Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 27 Julai 2015

Kenangan Hari Raya AidilFitri...


ASSALAMUALAIKUM…

 
Home Sweet Home


         Musim beraya di kampung dah  pun berakhir..hari ni Bai dah mula bertugas kembali. Teringat-ingat kenangan raya baru-baru ini. Selepas berada di Langkawi selama 3 hari iaitu pada 16-19hb Julai 2015..kami pulang beraya pula di Perlis sebelah mak Bai di Kampung Padang Lati 19-21hb Julai 2015..dua hari saja beraya di Perlis. Kenangan inilah yang menyebabkan aku dan suami bercadang Raya Haji tahun ini nanti kami sekeluarga tidak akan pulang ke mana-mana. Mungkin bila ada jarak masa yang agak  jauh atau lama yang memisahkan hubungan keluarga itu akan lebih berkualiti dan dihargai..(just thingking!) Lagi pula, cuti raya Haji sangat singkat.

          Bagaimana ye nak mencoretkan kenangan ini..memang sedikit mengecewakan..memang betul-betul menahan hati..kita sebagai anak menantu, yang tinggal jauh di negeri orang..pulang beraya sekali sekala dengan biskut dan kek raya bergentayang ditangan dan terhoyong hayang berjalan mengheret makanan kesukaan mereka. Betapa gembiranya terbayang-bayang telatah mak dan adik-adik ipar menyambut kami sekeluarga ..Namun boleh terasa dinginnya sambutan hari raya di Tuba kali ini. Ntah masalah apa yang menyelubungi fikiran mak...hari raya ni letak tepi dulu lah apa saja masalah. Anak cucu dah balik kampung beraya. Ini masak nasi tomato raya pertama pun sebab teringat ke menantu tiri yang teringin nak makan tapi tak dapat pulang. Aku yang tercegat di sini tak tanya pun nak makan apa. Mentang-mentanglah aku ni jenis tak kisah..Bila terkenangkan kembali memang terasa tidak dihargai dan disayangi. Ntah apalah yang mak fikirkan ketika itu. Mudah-mudahan bila aku mempunyai anak menantu kelak, aku tidak berbuat seperti itu.

         Jika ada sayap sudah lama aku terbang ke pangkuan bonda di Perlis..jika ada jalan yang menghubungkan antara laut Langkawi dan Kuala Perlis, sudah tentu aku akan berjalan pulang. Apakan daya, aku cuma boleh berkemas-kemas awal supaya pagi esoknya aku dapat tiket feri awal ke Kuala Perlis. 

         Adik-adikku sudah mula beransur pulang ke tempat masing-masing. Bai Cuma dapat bersua dengan adik kedua yang menetap di Kuantan sepetang saja..diapun nak singgah bermalam di rumah mertua di Bukit Pinang, Kedah  sebelum bertolak ke Kuantan… Tahun depan giliran kami beraya di Perlis..ntahlah bagaimana pula keadaannya..apapun, Bai bercadang beraya tidak lama, selepas reunion dengan sahabat-sahabat lama Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar mungkin akan beransur pulang ke Perak semula.


Geng Opis datang beraya ke rumah..meriah!!
 



          Raya kali ini menyebabkan kami tidak riuh rendah seperti selalu,menceritakan kembali setiap detik kenangan bersama mereka..kami pulang dengan cerita masing-masing di dalam hati barangkali..dan macam biasa, Bai sudah mula sibuk dengan program-program di pejabat dan rumahtangga kembali. Anak-anak sibuk dengan hal sekolah mereka dan suamiku juga sibuk merancang menu  dan memasak, berleter dengan kucing-kucing yang kuat makan dan pokok-pokok di rumah..kami kembali normal akhirnya..hahaha..

          

 

Tiada ulasan: