Celoteh

Teratak Manis Baizura

Selasa, 29 Disember 2015

Kek Minion Bananana


Happy Birthday Humairah…29/12/15
 


         Memang dia dah tahu mama dia pasti akan buatkan dia kek birthday. Dia tak minta yang bukan-bukan sebab dia tahu mamanya tengah susah hati..hmm..bulan 12 ni macam-macam yang nak kena bayar..bil-bil, pakaian sekolah, buku tulis, roadtax insuran, lesen..blablabla..
 
 
         Bila Humairah minta hiaskan kek hari lahirnya simple saja, tabur-tabur je katanya..kesian pulak dia. Sebelum ni berangan-angan nak frozen la, hello kitty la..hujung tahun ni memang semua ke laut..Jadi Bai hiaskan kek dengan gambar minion je..bananana..bananana

         Tersenyum lebarlah bila petang tu Bai minta dia potongkan kek untuk kawan-kawan di kejiranan kami. Dan dia sendiri yang hantarkan. Nur Humairah  bt Tauhidlailatul Qadar ini memang anak yang baik, manja, sedikit baran dan sensitif. Maklumlah yang bongsu katakan. Sangat mudah dibawa berbincang. Mama dan Abah doakan agar Humairah menjadi anak yang solehah, taat perintah agama, rajin dan bijak dalam pelajaran.
 
 

         Dia memang pulun makan kek..sedap krim yang mama buatkan ni katanya. Keknya adalah kek span coklat. Bai lapis dan salutkan kek dengan krim mousse coklat putih yang dicampur dengan pes coklat. Ini kerana coklat compound dah tak cukup dan coklat putih masih banyak lagi. Imej minion tu Bai buat dengan krim keju. Memang sedaplah..kena di tekak..hihi..
 

Ahad, 20 Disember 2015

Rabu, 16 Disember 2015

Celoteh Cuti Sekolah..


Assalamualaikum..
 
   

         Lamanya Bai tidak muncul di sini. Memang sibuk sungguh dengan tugas di pejabat dan last event yang perlu Bai selesaikan, Alhamdulillah..semuanya selesai dengan jayanya. Anak-anak buah memang terbaeklah!
 
Seminar Usahawanita 28-29 November 2015 APBM Batu Gajah
 
         Sahabat baik Bai semasa zaman sekolah menengah dan juga housemate Bai ada datang bercuti di Ipoh bersama dengan familinya. Katanya 3 hari bercuti-cuti Malaysia di Ipoh, sambil melawat adiknya Najwa di Clearwater. Teringat dia selalu mengeluh bila tengok kek-kek yang bai buat dalam page FB  Teratak Manis Baizura. Teringin katanya.


Sebenarnya Bai pun baru masuk kerja dari cuti seminggu kerana menemani adik kedua Bai berkonvo di dewan Malaysia Agro Exhibition Park,Serdang. Mak, Jaja, Nini dan Wawa, Micha, Bai sekeluarga dan Ngangah sekeluarga. Penat belum habis, hinggalah hari isnin kerani maklumkan dalam whatsapp yang Bai kena hadir dengar taklimat bajet di RTM Ipoh..sehari. Balik rumah, malam tu siapkan kek span coklat sebiji..untuk sue sekeluarga yang baik hati.
 
 

         Bai kalau outstation ke Kota Bharu, mesti dia tak lepas melawat Bai di tempat penginapan dan bawa makan-makan. Dalam keletihan tu duk congak-congak nak salut apa kek span tadi. Kalau salut buttercream je ..macam biasa-biasa je..bai nak buat sesuatu yang agak istimewa untuk tekak sue..jadilah krim coklat mousse. Dah macam kek indulgence coklat la kan..Bai salutkan krim mousse tu dan simpan dalam peti ais dan esoknya baru Bai siramkan dengan coklat ganance serta deko bunga k pop..huhu dan malam esok tu Bai nak ke hotel penginapannya berjumpa melepas rindu sahabat lama.

         Berbalik cerita konvo adik Bai, diorang lepak 2 malam di rumah, bayangkan rumah dah jadi macam mana..macam tongkang pecah..haha..seronok ramai-ramai kembali. Dengan keletah anak-anak saudara..adik-adik dan mak..turut sama ialah mak mentua adik. Kami pergi ke AEON Manjung, Lumut dan Teluk Batik. Seronok lihat mak kuat luar biasa. Potong kek untuk December Babies seperti tahun lalu..Bai, Ngah dan Mairah..kebetulan jatuh pada 7hb hari yang sama seperti tahun
lepas.



 
Proud with you my sister..

 

         8hb Disember pagi kami gerak ke Putrajaya di Presint 9 untuk homestay. Tengok adik sangat gembira..kami pun turut bahagia. Tahniah Ta..you deserve it! All the hardworks and tears, pay off, at last..macam-macam cerita di Putrajaya, KLCC Suria, Alamanda, Homestay di Presint 9..huhu..(tak berbaloi dan taknak promote)..di sate kajang, zoo Negara..hahaha..banyak kenangan lucu!

          Konvokesyen Ngah jatuh pada 10hb Disember sempena tarikh birthdaynya..petang itu juga kami berpisah ikut haluan masing-masing..huhh sedihnya..namun sangat puas hati!

Selasa, 15 Disember 2015

Kek Indulgence Coklat Untuk Sahabat

 
Assalamualaikum..
 
 
      
   Terkadang manusia itu sangat susah untuk dimengertikan.. siapalah Bai untuk menghakimi orang, sedangkan Bai sendiri pun banyak kekhilafan..

         Biarkanlah mereka dengan cara mereka sendiri..Bai Cuma suka buat orang lain gembira walaupun dunia sekeliling kita penuh duri berbisa. Allah ada.
 
 
         Takpalah..kita biarkan saja renungan itu. Minggu ni Bai buat sebiji kek indulgence coklat. Untuk sahabat lama Suraini Othman yang Bai panggil Sue. Dia datang Ipoh untuk bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga. Sahabat sekolah menengah hinggalah menjadi housemate semasa bekerja di Petaling Jaya 1984-1986 dan sambung hinggalah kini. Panjang jodoh persahabatan yang murni ini. Bai kenai suaminya dari sebelum mereka berkahwin lagi. Mereka bercinta di ITM Shah Alam. Ketika itu aku telah bekerja sambilan di UIAM kampus PJ sebagai Jurulatih Rekreasi Wanita.
 
 
 
Semoga persahabatan ini berkekalan hingga jannah dan gembira dengan pertemuan singkat ini. Kenangan manis yang takkan dilupakan sampai bila-bila.
 
 
          Caranya tidaklah susah Cuma agak renyah sikit je kerana Bai agak kesuntukan masa. Kalau plan dengan masa yang santai..Bai boleh buat tanpa rasa renyah. Alhamdulillah, tercapai hasrat nak hadiahkan kek buat Sue sekeluarga.


 
 
 
        Sediakan kek Span Coklat saiz 8 inci. Bila sejuk, belah tiga lapis. Buatkan krim coklat mousse dan salutkan lapisan serta keseluruhan kek , simpan semalaman dalam fridge. Keesokkanya tu sediakan coklat ganache. Biarkan sejuk selama sejam. Selepas itu siramkan atas kek tadi. Pastikan semua dilitupi coklat ganache ye. Simpan dalam fridge sejam sebelum di hiaskan dengan buttercream. Resepi semuanya boleh tengok di page yang lalu..    


Well…kebahagian adalah apabila kita melihat orang lain bahagia, maka kita juga bahagia..jumpa lagi!
 


 








Ahad, 6 Disember 2015

Isnin, 30 November 2015

Kek Comel Untuk Hantaran



Assalamualaikum..

 
 
       Musim hujan datang lagi..kawasan di negeri-negeri banjir dah bersiap siaga..semoga tahun ini tidak teruk seperti tahun lepas. Bersabarlah dengan ujian Allah. Sungguh mencabar apabila hendak memulihkan sesuatu yang telah rosak dengan begitu teruk. Apa pun Bai doakan semoga mangsa-mangsa banjir tabah dan diberi kemudahan dalam segala urusan dunia dan akhirat serta dimurahkan rezeki.

         Apa yang nak Bai luahkan mungkin akan ada pelbagai pandangan pro dan kontra. Namun ini adalah apa yang Bai dan kebanyakan orang rasa. Topik bersedekah. Bai seringkali merasakan sesuatu dalam ulu hati sendiri apabila melintas di hadapan peminta sedekah yang buta dan peminta derma di pintu-pintu mesin ATM. Kalau dahulu Bai akan berikan wang kepada anak-anak Bai untuk meletakkan wang dalam bekas atau tabung yang disediakan mereka. Namun pada hari ini Bai Cuma dapat memandang dan berdoa semoga mereka beroleh wang yang banyak dan dimurahkan rezeki mereka yang memerlukan.

         Bai sangat-sangat merasakan keadaan masa kini memang susah untuk kita bersedekah. Mana tidaknya, gaji yang dapat memang cukup-cukup makan. Tiada lebihan pun untuk disimpan pada masa hadapan. Tahun hadapan kita semua bakal merasai kegetiran hidup yang lebih meruncing. Bagaimanalah yang mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada Bai, yang hanya kais pagi untuk makan pagi, kais petang untuk makan petang..semoga Allah sahaja yang dapat mencukupkan rezeki kami dan limpah ruahkanlah rezeki untuk kami bagi meneruskan hidup ini.
 

         Bai memang bertungkus lumus untuk keselesaan keluarga. Habis kerja, bergelumang dengan kek-kek tempahan yang semakin hari semakin berkurangan. Bai faham, kita masing-masing ikat perut dan menahan keinginan untuk sesuatu. Dan tak perlulah kita dengan bangganya mengatakan bahawa orang itu pegawai tinggi, gajinya banyak, orang itu berniaga maju sedangkan dia menghadapi waktu sukar sama seperti orang yang lain, tidak pula kita dapat bantu.
 

         Di pejabat, ramai yang membawa bekal untuk sarapan dan makan tengahari. Tidak terkecuali Bai sendiri, adakalanya bancuh air dan cicah biskut. Anak-anak dibekalkan makanan dari rumah, wang saku dikurangkan. Namun belanja-belanja lain seperti minyak kereta, tol dan barang dapur semakin naik. Aduhai, bagaimana nak bantu meringankan bebanan orang yang susah, kita sendiri pun bergelut. Elaun pemimpin-pemimpin Negara naik saban tahun. Banyak manalah kenaikan gaji tahunan penjawat awam setiap tahun. Alangkah bagusnya jika mereka dapat merasai kegetiran rakyat bawahan seperti kami.
 

         Bukan Bai tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang, namun terfikir juga kepada orang yang lebih susah dan sengsara dari diri dan keluarga ini. Macam mana nak bantu orang lain yang kesusahan..nak simpan wang pun tak boleh kerana gaji tiada berbaki lagi di pertengahan bulan..hmm!!

          Alhamdulillah Bai ada sedikit kemahiran yang Allah pinjamkan ini untuk ikhtiar hidup memjana pendapatan keluarga. Kena pandai pusing-pusing wang untuk memenuhi keperluan keluarga. Ada tempahan bermakna adalah sedikit wang tambahan untuk anak-anak yang masih bersekolah.

        
           Cupcake ini di tempah pada saat-saat akhir. Hari ni tempah esok nak..hmm..Bai Cuma tolong memenuhi hajat orang sahaja. Bukan nak merungut pulak..Letih memang letih weihh..balik kerja dah kena buat kek..untung pun tak seberapa, sedikit pun wang jugak. Namun Bai puas hati dapat tunaikan hajat dan harapan orang dan yang paling penting, orang gembira!!
 
 
 
Asta La Vista..



 
 



Selasa, 10 November 2015

Pau Kacang Merah


Assalamualaikum..

 

         Hari ni cuti sempena Deepavali..cuaca sejuk dek hujan seharian..kami sekeluarga tak ke mana-mana pun. Rehat di rumah..Bai duk terfikir nak buat penganan apa petang nanti..mesti pakat lapar sejuk-sejuk ni..

         Nampak pulak adik Bai ada buat pau kacang merah dalam FB nya..wah..bolehla jugak nak buat..kacang merah untuk inti pau memang dah ada…apa lagi..jom ke dapur Bai..
 


          Sedapkan hujan-hujan ni..minum kopi panas..perghh!!..tak terkata dah..
 
 
 
Gebukan...hihi..makan panas-panas memang sedap! resepi ada dalam pau gebu yang lalu..boleh cari dan buka untuk lihat resepinya.




 
 

Khamis, 5 November 2015

Kek Kukus Pelangi..


Assalamualaikum..
 

          Lama bersiaran..Bai sibuk sungguh sekarang ni di pejabat..sejak menjak dapat Bos baru ni… Rasa semangat nak buat kerja…tu yang balik kerja je pewai..hihi

Cuti minggu 2 minggu lepas, Bai saja-saja belek dapur orang sebab nak cari idea kek baru yang Bai perlu cuba..jadi ternampaklah di dapur ZaraLoveBaking...resepi kek kukus pelangi..macam menarik dan mudah nak buat…resepi tu  tersimpan dicorok buku-buku resepi Bai..bila nak belek gambar koleksi kek, Bai terjumpa semula resepi ni..

Jadi Bai saja cuba buat untuk anak nak bawa ke kelasnya yang sambut hari jadi bagi bulan November hingga Disember. Seronok bukan mainlah si Humairah.

Ni Resepinya..mohon share ye zara..

Resepi Kek Kukus Pelangi
 

Sumber rujukan  : CT Delima dan Zaralovebaking

Oleh  : Baizura TMB


 
 
 







 














Bahan-bahan :


    6   biji   telur  (B)
    2   biji   kuning telur
250   gm   gula kastor
 1/2   tsp   esen vanilla
 1/2   tsp   garam
    1   tsp   ovalet
175   ml    santan kotak (KARA)
200   gm   tepung superfine
Pewarna :  ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah
Loyang :   7 inci



Cara membuat :

1.   Pukul telur, kuning telur, gula kastor, garam, ovalet dan esen vanilla hingga kembang dan gebu, anggaran 5-6 minit.  Kemudian masukkan tepung sambil diayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.

2.   Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dan sebati.

3.   Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.  Setiap bahagian anggaran : 130 gm.

4.   Tuangkan adunan ungu dan kukus selama 10 minit, diikuti dengan warna-warna yang lain hingga habis kesemuanya.  (setiap warna dikukus selama 10 minit), manakala warna yang akhir dikukus selama 20 minit hingga masak.  Angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong.

 

Nanti boleh la kalau nak cuba..sebab Bai dah buat memang jadi cantik..pastu Bai salutkan dengan buttercream.

 

 

 
 
 
jumpa lagi..
 


       

Sabtu, 17 Oktober 2015

Biskut Coklat Cip Ala Chipsmore


Assalamualaikum..

 

Biskut.. biskut.. biskut..biskut lagi…
 
 

Tak jemu-jemu makan biskut. Kali ni Bai buat biskut coklat cipsmore. Memang sedap lah juga. Tak pasal-pasal alat timbang makin naik..hihihi..
 
 

 Resepi ni Bai ubah sikit ikut citarasa. Resepi asalnya Bai ambil dari dapur kak Azlita. Teringin nak rasa yang bercoklat pulak.

 




COKLAT CIP ALA CHIPSMORE
By: Baizura TMJ

 115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang

1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
150 gm tepung gandum

50 gm serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka

 

Mula-mula anda satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam halus dan ayak


Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang. Kemudian gaul rata . dengan senduk kayu atau wisk sahaja. Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje. Kemudian masukkan telur dan vanilla. Adun rata
 
Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata. Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna

Sediakan Loyang. Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi. Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang. Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya. Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C(ikut oven masing-masing). Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies. Bakar selama 15 ~ 18 minit

Bolehlah mencuba. Bai kurangkan kandungan gula halus kepada 90g sebab rasa agak manis  dan bakar dengan suhu 170C..

 

Sangat sedap dicicah bersama milo panas atau milo sejuk.

 

 

        

 

Khamis, 15 Oktober 2015

Kek Coklat Moist Nombor 1


Assalamualaikum..

 

        Lamanya Bai tak online…sibuk sangat dua tiga menjak ni..hati memang selalu rindu nak menjengok blog sendiri, namun apakan daya..banyak sungguh hal yang menghalang.

        Baru-baru ini adalah kawan suami nak tempah kek untuk hari lahir anaknya yang berusia 1 tahun. Libang libu jugak hati, nak ambik tempahan atau tidak. Kawan suami ni namanya Firdaus. Dari zaman bujang hingga dah ada anak, dia tetap setia dengan kek buatan Bai. Rasa serba salah juga nak tolak. Sedangkan Bai sibuk dengan persediaan kursus dan perhimpunan bulanan jabatan, balik rumah memang rasa pewai tak bermaya…

        Suami Bai pujuk buatkan jugaklah kek untuk anak Firdaus yang bertemakan hello kitty dan nombor 1. Berhajat sungguh Firdaus ni. Bai terus terang tak pernah buat kek nombor-nombor atau hello kitty ni..hmm..cubalah juga. Letih Allah sahaja yang tahu.
 
 

        Nilah yang orang kata agaknya..bila kita letih, otak lesu..fokus kita hilang dan tak dapat kesan kesilapan bodoh yang tidak sepatutnya kita buat. Bai tak dapat kesan pun kek nombor yang Bai siapkan sebenarnya terbalik. Semasa nak ambil gambar, memang rasa macam ada yang tak kena dengan nombor tu tapi sebab dah letih dan mengantuk..jadi Bai abaikan perasaan itu. Semasa mata nak pejam atas bantal, tiba-tiba terbayang-bayang nombor tu.. terbalik rupanya..hmm Bai tertidur dengan kesalan yang meresahkan.
 

      
        Keesokan pagi tu, sebelum ke tempat kerja, Bai buka kotak kek..sambil termenung…dah terlambat nak buat pembetulan..aduhai..jadi inilah pengajaran buat diri Bai, kekhilafan ini boleh meruntun hati…semoga tidak berulang lagi. Firdaus nak datang ambil kek malam tu jugak, tak dapat nak betulkan apa-apa dah..mohon ampun maaf jelah yang akak mampu dik..!

 
        Pesan Bai..kalau kita tak betul-betul sedia nak siapkan tempahan..jangan paksa diri nak mengambil tempahan tersebut. Mungkin dah tersurat, bukan rezeki kita. Nanti jadilah kesilapan seperti apa yang telah Bai lakukan. Fokus dan tenaga sangat penting kepada kita ‘homebakers’ ni..faktor umur juga main peranan juga, muda-muda dulu bolehlah bersengkang mata tak tidur 2-3 hari..sekarang ni kena jaga jugalah…takut dapat darah tinggi dan sebagainya..

 
        Suami Bai cuba sejukkan hati..takpelah..kek comel dan cantik jugalah walaupun nombornya terbalik..anggap jelah ‘mirror reflection’..huhuhu..Allah saja yang tahu hati kita ni..




 

 

Isnin, 28 September 2015

Hari Raya Aidil Adha


Assalamualaikum..

 

        Hari raya AidilAdha yang kedua…anak-anak teruja dah nak ke Cameron Highland. Walaupun masih dalam ‘mood’ raya, cuti sekolah pulak semakin nak ke penghujung. Bai sekeluarga raya di Perak saja kali ini bila mak dan adik-adik nak ke Terengganu, rumah adik bongsu Bai ada buat aqiqah anaknya si Muhammad Firash Hakimi.
 
Rendang PokPek Mak


        Bukan sengaja tak nak pergi bersama-sama Mak dan adik-adik yang lain, tapi hati dah takdak nak beraya bila tak pulang ke kampung halaman. Namun Bai cuba sedaya upaya sembunyikan kesayuan dan ‘mood’ raya yang dah ke laut supaya anak-anak tetap gembira menyambut hari raya Haji tahun ini.

        Bai gagahkan juga buat ketupat daun palas. Bukannya Bai reti sangat. Rendang pokpek Mak yang tersangat sedap tu, sebelanga juga Bai buatkan untuk suami dan anak-anak. Kuah kacang dan nasi impit pun Bai buatkan, kek coklat dan kek pisang serta biskut coklat cip.

        Hari raya yang pertama, bila tiba tengahari mulalah anak-anak mengeluh tak tau nak buat apa dah. Makan-makan dan nonton TV. Orang kuarters ramai juga yang pulang ke kampung. Tinggal 2,3 buah rumah saja yang ada penghuni. Tak sampai tengahari dah habis bertandang ke rumah jiran-jiran yang sememangnya orang Perak..
 

        Jadi bila emak dan adik-adik semua bergembira di Terengganu, maka kami sekeluarga pun harus bergembiralah juga dengan cara kami sekeluarga. Jadi Bai memang dah merancang untuk menginap 2 hari asalnya di tanah tinggi Cameron Highland tersebut sejak 3 minggu sebelum Raya Haji iaitu sejak mak dah tetapkan nak ke Terengganu pada raya AidilFitri yang lalu. Namun cukuplah 1 hari di sana. Suatu kelainan jugakan..
 
 

        Kebetulan Bai ada sahabat baik yang menetap di sana kerana mengikut suaminya yang bertugas sebagai pegawai Felcra dan dia ada sebuah apartment homestay. Jadi Bai pun sewa apartmentnya di Greenhill Apartment, Tanah Rata. Memang seronok sebab pekan Tanah Rata tak jauh, kedai makan, kedai runcit , kedai souvenir dan sebagainya memang banyak. Boleh berjalan kaki jer ke sana, Cuma pergi turun bukit, balik kena naik bukit la hahaha…tapi dengan cuaca sejuk waktu malam, in shaa Allah tak terasa penat.
 
    
  
Di rumah tersebut, mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, TV dan alatan dapur seadanya. Ok dah tu.. Bai memang masak kat sana.  Sarapan pagi tu Bai sediakan nasi goreng telur dan sosej, telur separuh masak, nugget, roti dan koko crunch..siap untuk tapau sekali. Manalah tau, bila cuti-cuti ni pastilah ramai yang bercuti di Cameron Highland..sesak gila jalan! Nak makan pun mesti payah dan mahal. Bai bawa juga si Abot, tengok dia macam stress je di rumah tu. Sepanjang jalan Abot santai je sambil mengintai di luar tingkap kereta. Adakalanya ke depan ke belakang kereta..jemu kot.

Abot dah nak tido ni..dia cupp tempat ni awai lagi..
 
        Bila sampai rumah tu yang seronok tengok Abot. Teruja sangat-sangat, berlari ke sana ke mari..menyiasat, menghidu sana sini..hihi..bila kita nak ke bilik air, dia pun sama mengikut. Kucing bijak…! Dan agaknya cuaca sejuk, kakinya tak tahan agaknya. Kami pun berstoking, sebab kaki tak tahan sejuk..Lenguh pulak kaki..Kami bertolak dari rumah jam 12 tengahari dan Akibat kesesakan yang teruk, kami tiba jam 4.30 petang. Sepatutnya hanya 2 jam saja untuk tiba di sana..huhu..

 
 
Bilik Utama  Beserta Bilik Air
 
 
 Bilik Kedua - 1 Katil Double & 1 Katil Single
 
 Bilik Ketiga
 
Dapur & Tandas 
 
 
        Panjang pulak celoteh Bai kali ini..hmm..apapun memang seronok bercuti bersama famili. Dalam hati teringin nak bawa mak ke sana..
 
 

 
 
 
 
 
Jumpa Lagi..