ASSALAMUALAIKUM
Hujung
minggu ni Bai terima tempahan daripada BAKAT
dari TUDM Ipoh. Tempahan ni nakkan kek yang serba putih, dari dalam
sampailah ke luar kek kena putih dan nak deko yang simple-simple je cuma tulis “
Selamat Maju Jaya Semua “..alamat kering sekejap idea..kek warna putih, boleh
jadi kek butter..ohh tak mau kek butter pulak..hmm..kek span vanilla jela ,
lapis dengan mousse coklat putih dan salut dengan buttercream.. Lepas Magrib,
Bai sambung semula kerja-kerja tadi..
Bila
dah siap, kek Span Vanilla saiz 8 inci disejukkan sebentar sementara tu Bai
siapkan creampuff 50 biji..renyah jugalah nak membuatnya. Krim kastad di buat
terlebih awal untuk sejukkan dalam fridge. Adunan resepi tu Bai kena gandakan 5
kali untuk dapatkan creampuff sebanyak 50 biji..fuhh..sakit bahu memutar adunan
dalam periuk.
Bila
kek dah sejuk, sambil menunggu creampuff masak, Bai lapiskan kek dengan mousse
coklat putih yang Bai dah siapkan petang tadi selepas balik dari kerja. Lepas
tu Bai simpan dalam fridge untuk keraskan kek supaya senang dilepa dengan
buttercream.
Sambil
tu, Bai bancuh buttercream dan siapkan creampuff.. tempahan kek dan creampuff ni akan diambil pagi-pagi
esok jam 7.30..tu yang Bai ligat macam lipas kudung..bila dah siapkan lepaan
kek dan tulisan..Bai tengok macam ada yang tak kena dengan hiasan kek..nampak
kosong sangat..bila Bai tanya pendapat suami, dia kata buatlah bunga-bunga
sikit, jadi taklah nampak janggal..hmm..pukul 2 pagi baru selesai semua selepas
simpankan semua dalam fridge…lepas tu dapatlah Bai rehat sekejap sebelum bangun
subuh dan tunggu orang ambil tempahan dan sediakan sarapan pagi.
Hari
cuti ni biasanya anak-anak bangun lewat sikit..suami ajak ke kedai mamak, nak
makan roti canai..lega sikit, agaknya suami kesian nengok Bai yang tak berhenti
dari balik kerja petang semalam hinggalah pagi tadi..balik nanti Bai Cuma cuci
dan bersihkan bekas-bekas dan alatan yang bai gunakan untuk kek dan creampuff...
petang lepas zohor, sambung tidur lagi..huhuhu..jom tengok resepi Bai di bawah ni..
KEK
INDULGENCE VANILLA
Mula-mula sediakan kek span vanilla 8
inci dahulu.
Kek
Span Vanilla
Bahan
4 biji telur gred A180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 ml air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base
Cara-cara
Mula-mula tepung kek dan
baking powder disatukan kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam
nak cepat sekali pun ok!
Masukkan semua bahan ke
dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian
putar dengan speed perlahan dulu.
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat..
sampai gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup
mixer.Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula je.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai minyak rata je..
Kemudian tuang di dalam
loyang 8 inci yang dah dilapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan
butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit @ sampai masak.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit @ sampai masak.
Mousse Coklat Putih
Bahan
100 gm coklat
masakan putih
250 gm non dairy whipping cream 100 gm gula icing
150 gm butter ANCHOR ( salted )
2 biji kuning telur (dikacau rata)
Cairkan
coklat masakan putih .
Putar
butter dan gula icing hingga kembang, lepas tu masukkan coklat cair dan kuning telur.
Satukan
bahan butter dan whipping cream dengan kaedah kaup balik. Bahagikan kepada 2
bahagian untuk lapisan di dalam kek..
Krim
ni boleh digunakan terus tanpa sejukkan dulu dalam fridge.
50gm butter
250gm gula aising (diayak dulu)
2 sudu besar susu pekat
Pewarna
CARA MELAPIS KEK
kek di atas kek board
lapisan mousse puith
kek
lapisan mousse putih
kek
Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan
lebihan mousse putih.
Sejukkan kek di dalam peti sejuk beberapa jam. sebelum disalut dengan buttercream.
Selamat mencuba dan berkongsilah dengan Bai di ruangan komen..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan