Celoteh

Teratak Manis Baizura

Selasa, 2 Ogos 2016

Puding Milo Oreo

Assalamualaikum,

         Entri kali ini Bai nak kongsikan resepi puding milo oreo yang memang dah lama Bai nak cuba buat. Alang-alang dah memang beli oreo untuk cupkek coklat oreo mini untuk jamuan hari raya nanti, bolehlah Bai mencuba kan..
 
 
          Nak buat puding ni senang saja..tapi 'tang' nak tunggu lapisan tu beku sikit untuk lapisan seterusnya tu mendebarkan sedikit..nak letak dalam peti ais bimbang rosak..terpaksalah panaskan agar-agar sentiasa atas api yang sangat kecil.
 
 
            Apapun..puding ni memang sedap..lepas ni Bai akan buat lagi dan lagi..Bai memang suka makan puding , agar-agar dan jeli..makanan lembut yang menyamankan tekak..
 

 
    PUDING MILO OREO
    Sumber : AlongRoz@HomeKreation
                  : Blog Citarasa Wan
 
Bahan
 
1 bungkus /10gm serbuk agar-agar
750 ml air
160 ml gula
1 tin susu sejat/susu segar
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus (135gm) Oreo- patah dua bahagian
 
Cara
 
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Masukkan susu, kacau  hingga mendidih.
2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain, campurkan milo, kacau rata hingga tidak berketul.
3. Ambil 1 cawan agar-agar milo ke dalam acuan, bakinya biarkan di dalam periuk yang dipanaskan dengan api yang sangat kecil. Sama juga untuk lapisan yang putih itu..panaskan dengan api yang kecil.
4. Bila lapisan agar-agar milo  dalam acuan telah sedikit beku, tuangkan ke semua agar-agar putih tadi dan tabur biskut oreo yang dikerat dua.Biarkan sedikit keras.
5. Kemudian, tuangkan baki agar-agar milo ke atas lapisan putih. Biar membeku pada suhu bilik sebelum disejukkan ke dalam peti sejuk.
 
Tip Melapis:
 
1. Jangan biar lapisan membeku sepenuhnya sebab lapisan yang lain akan tidak melekat dan bercantum.
2. Jika membeku semua, jangan bimbang, cakar-cakar sedikit permukaan lapisan dengan garfu sebelum dituangkan lapisan seterusnya.
3. Pastikan agar-agar masih panas apabila menuang ke atas lapisan seterusnya supaya ia melekat dengan baik.
 
 
Silalah cuba..air tangan anda lebih bermakna kepada keluarga tersayang..
 

Tiada ulasan: