Celoteh

Teratak Manis Baizura

Ahad, 1 Mac 2015

PAU KACANG MERAH


Assalamualaikum..

 
         Entah apalah yang anak tekak Bai nak telan. Cuti-cuti ni nak makan jer kerjanya. Samalah dengan anak-anak..siap tanya lagi menu apa petang ni. Baru je lepas makan tengahari..dah rasa lapar semula.hehe..buruk lantak betul kan..

         Buka dalam fridge, nampak ada inti kacang merah baki buat roti bun kacang merah dulu. Malas rasanya nak meroti menguli bagai…fikir punya fikir teringatlah pau gebu..lama tak buat..Bai mula buat sebelum ada blog ni lagi…tapi selalu jadi liat. Lama kelamaan bila selalu buat dan tambah baik adunannya..dapatlah pau yang gebu ini..

  
 
           Naik hairan si ayong bila Bai suruh ambil daun pisang di belakang rumah kuarters tinggal. “Nak buat apa Ma?” aku menjawab “ adala..surprise..!”…Pokok tidak bertuan kerana penghuninya dah berpindah..siap pesan lagi, ambillah hasil tanamannya selepas beliau berpindah ke Ipoh. Begitulah nasib pegawai yang bertugas di perantauan..suatu hari kelak, entahkan giliran Bai pula bertukar ke mana-mana…serai merimbun, pandan menghijau, pohon mempelam yang dibela juga hasil tinggalan pegawai terdahulu di jaga hingga merimbun dengan buah mempelam bulat-bulat..itupun bakal kutinggalkan juga kepada penghuni yang lain kelak..

         Berbakti kepada tanah, juga orang-orang yang bakal menduduki kuaters ini nanti..hidup kita ni kan tak lama mana, berbuat baiklah walaupun sekecil mana untuk bekalan ke sana.
 
          Berbalik kepada daun pisang tadi…daun pisang tu sebenarnya nak buat lapik pau..mesti sedap baunya. Daun pisangkan wangi..Selepas ayong bawa balik daun pisang tu, si adik pulak tukang potong kecil-kecil untuk lapik pau comel tu nanti..
        
                          
          Adunan pau ni dapatlah dalam 15-18 biji ikut besar mana kita nak. Memang sedap pau ni dimakan panas-panas. Kalau ada sesiapa yang nak resepi pau gebu ni boleh la komen di ruangan bawah tu nanti ye..bukan apa, resepi ni Bai dah banyak ubah suai ikut selera Bai. In shaa Allah..Bai akan ‘share’ kepada orang yang betul-betul nak, tak kedekut tau..hehe

         Jom nengok gambar pau Bai yang gebu itu…

 

 

Tiada ulasan: