Hari ni Bai nak kongsikan sejenis krim lepaan
pada kek. Lepaan ini biasanya bermacam-macam jenis mengikut kesesuaian orang
yang menggunakannya. Bai akui, sebenarnya Bai memang masih tercari-cari resepi krim butter untuk lepaan kek yang Bai rasakan terbaik.
Baru-baru ini Bai ada mencuba resepi buttercream
kak Azlita untuk kek tempahan Bai. Sebelum ini, Bai hanya menyimpan sahaja
resepinya kerana Bai selalu menggunakan resepi sifu Bai.
Jadi di sini Bai tahulah krim ini
bagaimana, sama ada ia sesuai dengan cuaca rumah Bai dan juga penggunaannya
terhadap kek. Bau krim ini sangat sedap kerana ada ramuan susu pekat dan
butter. Bai gunakan jenama buttercup. Kalau nak lagi sedap, kena beli yang
lebih mahallah.
Resepi ini cukup untuk lepaan sebiji kek
saiz 9-10 inci termasuk krim lapisan kek dan hiasan sekeliling kek seperti
corak tali, cengkerang, untaian manik, tulisan, renda dan sebagainya. Jika nak
buat untuk dua tiga biji kek, bolehlah gandakan sukatannya. Kebetulan Bai Cuma buat
kek yang agak kecil iaitu dalam 8 inci, jadi ada lebih banyak krimnya. Nak buang
sayang. Nak simpan, bilalah pulak nak guna. Semestinya, kualiti krim yang
disimpan dalam peti ais pasti susut. Tak segar..
60gm butter
85 gm susu pekat manis
1 sudu besar golden syrup
165 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla atau perasa yang tidak berwarna
Masukkan ke semuanya dalam mixer dan pukul dengan speed perlahan hingga semua sebati dan bergaul sempurna
200 gm shortening
300 gm krimwell
85 gm susu pekat manis
1 sudu besar golden syrup
165 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla atau perasa yang tidak berwarna
Masukkan ke semuanya dalam mixer dan pukul dengan speed perlahan hingga semua sebati dan bergaul sempurna
200 gm shortening
300 gm krimwell
Campurkan shortening dan krimwell dalam adunan butter tadi dan pukul speed sederhana sebentar sahaja. Jangan pukul lama-lama nanti krim lembik.
K.Bye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan