Celoteh

Teratak Manis Baizura

Jumaat, 5 Ogos 2016

Pavlova Kasih Sayang

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
 
 
 
 
Hari ni hari pavlova...hihi..
Sahabat lama Bai nak datang sambil-sambil tu nak jengok anak-anak kucing Bai.. kalau berkenan nak ambil katanya, Rumahnya dah lama sunyi tanpa kucing. Dalam wasapnya, dia menyelit keinginan nak makan pavlova..nak rasa air tangan sahabatnya ni..
 




Bai tak ada masalah nak buat pavlova ni..apalah sangat jika dibandingkan dengan budi dan jasanya pada Bai masa zaman muda-muda dulu..hidup menumpang rumah sewanya..mencari kerja di kotaraya..sakit demam dialah yang sara..nak harapkan mak ayah di kampung menghulurkan wang saku setiap bulan, sangat membebankan mereka, tambahan pula, adik beradik ramai yang bersekolah ketika itu.
 
Sahabat Bai ni namanya Nuwairah bt Yusuf..comel orangnya..bermata coklat. Lebih dikenali dengan nama Wai sejak dari zaman sekolah dulu hingga kini. Dia dapat datang pada hari  Jumaat kerana kebetulan dia sekeluarga pulang ke utara tanah air mengunjung saudara yang meninggal dunia.
 
Sempena persinggahan Wai sekeluarga ni, Bai ambil cuti rehat. Bukan nak berehat tau, rumah nak kena berkemas, tetamu istimewa nak datang. Bai cuma sediakan spaghetti dan sedikit desert..Jadi dia hanya dapat singgah tak dapat bermalam di rumahku..petang jumaat dalam pukul 6 baru mereka tiba..Wai suami isteri dan hanya dua anak yang dapat ikut..seorang lagi berada di asrama di Sepang. Itu yang kalut, tak dapat bermalam di rumah..nak kena ambil anak dari asrama pulak..pukul 10.30 malam baru 'outing'..
 
 
 

 Ni gambar pavlova yang Wai hantar melalui wasap..hampir habis dikerjakan oleh mereka sekeluarga..hihi..puas hati katanya dapat makan pavlova..sambil bermain-main anak kucing yang diorang bawak balik..4 ekor sekali..huhu
 
Resepinya ada di entri yang lalu..kalau berminat, bolehlah jengok-jengok ye..

Tiada ulasan: