Entri kali ini berkenaan penjagaan anak kucing yang berumur dalam lingkungan 1-4 minggu. Bai dah banyak kali menjadi bidan dan menjaga anak kucing kecil hingga dewasa..maklumlah, bela kucing sendiri ni memang kena tahu serba sedikit penjagaan mereka. Jadi, Bolehlah Bai kongsikan serba sedikit pengalaman menjaga kucing-kucing ni. Itulah tanggungjawab kita sebagai manusia yang mengasihi kucing.
Biasanya, anak kucing yang berumur 1-4 minggu sangat bergantung kepada ibu kucing. Sediakan tempat yang bersih seperti bakul, kotak atau raga yang dilapik dengan kertas surat khabar lama dan kain yang lembut. Setiap 5 hari sekali, kena tukarkan kain alas tersebut. Makin dewasa, makin kerap kena salin alas tersebut. Macam lampin jugakan..hihi.. Salah satu sebab mengapa ibu kucing sering memindahkan anak-anaknya ke tempat lain ialah faktor kebersihan dan bau. Yang kedua, faktor keselamatan. Yang ketiga, faktor gangguan. jadi jangan hairan sekiranya ibu kucing asyik memindahkan anak-anaknya seperti ke dalam almari, belakang kabinet dan sebagainya. Mungkin dia berasa keadaan di tempat anaknya sudah tidak lagi selesa, tidak selamat dan juga sering diganggu..

Anak kucing ketika berumur lingkungan ini hanya menyusu susu ibunya. Mata dan telinga belum boleh berfungsi. Anak kucing hanya merangkak terketar-ketar untuk bergerak. Biasanya dalam pemerhatian Bai, anak kucing akan buka mata apabila berumur antara 6-7 hari. Tali pusat akan tergantung di perutnya dan akan luruh sendiri bila kering dalam tempoh 6 hingga 7 hari selepas dilahirkan. Masuk minggu kedua, pendengarannya mula tajam, mata makin jelas melihat objek.
Ibu kucing akan sentiasa membersihkan kemaluan anak-anaknya dengan cara menjilat dan juga untuk merangsang pengeluaran air kecil. Untuk pengetahuan semua, anak kucing ketika ini tidak pandai mengeluarkan air kecil atau besarnya sendiri ya. Jadi untuk anak kucing yang ketiadaan ibunya, apa yang kita perlu buat ialah dengan merangsang pengeluaran air kecil dengan menggunakan kapas atau kain lembab selepas setiap kali minum susu. Bai pernah gunakan air suam, cepat saja anak kucing mengeluarkan air kecil. Masa tu, Bai tengah bela si Abot yang memang jauh dari ibunya yang liar itu..minum susu khas untuk anak kucing dengan menggunakan botol..lepas minum susu atau selepas bangun tidur, dia selalu berbunyi, mungkin sengkak perut agaknya..bila Bai buat yang macam di atas tu, memang keluar air kecilnya..
Abot masa kecil dahulu..berusia dalam 2-3 minggu
Ni sekarang, Abot dah besar dan telah menjadi ibu..
Anak kucing waktu ini kena jauhkan daripada kipas angin atau penyaman udara. Bukan apa, anak kucing mudah sangat kesejukan. Ini membuatkan mereka tidak selesa. Ingat ye, segala botol susu dan peralatan lain yang berkenaan kena cuci dan rendam dengan air panas, macam bayi manusialah juga, mereka mudah terdedah dengan segala penyakit. Selain botol susu, picagari atau 'syringe' juga boleh digunakan untuk menyusukan anak kucing.
Masuk minggu ke 4, dah boleh kenalkan dengan makanan pejal basah sama ada yang dalam peket, tin atau kita rebus sahaja ikan atau ayam tanpa garam kepada mereka. Kena hancurkan dululah makanan tu. Air masak atau air tapisan bermineral sangat bagus untuk diberi. Makanan kering seperti kibbles untuk anak kucing, juga boleh diperkenalkan, sebaiknya, rendam dengan air panas, bagi lembut dan kembang, lagi baik, gunakan susu. Tapi, makanan bersusu ni tak tahan lama, cepat masam,..jadi pastikan beri ketika masih segar..lama-lama kita tak perlu rendamkan biji kibles tersebut, mereka dah boleh makan sendiri kerana gigi mereka dah mulai panjang dan kuat.
Bila dah mula makan, tentulah dah pandai 'membuang' air besar dan kecil sendiri. Jadi waktu inilah paling baik untuk sediakan tempat poopoo dan peepee mereka. Sediakan bekas yang diisi dengan pasir atau 'cat litter' yang dijual di kedai haiwan. Macam-macam dah pasir untuk kucing..boleh pilih ikut kesesuaian. Kalau Bai, suka beli yang palet, senang nak ceduk buang, dan yang penting, anak kucing tak makan pasir tu.
Masa nilah anak kucing sangat aktif bermain dan kuat tidur juga..waktu main, kena bagi main..itulah cara mereka nak besar dengan sihat.