Celoteh

Teratak Manis Baizura

Ahad, 22 Jun 2014

Pavlova

Assalamualaikum...
 
       Entri kali ini adalah berkenaan Pavlova. Sejenis desert yang berasal daripada New Zealand dan Australia dan di bubuh nama sempena seorang penari ballet yang cun katanya Anna Pavlova yang ketika itu datang bertanding di Negara-Negara itu.. Pavlova ini adalah diperbuat daripada meringue yang kerak luarnya rangup tetapi dalamnya lembut seperti marshmallow. Sangat sesuai di makan bersama freshcream, buttercream atau kastard dan dihias dengan buah-buahan yang masam-masam manis seperti strawberi, mangga, oren, kiwi, anggur. cer nengok gambar pavlova yang Bai pernah buat untuk tempahan..resepi nanti scroll di bawah yer..
Buah-buahan yang telah dipotong..





 
 
       Resepinye Bai dapat daripada blog Kakzu Semanisgula..tq kakzu.
 
 

BAHAN BAHAN

150 gram putih telur ( 4 biji putih telur )
1 cawan gula castor
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil cuka makan
1/2 sudu kecil esen vanilla
Whipping cream secukupnye ( PUTAR SEHINGGS KENTAL @ SOFT PEAK)

CARA CARA

1. Panaskan oven pade suhu 150 c selame 10 minit dan sediakan kertas baking paper, alas atas loyang
2. Putar telur putih hingge berbuih dan masukkan gule sedikit sedikit, putar hingge adunan menjadik meringue
3. Masukkan tepung jagung dan cuka makan, gaul kaedah kaup balik
4. Masukkan dan letak adunan diatas loyang dan bentukkan adunan pavlova membulat @ letak aje ikut suke nak bentuk ape.
5. Masukkan kedalam oven dan turunkan suhu oven kepade 120c dan bakar selame 1 jam 20 minit mengunekan api atas bawah.
6.Bile telah masak biarkan pavlova menyejuk dalam oven, renggangkan pintu oven sedikit.
7. Letakkan whipping cream dan hias mengikut kreativi anda ye, boleh aje nak letak ape2 buah pun, ikut suka hati..
 
TIPS :  Telur putih jangan tercemar sedikitpun dengan kuning telur..alamatnye memang takkan pekat sampai bila2 pun. Bekas mixer dan kertas lapik jangan berminyak sikitpun..
 
selamat mencuba!

Isnin, 16 Jun 2014

LAVA CHEESE CAKE~♥

Assalamualaikum dan selamat pagi....


Sekolah telahpun bermula kembali...huuh..jadual kembali terik..hehehe..kali ni entry cuma tentang Lava Cheese Cake yang sedang Bai usahakan. Alhamdulillah, ia dapat membantu tabung famili yang sering susut. Renyah juga nak membuatnye apatah lagi harga barang bakeri sentiasa naik. Bahan-bahan yang sering digunakan adalah bahan yang agak mahal - keju cheddar, yogurt dan krim keju..gambar-gambar  Lava Cheese Cake di bawah ni adalah yang selalu Bai buat untuk jualan...jom nengok..


~ Coklat Tiramisu ~
 
~ Strawberi ~
 
~ Oren ~
 
 ~Red Velvet~
 
 ~Pandan~
 
~Vanila ~
 
 Biasanya Bai buat 6 jenis ni untuk jualan di FS Mart Tronoh dan FS Mart Seri Iskandar...sekali sekala adalah buat untuk jualan di Koperasi APBM (di tempat kerja)...bukan apa bila ada saja kursus masuk di APBM Batu Gajah..adalah pembelinya..kata orang saja seronok-seronok tetapi adakalanya...ia bukan untuk seronok, ia adalah suatu kesinambungan untuk meneruskan hidup ( survive yo !);p
 
Kalau jumpa, belila..memang tidak mengecewakan!!!