Assalamualaikum..
Sudah masuk Ramadhan ke 18 hari…
Bai agak sibuk dengan
tempahan biskut raya yang tak berapa banyak tu..hehe..bukan apa, orang lain
punya tempahan beratus ribu bekas..Bai cuma 30-35 buah bekas jer. Saja
suka-suka, nak ambil banyak nanti tak menang tangan nak buat.
Petang ni cadang nak
iftar kat luar..dah takde idea nak masak apa. Suami Bai pun dah mngeluh tak
tahu nak masak dan makan apa dah. Kalau waktu hari bekerja, suamilah yang akan
masak 1 atau 2 jenis lauk pauk..Bai pula balik dari pejabat dah pukul 5.30
petang..baru nak mencari bahan-bahan untuk sediakan desert..bahagian desert dan
kuih muih ni Bai lah yang uruskan..cukuplah hidangan kan..tapi itulah..kelam
kabutnya di dapur tuhan saja yang tahu. Jadi kalau kuih yang Bai nak buat ni
senang dan tak renyah oklah. Tapi kalau kuih yang renyah dan banyak prosedurnya
Bai kena buat awal-awal.
Kuih yang Bai buatkan
baru – baru ini agak renyah..jadi selepas sepagi Bai buat biskut raya,
tengahari tu Bai siapkan kuih Seri Muka ni. Kuih ni ada saja yang tak berapa
kena dengan Bai. Adakalanya pulut keras, lapisan atas dah sedap, adalakalanya
pulut lembik pulak yang atas keras..hmm..kali ini Bai guna resepi daripada fb
Delihayat Kitchen. Bila Bai teliti resepinya agak senang . Inilah hasil cubaan
Bai..
Pulut Seri Muka
By fb Delihayat Kitchen
Bahan Lapisan Bawah
2 ½ cwn santan
pekat (750ml)
1 sudu kecil
garam
2 sudu kecil
minyak
Bersih dan toskan pulut
Masukkan ke
dalam Loyang (kalau nak mudah..misalnya untuk tempahan..elok dialaskan loyang dengan plastik) tuang santan yang
telah dicampur minyak dan garam. Gaul sebati.
Kukus selama
30 minit dan kacau/gaul lagi. Angkat dan tekan bagi mampat untuk mengelakkan
lapisan atas jadi mengelembung.
Bahan Lapisan atas:
2 cawan santan pekat (500ml)
5 helai daun pandan ( blend dgn 250ml air) tapis
ambil jus
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
½ cawan gula
2 biji telur
½ sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bila sejuk, Bai
potong-potong dan hantarkan pada jiran dua tiga orang dan selebihnya tapau bawa
ke restoran yang kami nak beriftar. Malam nanti sambung menyekut biskut pula..
Bolehlah u oll mencuba resepi ni. Agak senang nak buat dan pasti jadi. Cuma lepas ni kalau Bai nak buat lagi, Bai kena tambahkan sedikit lagi air supaya pulut lebih lembut sikit..Terima kasih kepada penyumbang resepi ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan