Celoteh

Teratak Manis Baizura

Selasa, 23 Disember 2014

Bunga Ros Cabbage Kuning


Assalamualaikum..Hai..
 
 
Saja nak tayang koleksi bunga ros kuning pulak..selalu buat bunga warna pink atau biru..kali ni warna kuning….


Bunga hydrangea ni masih dalam latihan lagi…tangan ni masih keras katakan...


 

Isnin, 22 Disember 2014

Kek Span Vanilla

Assalamualaikum..Hai..
 
 
 
Lama tak meng’update entri ..keadaan agak sibuk dengan anak-anak yang bercuti sekolah di rumah..kerja-kerja akhir tahun juga perlu disiapkan di pejabat..
Kebetulan Kelab Kebajikan dan Sukan APBM Batu Gajah minta buatkan kek sebiji untuk merai persaraan dan pertukaran jabatan  pegawai. Mahu tak mahu Bai terasa kena buatkan juga memandangkan buakan orang lain yang nak meninggalkan jabatan kita..cumanya alangkah bagus jikalau diorang tentukan jenis kek..ini tidak..diorang beri kepercayaan padu kat kita pulak untuk buat kek apa pun..adusss..kang tak suka dan tak menepati citarasa korank jangan mara aa… 



Inilah hasilnya Kek Indulgence White Chocholate Vanilla ..Bai reka saje ni sebab keknye di buat daripada kek span vanilla, filling dengan mousse white chocholate  tinggal tak siram je mousse coklat putih ni mcm kek indulgence coklat..Bai siram dengan steam buttercream yang sedap dan halus bak sutera tu..

Sebab ini majlis yang agak sedih, maka Bai buatkan bunga rose warna kuning..sobsobsob…
Resepi Kek Span Vanilla ni Bai ambil dari dapur kak Azlita..tq kak yer..memang sedap kek dia..

Kek Span Vanilla

Bahan

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

tepung kek, baking powder disatukan kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun

Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan margerin sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
Bakar selama 30 ~ 35 minit
 
U oll memang kena cuba resepi ni, memang pasti menjadi punyalah..kek lembut, lembab dan kena je dengan citarasa anak tekak Bai ni..huhu..
 
 

 

 

Ahad, 21 Disember 2014

Bunga Ribbon Pink & Peach



Assalamualaikum..Hai..


Saja nak tayang koleksi bunga ros pink & peach pulak..selalu buat bunga ..tapi tersilap guna buttercream  jenis swiss meringue buttercream..entah di mana silapnya, cream menjadi berair..adus..resepi ni Bai ambil daripada…( nantilah Bai update..)


 

Selasa, 9 Disember 2014

Cupkek Bunga-Bunga ~♥


Assalamualaikum..~

 

         Musim cuti sekolah ni ramai yang nak buat goodies untuk doorgift kenduri kahwin, hantaran pertunangan, hantaran kahwin, majlis sambutan hari jadi, candy booth, majlis cukur rambut baby dan macam-macam lagi majlis lah..
 

  
         Bai ade juga mengambil tempahan cupkek untuk sebarang acara dan majlis. Harga boleh dirundingkan..rupa paras cupkek pun boleh dibincangkan..jom nengok tempahan baru-baru ini..
 
Kek Coklat Moist topping dengan coklat ganach


Tema biru dan pink
 




 
Case transparent begini memang cantik dan tahan lasak..

Flower is Bunga


Assalamualaikum...Hai peeps..
 
 
      Hari ni saja-saja nak kumpui koleksi bunga-bunga buttercream Bai..namun ada juga gambar-gambar daripada luar yang Bai simpan untuk tatapan sendiri sebagai pencetus idea.
 

 
Kek Rainbow  9 inci dilapisi dan dilitupi freshcream..
bunga-bungaan daripada buttercream

  
Kek Carrot Walnut  8 inci dilapisi dan dilitupi cheese cream..
bunga-bungaan daripada buttercream
 
 
 
Kek Span Coklat  9 inci dilapisi i coklat mousse dan dilitup dengan
buttercream sedap ..bunga-bungaan daripada buttercream
 
 
Kek Coklat  Moist 9 inci dilapisi  coklat mousse dan dilitup dengan
coklat ganache sedap ..bunga-bungaan daripada buttercream
 


 
Kek Span Vanilla  9 inci dilapisi  dan dilitup dengan buttercream sedap ..
bunga-bungaan juga daripada buttercream
 
Kek Butter  8 inci dilapisi  dan dilitup dengan buttercream sedap ..bunga-bungaan juga daripada buttercream

 
 
 
     
 
 
 
 

Isnin, 8 Disember 2014

Kek Birthday Aishah~♥

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

              Dari awal tahun  lagi Aishah meminta daripada mamanya ini untuk membuat kek coklat moist 2 tiers untuk kek hari jadinya nanti pada 11 April 2014. Terkejut jugalah pada mulanya. Apa tidaknya, siapalah yang nak menghabiskan kek yang agak banyak dengan jumlah famili yang kami ada ini. Rupa-rupanya dia dah pakat dengan cikgu dan kawan kelasnya nak buat parti hari jadi di sekolah. Memandangkan Hari Ulang Tahun Kelahirannya yang ke 12 itu, aku pun mengambil cuti rehat yang tidak rehat langsung untuk :~
 
  • Membawanya ke JPN Cawangan UTC Ipoh untuk buat Mykad..
  • Nak membeli gula-gula dan jajan utk goodies birthday party nya ..
  • Nak bikin 2 biji kek untuk kek tingkatnya tu.. 
              Fuhhh...banyak benda nak kena buat dalam masa yang tak berapa nak ada...Alhamdulillah lah party tu buat pada hari sabtu, hari berikutnya tu ( kelas tambahan) So hari jumaat, pagi - petang kami buat persiapan ic n goodiesnya saja..malam pula buat kek sampai jam 4 pagi baru siap sepenuhnya. Memang ngantuk dan letih. Namun bila melihat matanya yang bersinar-sinar, aku tak mampu berkata tidak..
 

 
 

               Taburan di atas kek tu aku minta Aishah yang buat dan susun sendiri. Nasib baik hiasan tak cerewet. Asal meriah aje.
 
              " Mama ucapkan Selamat Hari Jadi Nur Aishah. Mama doakan agar kamu jadi anak yang solehah, anak yang pintar dan rajin, murah rezeki, anak yang sentiasa di berkati Allah, anak yang sentiasa sayangkan keluarga,mama, abah dan adik serta berguna di dunia dan akhirat...amin ya robbal a'lamin"
 
 

Isnin, 1 Disember 2014

Kek Span Coklat ~♥


Assalamualaikum..hai

 


        Cuti sekolah dah bermula. Teringat sungguh nak balik kampung, teringat kat mak yang jauh di mata dekat di hatiku itu..huhu..Sekarang musim hujan mencurah-curah..bimbang jugak terkandas jika balik bercuti di Perlis. Lutut masih sakit akibat bermain bola tampar di Karnival Sukan Zon Utara 2 minggu lepas. Dah tua-tua pun masih kena main whole out..hehe..staff wanita di ofis memang tak ramai..kenalah juga main. Games yang lain Bai ni kurang minat..padan muka!!..

 
         Di entri ini Bai baru berkesempatan nak update  kek span yang Bai dah buat sebelum bercuti. Kek Span ini untuk sekolah Agama Rakyat si Humairah..memerap sungguhlah dia bila tengok mama buatkan kek untuk sekolah si Aishah baru-baru ni..katanya, ustazah siap pesan, suruh mama buatkan kek untuk majlis akhir tahun..hmmm…takpelah dik..mama sedekah je kek ni..moga murah rezeki kita..amin!


Kek Span Coklat ini dilapisi dengan coklat mousse
dan dilitupi dengan buttercream~♥
 

 
Resepi kek Span Coklat ini boleh didapati di SINI

Jumaat, 21 November 2014

Kek Coklat Moist Delight~♥


Assalamualaikum..hai

 



        Entry kali ini cuma nak tayang kek coklat moist yang ditempah oleh pihak sekolah anak untuk Majlis Perpisahan Tahun 6 baru-baru ini. Dalam keletihan kerana kena training sukan setiap hari di pejabat wakil acara bola tampar APBM Batu Gajah untuk Karnival Sukan Zon Utara KBS di IKBN Jitra,Kedah terpaksa juga Bai buatkan demi Aishah dan guru-gurunya di sekolah..hehehe..jangan mara aaa... 
 

        Dalam duk training tu, terima pulak arahan menghadiri kursus Protokol & Pengurusan Acara 3 hari di kuala Lumpur oleh Bah.Sumber Kementerian…mahu tak mahu kena SYMP lah. Aduss..keknye kena siapkan dululah..kursus pada 18hb Nov 2014..Majlis sekolah Aishah pada 17hb Nov 2014..Ahad malam(16hb) tu bertungkus lumuslah Bai siapkan keknye..

 


Kek Coklat Moist 9” dengan lapisan Coklat Mousse dan litupan coklat ganache…
 

Jumaat, 14 November 2014

Kek Span Coklat

Assalamualaikum..hai

 

         Lama tak bersua di sini…maklumlah cuti sekolah dah nak bermula, mulalah tempahan-tempahan kek semakin meningkat. Kerja di ofis makin berkurang namun kena siapkan segala perancangan awal untuk tahun hadapan, skt dan macam-macam hal pentadbiran.

         Kek span ni di tempah oleh pihak sekolah untuk meraikan Majlis Perpisahan Murid-murid bagi tahun 2014. Resepi ni Bai dapat daripada Blog Azlita Masam Manis. Memang menjadi dengan mudah jika diikut baik-baik tips yang Azlita beri.Terima Kasih daun keladi ye Azlita..banyak yang Bai belajar daripada Blog Azlita. Sekarang Bai kongsikan bersama dengan sesiapa saja yang sudi singgah di Blog Bai ni..

Resepi Kek Span Coklat

Bahan

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

tepung kek, baking powder dan serbuk koko disatukan kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun

Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C ..Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit

 

         Kek Span ni Bai buat 2 adunan dengan gunakan loyang bersaiz 10 inci. Alhamdulillah menjadi dengan cantiknye..Bai memang puas hati. You’all bolehlah mencuba resepi kek span ni ye..

Jumaat, 7 November 2014

Kau Pergi Jua..


Assalamualaikum..
 
Bubba dalam kenangan...

          Sebenarnya Bai sekeluarga masih lagi diselubungi kesedihan kerana kehilangan Bubba, kucing hitam putih yang manis pada pagi 1 November 2014 yang lalu. Tak dapat nak gambarkan kesedihan itu sebenarnya melalui tinta..kerana hati lebih dalam bergelodak, mata bergenang air bila memikirkan bagaimana dan kenapa Bubba pergi meninggalkan kami hari itu.
 
 
 
          Bubba anak Abot yang hampir berusia 7 bulan pada 11 november itu tetapi Allah lebih sayangkannya. Bubba merupakan adik bongsu dari 3 adik beradik. Dia seekor kucing yang manja sekali denganku dan suami. Aku yang menamakannya Bubba kerana dia lahir dengan lemak geleber diperutnya, sungguh lucu bila terdapat palitan kecil berwarna putih di dagu  hitamnya itu. Bubba sangat ceria dan pandai mengambil hati, sering menemani Bai bila membuat kek atau memasak..seronok memasak bila Bubba ada..teman dikala melipat kain baju…bila petang sentiasa menunggu Bai pulang dari kerja untuk bermain-main di padang tepi rumah atau di bawah pokok mempelam di belakang rumah. Dia paling suka makan buah honey dew dan mempelam masak manis dan sabar menunggu aku mengunyahkan buah-buah itu untuknya..biasanya kami berkongsi semangkuk buah-buahan bersama-sama bila aku sedang menonton TV atau minum petang di luar rumah. Bubba mesti berada di sisiku meletakkan dua kaki hadapanya di riba..sambil menanti dengan sabar bahagiannya…arghh! sedih untuk dikenang..

  
11.04.2014 3 beradik ini dilahirkan..Sinchan,Brenda & Bubba
 
      




   
 
      Bila sedang membaca buku, surat khabar atau membelek buku resepi, Bubba selalu sibuk menarik perhatianku dengan menggigit kaki, jari jemari, buku atau apa saja yang ku pegang…Bubba sentiasa ada menemaniku..suamiku juga, sentiasa ditemani Bubba ketika menyiram, menanam pokok…sambil mengejar rama-rama dan kumbang..main sorok-sorok di celah rumput dan pokok bunga…penunggu setia waktu anak-anak balik sekolah, di depan pintu..

          Hari itu…awal pagi, kami kalut dan bergegas ke sekolah kerana anak-anak Bai ada acara sukan. Jadi Ayong hanya sempat menuangkan bijian makanan kegemaran Bubba dan kakaknya Sinchan di dapur. Tidak terlintas sesuatu yang buruk akan berlaku terhadapnya. Pagi sebelum menuruni tangga, kelihatan Sinchan tidur di celah tirai tingkap namun tidak kelihatan si Bubba. Aku fikir dia keluar rumah untuk bermain atau membuang air.

          Malam sebelum itu, terdapat 3, 4 ekor anjing liar menceroboh kawasan kuarters kami. Bingit telinga dengan teriakan dan salakan anjing-anjing itu. Kucing-kucing kami agak ketakutan waktu itu. Aku memeluk Bubba manakala Ayong memeluk Sinchan. Lalu ku ada berpesan pada anak-anak supaya jangan biarkan tingkap dapur terbuka bimbang kucing-kucing itu keluar bermain dan digigit anjing. Semua tingkap semua ditutup dan kami bimbangkan si Abot ibu kepada Bubba dan Sinchan yang tidak pulang untuk makan. Semasa memeluk Bubba, aku berpesan padanya supaya jangan keluar rumah, nanti diapa-apakan anjing liar tu nanti. Aku bimbangkan Bubba kerana dia agak gemuk, mungkin dia sukar lari menyelamatkan diri.

          Rupanya sudah tersurat agaknya…entah kucing liar mana yang masuk mencari makanan dan membuka tingkap dapur yang menyebabkan Bubba bolos keluar juga. Kata jiran-jiran yang terdengar perkelahian anjing dengan kucing itu pada awal jam 5 pagi. Memang aku dan suami tidak sedar langsung akan bunyi teriakan itu. Jiran sebelah rumahku menghantar whatsapp gambar Bubba yang telah mati di bawah pokok berhampiran kawasan permainannya di belakang rumah untuk kepastian. Ketika itu kami masih di sekolah. Lalu dengan hati yang tidak enak, aku dan suami bergegas pulang ke rumah sementara anak-anak kami tinggalkan sebentar semasa upacara penutupan sukan.

          Tidak dapat aku dan suamiku menahan kesedihan, dan raunganku telah menyentuh hati jiran-jiran yang lain yang turut sama menitiskan airmata melihat tangisanku. Sewaktu aku mengangkat longlai tubuh Bubba yang renyuk digigit anjing sial itu, luka di merata tubuh..ku dakap erat. Maafkan mama Bubba…maafkan mama kerana tak dapat menyelamatkan Bubba..Bubba dah tiada..Bubba dah pergi tinggalkan kami…

Kami terlalu merindui kamu Bubba...♥
 
          Selepas suami selesaikan urusan pengkebumian Bubba, kami bergegas mengambil anak-anak pulang, suami tak mahu anak-anak melihat keadaan Bubba yang menyayat hati..aku tidak dapat menghentikan airmata yang mengalir tanpa putus..mahupun ketika ini..dah seminggu berlalu, kami masih terasa-rasa ngilu kehilangan Bubba…Sinchan juga seperti sentiasa menantikan adiknya di muka pintu…makan pun kurang selera…merindui Bubba.. yang pasti dia juga rasa apa yang kami rasa…

Dan..malam itu, anak-anak tidur dengan linangan airmata…Bai juga tidak dapat tidur hingga beberapa malam, dan suami sering terbangun pada jam 3 hingga 5 pagi ..kerana rindu pada gigitan manja Bubba meminta makan.

Ya Allah.. …Air mata ini tak berhenti mengalir... setiap kali terbayang dan terlihat barang mainannya...buah-buahan kegemarannya..Bai dah tak boleh makan lagi… seolah-olah semangat Bai telah dibawa pergi... Bai sedar Bai harus kuat dan tabah.. dia hanyalah makhluk Allah yang dipinjamkan sementara utk menjadi penghibur kami dikala duka dan bahagia...

     

 
 
 
   
Buah mempelam  kegemarannya

 
 
 
 
 

           Argh…maafkan andai Bai terbawa-bawa         perasaan...rindu ini memang menyeksakan!





 

 

 

Isnin, 3 November 2014

Roti Sarang Lebah Lagi..♥

Assalamualaikum...Hai..

 
Roti Sarang Lebah dalam Cup

       Bai masih bersedih dengan kehilangan Bubba...dalam pada itu, tempahan perlu juga diteruskan. Meskipun tiada lagi Bubba yang selalu menemani ketika Bai mem'baking'..terasa keseorangan semasa menguli roti. Biasanya dia akan selalu lepak di bawah meja, sekali sekala menguit kaki..meminta roti yang harum semerbak ketika dibakar..oww dia memang suka makan roti...menjilat krim keju dll di bekas-bekas yg telah digunakan..Bai akan bagi dia jilat sedikit sahaja, bimbang dia jatuh sakit! Upah temanlah tu...
 
          Hmm..berbalik pada cerita roti...tempahan sebanyak 11 pek diterima dengan Lava Cheese Cake..agak kelam kabut gak..so, saja ambik cuti..tiada hati di tempat kerja..
 

 
 
       Sebekas RM 6.00 sahaja...

Rabu, 22 Oktober 2014

Roti Sarang Lebah


Assalamualaikum ..Selamat Petang.. 
 
 
         Sempena cuti Hari Deepavali…Bai sekeluarga hanya melepak di rumah, cuaca yang sedikit mendung dan sejuk itu membuatkan aku dan Suami malas nak keluar ke mana-mana. Macam  biasalah kalau cuti mulalah nak mereka-reka apa menu nak makan.. sambil ber whatsApp dengan adik-adik..tertengoklah kiriman juadah breakfast dan lunch mereka…adik Bai yang tinggal di Kuantan ni memang agak kencang jugalah bisnes bakerinya..roti sosej bercheese nye memang mengiurkan..katanya, malas nak nak masak tengahari, inilah sarapan inilah lunch diorang…hahaha..habis nasik goreng sardin tu makan kot celah mana..hahaha
        Dalam duk pikir apa menu nak masak untuk tengahari ni..tetiba encik suami offer masak lunch..tapi katanya..Cuma kari ikan kembung rampai terung, ikan goreng 2,3 ekor dengan sayur campur je la…  fuhh..Nikmat betui !! hmm abis Bai nak buat ape ekk…tetiba teringat roti sarang lebah yang tertangguh begitu lama akibat asyik terlupa beli 2,3 bahan-bahannye.. apa lagi, semasa encik abang busy masak di dapur, Bai pula busy mengatur bahan-bahan roti ni…alamak..yogurt pulak tak ade..mmm..timbullah idea nak derhaka pada resepi yang telah ku simpan begitu lama. Resepi ni Bai ambil dari FB Lydia Honey. Thanks ya!
        Mataku tertancap pada bekas mayonnaise dalam fridge..hmm inilah pengganti kepada yogurtku yang tertinggal di kedai…hehe…So..inilah hasilnya..
        Resepi Lydia Honey ni memang best. Mudah nak bikin. Lain kali Bai kena buat double. Sos butterscotchnye pun sedap!. U Oll boleh lah cuba..kalau tak ade yogurt bolehlah guna mayonnaise!..roti yang Bai buat ni sangat lembut..try la, in shaa Allah menjadi.  Jadi Bai sekeluarga minum petang dengan juadah roti sarang lebah ini bersama Teh O panas..sedap beb!
 

ROTI SARANG LEBAH a.k.a BEE HIVES MINI BUN
by Lydia Honey

Bahan-bahan:
·        2 cawan tepung gandum __ saya dah pernah guna tepung roti jugak
·        1/2 sudu teh dry yeast __ saya guna yis mauripan
·        1/4 sudu teh garam
·        1/2 sudu teh baking powder              
·        1 sudu besar gula pasir                         
·        1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik) -_ Bai guna Mayonaise  
·        1/4 cawan minyak sun flower                 
·        1/2 cawan air suam                             
Bahan untuk hiasan(topping):                   
·  Almond Flakes                                 
·  Pumpkin Seeds                                         
. Bijan Hitam                                                  
·  Butterscotch                                              
Cara-caranya :
1.     Larutkan YIS + GULA + AIR SUAM sampai berbuih
2.    Di dalam mangkuk adunan, masukkan TEPUNG GANDUM + BAKING POWDER = saya ayak terlebih dahulu pastu letak GARAM & kacau sebati
3.     Masukkan CAMPURAN YIS YANG DAH BERBUIH & YOGURT ke dalam mangkuk adunan tadi. U all dah boleh uli sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit.. ULI SEHINGGA ELASTIK.. Actually lagi lama uli lagi bagus, roti kita tu akan jadi lebih gebu..Bai uli guna mixer dalam 30minit (berhenti-henti sebab mixer panas) Bila dah puas uli, biarkan doh tu sehingga kembang 2 kali ganda dari doh asal
4.    Bila dah kembang bolehlah tumbuk2 doh tu bagi angin dia keluar
5.    Sapu minyak di tangan u all & ambik doh lepas tu u all genggam doh tu & akan keluarlah doh tu dari celah ibu jari & jari telunjuk kan... sebesar buah langsat..Ohya, dalam loyang tu, u all susun rapat. U all buat macam tu sampai habis, Bila dah penuh loyang tu dengan doh, u all biarkan hingga doh tu naik 2 kali ganda lagi sekali.. sapu Egg Wash dan u all letak la apa yang u all nak letak atas dia, badam & bijan hitam& pumpkin seeds.. tak nak letak apa2 pun boleh.. ikut citarasa masing2...  
6.    Bolehla u all bakar 180-200c api atas bawah 10-15 minit... ( Bai bakar 160’C 25 minit ) Bila dah siap bakar time tengah2 panas tu, terus curahkan BUTTERSCOTH SAUCE ke atas roti tersebut.!!
Bahan Sos Butterscotch :
. 1/2 cawan whipping cream _saya guna susu cair 
. 1/2 sudu teh esen vanilla
. 1/2 cawan brown sugar..  
. 25g butter & Secubit garam
CARA2 :
.. Cairkan BUTTER pastu masukkan BROWN SUGAR + garam=Kacau selalu hingga  gulanya cair & berbuih.
..Tuangkan WHIPPING CREAM secara perlahan2 sambil tangan terus   mengacau tau, kang hangus pulak
.. pastu MASUKKAN VANILLA... kacau sebati & sejukkan..!!              
Sapuan atas roti (egg wash) : 1 biji kening telur + susu segar   
                                               
 
                                 SELAMAT MENCUBA!!