Mencuba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan