Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 13 Julai 2015

Raya Datang Lagi..


Assalamualaikum..

 


         Hari Raya semakin hampir tiba. Alhamdulillah Bai dapat siapkan semua tempahan biskut raya sanak saudara dan sahabat. Dua hari sebelum pulang beraya di Kampung Tuba, Langkawi, dapatlah Bai, suami dan anak-anak mengemas rumah dan menyiapkan barang-barang dan pakaian yang nak dibawa pulang. Biskut raya untuk mak dan mak mertua dah siap packing. Begitu juga biskut raya pelanggan semua dah berbungkus, tinggal untuk delivery saja lagi.  Baju  raya pun dah siap.
 

 
         Hari ni Bai bekerja lagi..namun hati dah merasai hangatnya suasana beraya di desa..hati dah kelaut..hehe..dua tiga hari ni asyik beriftar di luar saja memandangkan sibuk mengemas dan sebagainya. Letih nak memasak untuk iftar nanti..

         Semoga gembira di Aidilfitri bersama-sama keluarga tersayang, bersama adik beradik, ipar duai dan keluarga mertua. Elakkan perkara yang boleh menyentuh hati dari segi perbuatan dan percakapan. Biasalah bila dah berjumpa dan berkumpul ramai-ramai di rumah ibubapa…macam-macam perangai dan telatah tertancap di mata dan di telinga. Sabar dan redhalah  kalau ada yang terasa dan tersinggung di hati. Hati raya kan hari untuk bermaaf-maafan..

         Bagi yang akan  pulang ke kampung halaman ibubapa dan mertua, pulanglah dengan selamat. Trafik di lebuhraya memang dijangka sesak teruk di awal cuti sebaik sahaja sekolah bercuti raya. Rancanglah waktu perjalanan supaya lancar.

         Bai sendiripun akan bertolak ke Jeti Kuala Perlis pada 15hb Julai rasanya waktu tengah malam. Sejuk sikit dan yang penting mudah-mudahan trafik lancar serta sempat bersahur  yang terakhir di masjid terapung Kuala Perlis. Kali ini kena turn beraya di Langkawi, rumah mertua. Pasni mengheretlah kami segala beg pakaian dan kuih muih raya dari Jeti Kuah hingga ke Jeti Pulau Tuba…berbukit pulak tu..hmm..dugaan!

Masjid Terapung Kuala Perlis 2015
 
 
        Bai nak mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog Teratak Manis Baizura. Jika ada tersalah kata dan tulisan, terlebih dan terkurang harap dimaafkan dan dihalalkanlah.
 
Jumpa lagi selepas ini... mood raya sudah mari...!!
 
           
 

 

 

Tiada ulasan: