Entah apa mimpi teringin nak buat dan merasa kek cawan coklat oreo ni..kebetulan jabatan Bai ada buat 'open house'. Jadi masing-masing staf bawa juadah untuk jamuan tu..Bai cadang beli kerepek dan makanan kering serta nak buat puding oreo je ..tapi rasa nak tambah lagi..bukan apa, bila ada oreo, mulalah nak mencuba resepi kak wan yang dah lama Bai simpan, inilah masanya nak mencuba resepi kann.. resepi ni Bai ambil dari blog Citarasawan..tq kak Wan..memang sedap terutamanya resepi buttercream oreonya tu..
Bai buat kek cawan ni mini supaya senang nak makan. Bukan apa, kanak-kanak kan suka yang comel-comel..orang tua pun apa kurangnya..
Satu adunan boleh dapat dalam 100+ biji mini kek cawan ni..Bai gunakan cawan kertas saiz paling kecil iaitu saiz yang kita nak buat apam polkadot tu... bolehlah cuba buat..
Resepi Cupkek Coklat Buttercream Oreo
Sumber: Lya Uzir Creative Living FB
: Blog Citarasawan
Bahan A
2 cawan gula kastor
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam ( Bai tak letak)
Bahan B
2 biji telur - pukul ringan
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air panas
Cara-cara
1. Panaskan oven suhu 165'C. Alas cawan kertas dalam acuan muffin
2. Satukan semua bahan A.gaul rata.
3. Masukkan bahan B kecuali air panas. whisk hingga rata, kemudian masukkan air panas , gaul hingga adunan sebati dan pekat.
4. Tuang dalam acuan hingga 3/4 penuh.
5. Bakar hingga 30-35 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dahulu cupkek yang telah masak sebelum dihias dengan krim oreo.
Buttercream Oreo
Bahan
1 cawan butter tanpa garam
2 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar susu cair/ heavy cream
2 cawan gula aising
1/2 cawan serbuk biskut oreo (ready made) @ hancurkan sendiri 16 keping biskut oreo tanpa krim (anggaran)
Cara-cara
1. Pukul butter, esen vanilla dan susu hingga kembang
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising
3. akhir sekali masukkan serbuk biskut oreo, kacau sebati.
Krim oreo ni memang sedap. Anak-anak suka dan orang yang rasa pun kata sedap. Sungguh tak tipu..agaknya serasi dengan kek coklat kan..hmm yummy!
Kalau guna saiz cupkek yang sederhana boleh dapat dalam 25 biji. Bai juga gunakan biskut oreo saiz kecil untuk hiasan atas cupkek..comel je..
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan