Assalamualaikum ..Selamat Petang..
Sempena cuti Hari Deepavali…Bai
sekeluarga hanya melepak di rumah, cuaca yang sedikit mendung dan sejuk itu
membuatkan aku dan Suami malas nak keluar ke mana-mana. Macam biasalah kalau cuti mulalah nak mereka-reka
apa menu nak makan.. sambil ber whatsApp dengan adik-adik..tertengoklah kiriman
juadah breakfast dan lunch mereka…adik Bai yang tinggal di Kuantan ni memang
agak kencang jugalah bisnes bakerinya..roti sosej bercheese nye memang
mengiurkan..katanya, malas nak nak masak tengahari, inilah sarapan inilah lunch
diorang…hahaha..habis nasik goreng sardin tu makan kot celah mana..hahaha
Dalam duk pikir apa menu nak masak untuk
tengahari ni..tetiba encik suami offer masak lunch..tapi katanya..Cuma kari
ikan kembung rampai terung, ikan goreng 2,3 ekor dengan sayur campur je la… fuhh..Nikmat betui !! hmm abis Bai nak
buat ape ekk…tetiba teringat roti sarang lebah yang tertangguh begitu lama
akibat asyik terlupa beli 2,3 bahan-bahannye.. apa lagi, semasa encik abang
busy masak di dapur, Bai pula busy mengatur bahan-bahan roti ni…alamak..yogurt pulak tak ade..mmm..timbullah
idea nak derhaka pada resepi yang telah ku simpan begitu lama. Resepi ni Bai
ambil dari FB Lydia Honey. Thanks ya!
Mataku tertancap pada bekas mayonnaise dalam
fridge..hmm inilah pengganti kepada yogurtku yang tertinggal di kedai…hehe…So..inilah
hasilnya..
Resepi Lydia Honey ni memang best. Mudah
nak bikin. Lain kali Bai kena buat double. Sos butterscotchnye pun sedap!. U
Oll boleh lah cuba..kalau tak ade yogurt bolehlah guna mayonnaise!..roti yang
Bai buat ni sangat lembut..try la, in shaa Allah menjadi. Jadi Bai sekeluarga minum petang dengan juadah roti sarang lebah ini bersama Teh O panas..sedap beb!
ROTI SARANG LEBAH a.k.a BEE HIVES MINI BUN
by Lydia Honey
Bahan-bahan:
·
2 cawan tepung gandum __ saya dah pernah guna tepung roti jugak
·
1/2 sudu teh dry yeast __ saya guna yis mauripan
·
1/4 sudu teh garam
·
1/2 sudu teh baking powder
·
1 sudu besar gula pasir
·
1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik) -_ Bai guna Mayonaise
·
1/4 cawan minyak sun flower
·
1/2 cawan air suam
Bahan untuk hiasan(topping):
· Almond Flakes
· Pumpkin Seeds
. Bijan Hitam
· Butterscotch
Cara-caranya
:
1.
Larutkan YIS + GULA + AIR SUAM sampai berbuih
2.
Di dalam mangkuk adunan, masukkan TEPUNG GANDUM + BAKING POWDER = saya
ayak terlebih dahulu pastu letak GARAM & kacau sebati
3.
Masukkan CAMPURAN YIS YANG DAH BERBUIH & YOGURT ke dalam mangkuk
adunan tadi. U all dah boleh uli sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit..
ULI SEHINGGA ELASTIK.. Actually lagi lama uli lagi bagus, roti kita tu akan
jadi lebih gebu..Bai uli guna mixer dalam 30minit (berhenti-henti sebab mixer
panas) Bila dah puas uli, biarkan doh tu sehingga kembang 2 kali ganda dari doh
asal
4.
Bila dah kembang bolehlah tumbuk2 doh tu bagi angin dia keluar
5.
Sapu minyak di tangan u all & ambik doh lepas tu u all genggam doh
tu & akan keluarlah doh tu dari celah ibu jari & jari telunjuk kan... sebesar
buah langsat..Ohya, dalam loyang tu, u all susun rapat. U all buat macam tu
sampai habis, Bila dah penuh loyang tu dengan doh, u all biarkan hingga doh tu
naik 2 kali ganda lagi sekali.. sapu Egg Wash dan u all letak la apa yang
u all nak letak atas dia, badam & bijan hitam& pumpkin seeds.. tak nak
letak apa2 pun boleh.. ikut citarasa masing2...
6.
Bolehla u all bakar 180-200c api atas bawah 10-15 minit... ( Bai bakar
160’C 25 minit ) Bila dah siap bakar time tengah2 panas tu, terus curahkan
BUTTERSCOTH SAUCE ke atas roti tersebut.!!
Bahan Sos Butterscotch :
. 1/2 cawan whipping cream _saya guna susu cair
. 1/2 sudu teh esen vanilla
. 1/2 cawan brown
sugar..
. 25g butter & Secubit garam
CARA2 :
.. Cairkan BUTTER pastu masukkan BROWN
SUGAR + garam=Kacau selalu hingga gulanya
cair & berbuih.
..Tuangkan WHIPPING CREAM secara perlahan2 sambil tangan terus mengacau tau, kang hangus pulak
.. pastu MASUKKAN VANILLA... kacau sebati & sejukkan..!!
Sapuan atas roti (egg wash) : 1 biji kening telur + susu segar
SELAMAT MENCUBA!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan