Assalamualaikum..
Hari Raya dah masuk 9 hari..
Tiba-tiba hati
teringin nak makan brownies coklat. Kalau ada tetamu datang nanti adalah rezeki
untuk dihidang. Dah lama tak buat brownies. Balik raya di kampung haritu Norish
Delight (Chah) ada buatkan brownies untuk sahabatku Zam, dia pun ada order tat
nenas daripadaku 2 balang. Raya ke 3 baru dapat merasa tat nenasku itu. Zam ada
potong-potongkan brownies Chah untuk hidangan mini reunion
sekolahku..wahh..sedaplah!!
Hari ni teringinlah
pulak nak makan. Bai tahu ini juga favourite anak-anak..nak buatnya taklah
susah.
Menurut sejarah
daripada Wikipedia, brownies ini adalah sejenis desert yang berasal dari Barat
iaitu Amerika Syarikat awal tahun 1920an. Ia merupakan sejenis kek yang bantat yang
dibakar dan dipotong kecil untuk memudahkan dipegang dan dimakan. Kek coklat ini
dibuat agak liat, melekit, padat dan nipis berbanding dengan kek coklat biasa
dan dipotong kecil serta dihias comel. Ketika ini, berbagai variasi brownies
dicipta dengan pelbagai perasa dan cara masak. Ada yang dibakar ada yang
dikukus.
Memang nak buat brownies
ni sangat cepat dan mudah. Kali ini Bai buat Brownies Coklat Cip.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan