ASSALAMUALAIKUM…♥
Home Sweet Home
Musim
beraya di kampung dah pun berakhir..hari
ni Bai dah mula bertugas kembali. Teringat-ingat kenangan raya baru-baru ini.
Selepas berada di Langkawi selama 3 hari iaitu pada 16-19hb Julai 2015..kami
pulang beraya pula di Perlis sebelah mak Bai di Kampung Padang Lati 19-21hb
Julai 2015..dua hari saja beraya di Perlis. Kenangan inilah yang menyebabkan
aku dan suami bercadang Raya Haji tahun ini nanti kami sekeluarga tidak akan
pulang ke mana-mana. Mungkin bila ada jarak masa yang agak jauh atau lama yang
memisahkan hubungan keluarga itu akan lebih berkualiti dan dihargai..(just thingking!) Lagi pula,
cuti raya Haji sangat singkat.
Bagaimana ye nak mencoretkan kenangan ini..memang
sedikit mengecewakan..memang betul-betul menahan hati..kita sebagai anak
menantu, yang tinggal jauh di negeri orang..pulang beraya sekali sekala dengan
biskut dan kek raya bergentayang ditangan dan terhoyong hayang berjalan
mengheret makanan kesukaan mereka. Betapa gembiranya terbayang-bayang telatah mak dan adik-adik ipar menyambut kami sekeluarga ..Namun boleh terasa dinginnya sambutan hari
raya di Tuba kali ini. Ntah masalah apa yang menyelubungi fikiran mak...hari raya ni letak tepi dulu lah apa saja masalah. Anak cucu dah balik kampung beraya. Ini masak nasi tomato raya pertama pun sebab teringat ke menantu tiri yang teringin nak makan tapi tak dapat pulang. Aku yang tercegat di sini tak tanya pun nak makan apa. Mentang-mentanglah aku ni jenis tak kisah..Bila terkenangkan kembali memang terasa tidak dihargai
dan disayangi. Ntah apalah yang mak fikirkan ketika itu. Mudah-mudahan bila aku
mempunyai anak menantu kelak, aku tidak berbuat seperti itu.
Jika ada
sayap sudah lama aku terbang ke pangkuan bonda di Perlis..jika ada jalan yang
menghubungkan antara laut Langkawi dan Kuala Perlis, sudah tentu aku akan
berjalan pulang. Apakan daya, aku cuma boleh berkemas-kemas awal supaya pagi
esoknya aku dapat tiket feri awal ke Kuala Perlis.
Adik-adikku
sudah mula beransur pulang ke tempat masing-masing. Bai Cuma dapat bersua
dengan adik kedua yang menetap di Kuantan sepetang saja..diapun nak singgah
bermalam di rumah mertua di Bukit Pinang, Kedah
sebelum bertolak ke Kuantan… Tahun depan giliran kami beraya di
Perlis..ntahlah bagaimana pula keadaannya..apapun, Bai bercadang beraya tidak
lama, selepas reunion dengan sahabat-sahabat lama Sekolah Menengah Agama
Perempuan Kangar mungkin akan beransur pulang ke Perak semula.
Geng Opis datang beraya ke rumah..meriah!!
Raya kali ini menyebabkan kami tidak riuh
rendah seperti selalu,menceritakan kembali setiap detik kenangan bersama mereka..kami
pulang dengan cerita masing-masing di dalam hati barangkali..dan macam biasa,
Bai sudah mula sibuk dengan program-program di pejabat dan rumahtangga kembali.
Anak-anak sibuk dengan hal sekolah mereka dan suamiku juga sibuk merancang
menu dan memasak, berleter dengan
kucing-kucing yang kuat makan dan pokok-pokok di rumah..kami kembali normal
akhirnya..hahaha..