Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 28 Februari 2015

APAM BELANG GEBU






Assalamualaikum..


         Di hari yang santai terik dan bersinar ini..Bai hanya meneduhkan diri di dalam teratak, tidak ingin merasai peritnya kulit bila disentuh sang mentari..anak-anak juga begitu, sibuk dengan hal masing-masing..ada yang menyiapkan projek sekolah, ada yang mencuci kasut sekolah dan ayahnya dengan pokok bonsainya di garaj…
 

           Termangu-mangulah aku…entah apa yang nak dimasak untuk kudapan petang ini. Sambil membelek-belek koleksi resepi untuk sajian petang..mata tertancap atas resepi yang memang lama dah duk teringin nak buat..tapi mood entah melayang ke mana hala..teringin tinggal coklat angin..hehe

 

         Resepi itu ialah Apam Belang. Apam ni bila di teliti bahan-bahan dan methodnya..memang sama seperti membuat kek dan sangat gebu...anak-anak memang gelar apam ni kek..hantam sajalah labu..
“ Ma, sedapla kek yang mama buat ni..esok adik nak bawak bekal ke sekolah” hehe…
 

         Resepi ni Bai dapat dari dapur kak Azlita Masam Manis. Macam biasalah..resepi dan tunjuk ajar kak Ita memang di hati. Terima Kasih ye Kak Ita. Apam ni memang jenis senang jadi. Jom cuba..

APAM BELANG
 
Bahan-bahan:~
 
 4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
1 sudu teh baking powder 
Pewarna
 
Cara-cara:~
 
 Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Sapukan Loyang 9 inci dengan mentega..alas dengan kertas lapik kek.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)
 
          Apam ni lagi sedap sekiranya kita letak perasa..perasa oren ke, strawberi ke..memang bertambah sedap. Dah masak, sejukkan dalam Loyang dalam 5 minit gitu, bila apam renggang bahagian tepi maka bolehlah kita keluarkan apam dan sejukkan atas redai.
 
 
         Kalau nak simpan apam ni hendaklah kita balut dengan pembalut plastik atau bekas kedap udara dan simpan dalam fridge. Pembalut plasik atau bekas kedap akan memelihara apam daripada kering dan tercemar dengan bau yang ada dalam fridge.
 
JUMPA LAGI..

 
 

Ahad, 22 Februari 2015

Belangkas owhh Mentarang


ASSALAMUALAIKUM..

 

        Balik kampung Bai semasa Cuti Raya Cina tempohari memang menyeronokkan…harga minyak petrol Ron95 kan murah..hehe..di samping tu kan dapatlah Bai berlibur santai bersama keluarga dan mak tercinta.. Dalam perjalanan balik kampung tu Bai singgah ke Kuala Perlis..Jalan kuala Sg Baru…nak mengintai kalau-kalau ada siput mentarang..bolehlah meratah malam ni di rumah mak.

 

         Bai dan suami memang gemar siput mentarang ni. Siput ni menjadi trade mark makanan eksotik di Perlis. Kami pun menyelusuri jalan di tepi pantai sambil melihat orang ramai bersantai sambil makan-makan dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa..dipertengahan jalan kami singgah di pondok yang menjual siput-siput ..ada lokan, siput remis, belangkas dan mentarang..besar-besar mentarang kali ni..rezeki kami agaknya. Kalau saiz yang kecil biasanya banyak pulak pasir selut dalam cengkerangnya..peniaga di situ bagitau kalau datang beli  dalam 3 atau 4 hari lagi, saiz mentarang ni lagi besar ..sebesar 3 hingga 4 jari lebarnya tu..tudia aihh!

         Mentarang ni sedap dibuat sayur manis dengan betik tua ( antara masak dengan tak masak lagi) tapi kena kopek kulitnya dulu la. Kulit mentarang ni sangat rapuh. Bai dan suami suka mentarang tumis dengan bawang putih dalam kuali. Lepas tumis masukkan mentarang dan tutup dengan penutup dalam 15 minit. owwhh sedapnye..!

         Kami beli 2 kilogram siput mentarang tu. Sekilo jatuh pada harga RM8.00..sambil membeli mentarang tu mata melilau pada belangkas-belangkas yang kakinya mengeliut-liut ke atas. Kalau ditelungkupkan belangkas tu alamatnya.. kena kejarlah..hahaha..suami tanya, teringin ke nak makan telur belangkas..dalam duk fikir-fikir nak beli ke tak..terkenang semasa mengandungkan si ayong dalam 6 bulan gitu..teringin nak makan telur belangkas…

         Ketika itu Bai pulang bercuti di kampung Pulau Tuba, Langkawi rumah mertua..masa tu rumah mak sedang dalam pengubahsuaian, Jadi terpaksalah Bai dan suami menginap di chalet tepi pantai pulau tuba tu..tak la jauh dari rumah mak pun…fuhh..memang seronok, macam bercuti di pulau peranginan..pantainya pula betul-betul di hadapan chalet tu..cantik pemandangannya..lautan yang biru kehijauan yang menjadi laluan feri dari Kuala Kedah ke Jeti Kuah sering berulang alik…pulau-pulau sekelilingnya yang hijau permai..sungguh mendamaikan..

         Keinginan nak makan telur belangkas ketika itu memang dipendamkan agak lama. Bimbang susahkan suami dan keluarga mertua nak mencari pulak.. kita bukannya faham keadaan musim laut dan cuaca di situ..mana tau bukan musim belangkas bertelur ke..Malam hari, cuaca bertukar menjadi sejuk anginnya..air pasang melimpah hingga ke hadapan chalet..dalam 3 langkah gitu nak memcecah beranda chalet..apalagi, Bai seronok main air laut sambil diperhatikan oleh suami..suasana agak kelam..hanya diterangi oleh lampu kalimantang chalet yang tak berapa terang tu, hanya chalet Bai saja yang berpenghuni..mintak mandi, suami melarang.. entah dari mana datang, Makcik tukang masak lalu di tepi chalet sambil menegur suami…maklumlah..orang kampung suami..sambil bercerita petang tadi dia dapat belangkas seekor yang mendarat di depan chalet ni…

         Bai yang sedang main air terus berhenti..lancar je tanya makcik tu boleh beli tak..teringin nak makan telur belangkas..laju je makcik tu jawab boleh, tolong rebuskan pun boleh..Ya Allah, hanya Dia saja yang tahu keinginanku..suami terpinga-pinga dengan permintaanku..makcik tu terus masakkan belangkas tu untuk Bai..dalam pada tu sempat juga suami bertanya tahu ke macam mana nak makan belangkas tu..tentu la Bai tahu ..arwah ayah Bai yang ajar..katanya jangan makan bahagian tengah belangkas yang macam bersampul tu..racun katanya.

         Siap saja belangkas tu terhidang di atas meja depan chalet tu, tiba-tiba mak dan ayah mertuaku sampai. Rupa-rupanya suamiku memang tak pernah makan belangkas walaupun dia ni anak orang laut..haha..ayah mertuaku yang potongkan kulit bahagian bawah belangkas..tersembullah telur-telur bulat yang berwarna oren..apalagi aku terus sudukan telur-telur yang sangat lemak itu ke dalam mulut..arghh nikmatnye tak terperikan…nilah percubaan pertama suamiku menikmati telur belangkas…cerita dulu-dulu! kenangan menggamit semula..

         Sudah lama juga tak makan telur belangkas.....kali ni suami Bai pulak yang beriya-iya nak makan telur belangkas. Haha..seekor dalam RM15..oklah tu..jom nengok rupanya..macam alien kata adik..

RUJUKAN DARI GOOGLE..
 
 

Selasa, 17 Februari 2015

KEK KARAMEL COKLAT


Assalamualaikum..

 
Entri kali ini masih berpusar dengan Kek Karamel Coklat..dalam menanggung hiba seorang diri, Bai masih sempat menyiapkan tempahan kek ini. Dalam hati risau jugalah, takut tak menjadi…maklumlah, hati di sini, fikiran berkecamuk..
Tak apalah, kita tinggalkan dulu cerita yang tak best ni, kita fokus kat kek ini yang memang menjadi pujaan hati semua orang..hehe..
Kek ni kali ketiga Bai buat.memang menjadi. Jom kita tengok kejadiannya…



 
 
 
Terliur tak...hehehe :p
 

Jumaat, 13 Februari 2015

Kek Karamel Pelangi..lagi


Assalamualaikum ..

 

         Petang semalam Bai buat lagi Kek Karamel Pelangi..hati terbuai riang nak menambah pengalaman membuat kek Karamel ni. Bai ada juga cuba resepi lain selain daripada resepi kak Azlita..kurang menjadi. Bai lebih berpuashati dengan resepi dan tunjuk ajar kak Azlita lagi.

         Resepi yang lain tu adakalanya kurang jelas, ataupun mungkin tingkat kefahaman kita tak sama kan..namun itu adalah pilihan masing-masing. Tak mau la Bai komen lebih-lebih. Nanti mengecilkan hati orang lain..tentulah tak wajarkan?..

         Resepi yang Bai buat ni adalah dari pada freeshine@myresepi.com.. Terima kasih ye..namun agak manis..hasil percubaan kali kedua, Bai kurangkan gulanya...resepi ni pun bagus jugak ..
 

KEK KARAMEL PELANGI  Freeshine@myresepi.com

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm(9inci )

  • (A) - Bahagian Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jd perang, jangan sampai hitam nanti pahit. Ratakan ke seluruh loyang.

  • (B) - Bahagian Atas (Karamel)
  •  1/2 tin susu cair, akan jadi nipis macam dalam gambar. Boleh letak 1 tin untuk lebih tebal.
         3/4 cawan gula kastor – Bai kurangkan gula menjadi ¼ cawan

1/2 sudu teh esen vanilla
  •  3 bj kuning telur
  •  * Optional 1 sudu besar tepung kastard

 (C) - Lapisan Kek

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan gula kastor – Bai kurangkan jadi ¼ cawan
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 45ml minyak masak

(D) - Cara Buat Merinque

  • 6 biji putih telur
  •  3/4 cawan gula kastor – Bai kurangkan jadi ¼ cawan gula
  •  1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara-cara

1.     Untuk bahagian karamel,

  kacau semua bahan sampai sebati. jangan bagi berbuih, nanti tak cantik karamel. Tapis dan tuang dalam loyang berisi gula hangus. Tak payah bakar, biar je.
 
2.    Untuk lapisan kek,

pukul telur, gula, air dan minyak sampai gula hancur. Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam adunan. pukul/ kacau sampai sebati. Ketepikan.
 
3.     Untuk meringue

 Pukul telur putih sampai jadi foam, ringan dan bila terbalik tak jatuh. masukkan krim tartar, pukul sebentar. masukkan gula, pukul sampai hancur. Masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. bahagikan pada beberapa warna. Sendukkan tiap warna 1 senduk berulang-ulang sampai abis.



 
 
 


Panaskan oven 160 darjah, bakar secara double-boiled/ water bath selamat 50-60 minit. Dah masakkan, sejukkan dalam oven selama 10 minit. Biarkan tepi loyang sedikit jarak. Terbalikkan, dan lap air lebihan dari karamel supaya tak diserap kek. Sejukkan, lagi sedap.
 

 
          Kek ni kan bila jadi teramatlah lembutnya..nak potong pun  bimbang..hehe..nak check kek masak atau tidak, bolehlah kita cucukkan lidi hingga lapisan kek saja, jangan terlebih cucuk pulak..nanti terkena lapisan karamelnye..

        
         Bai punyalah risau nak terbalikkan kek ni..bimbang ada air gula yang banyak..nanti rosak pulak kek yang cantik ini..tapi bila terbalikkan kek ni, tak la teruk sangat ..Tunggu betul-betul sejuk dan letakkan dalam fridge sebentar (15 min gitu)..barulah terbalikkannya ye..Cuma kena cepat-cepat lapkan lelehan air gula di keliling , tepi-tepi kek tu..lepas tu dah boleh tarik nafas lega..simpankan dalam fridge. Makan sejuk-sejuk memang marvellous…tak percaya? Jom try buat..

 

 

Sabtu, 7 Februari 2015

KEK KARAMEL PELANGI


ASSALAMUALAIKUM…


Hari ni punya cerita…hehe…


Dalam duk control makan tu, teringat pulak kat si cantik manis Kek Karamel Pelangi ni..hancus la diet akak harini..tapikan, terus terang cakap..Bai sikit pun tak nyesal makan kek ni..memang sedap secantik rupa. Bagi Bai kek ni renyah sikit prosesnye..tapi berbaloi.. apapun resepi dan kaedah-kaedah kak Azlita Masam Manis juga yang tetap menjadi idaman. Kak Ita ni memang tak pernah jemu menunjukkan cara membuat kek dan desertnye..jelas dan terperinci..TERIMA KASIH YE Kak Azlita..sayang kamu!

Alhamdulillah menjadi.. kalau guna resepi dan ikut dengan sabar apa yang diperturunkan oleh Kak Ita tu..In Shaa Allah..tiada kecewa..



























KEK KARAMEL PELANGI by Azlita MasamManis

Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. ..Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan…Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang…Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan ..Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras…Ketepikan

Bahan Karamel

1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut….Kacau telur dan esen perlahan-lahan…Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje…Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi…Ketepikan.
(Kalau nak dapatkan lapisan karamel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.)

Adunan Kek Bahan 1

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2

140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak ke dalam adunan kek 1 tadi. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga ke semua bergaul sempurna. Ketepikan.

Merinque

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tartar

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering…Pukul putih telur hingga berbuih…Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh…Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi…Gaul rata secara kaup balik…Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna... Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak...terpulang la berapa warna pun.. Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karamel tadi.

Belang- belangkan adunan

Tuang 3 sudu lapisan warna 1, kemudian 3 sudu lapisan warna 2..di tengah-tengah lapisan warna 1. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan warna 3 di tengah-tengah lapisan warna 2.

Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula…Akhir sekali dengan satu sudu…Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C. Bila dah masukkan kek dalam oven  tukar pada suhu 160C..Gunakan api bawah sahaja… Masak dengan menggunakan kaedah Steam Bath..

Kaedah Steam Bath

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi.. Letakkan pada rak bawah dalam oven.

Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. Selepas  masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi  loyang..Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
 
 
Pengalaman Bai pula, terbalikkan kek bila benar-benar sejuk..siap sejukkan dalam peti ais sekejap dalam 10 minit gitu...baru terbalikkan..kalau tak, nanti kek pecah karamelnye..
Kek Karamel Pelangi ni Bai buat double karamelnye..tu yang nampak tebalkan...

Bila terbalikkan kek tu…normallah kalau air gula karamel tadi meleleh..cepat-cepat tau lapkan air tu dengan kitchen towel..nanti diserap lapisan kek, dah tak cantik…huhu

Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk. Simpan kek dalam peti ais  untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap dimakan sejuk…dikala musim panas…sejuk di anak tekak…Bai makan tak hingat donia…huhu!!

 
SELAMAT MENCUBA..!



 

Selasa, 3 Februari 2015

KEK KEJU STRAWBERI


Assalamualaikum….apa khabar?

Entri kali ni tentang Kek Keju Strawberi. Kek ini di tempah untuk minum waktu petang. Jadi Bai deko simple2 jer. Kek ni memang sedap. Sebelum Bai terima tempahan setiap jenis dessert atau kek, Bai pasti mencuba dulu supaya tahu apa rasa dan teksturnya. Kalau tak sedap,Bai tak jual yer..
 
 
 
 
     
Feedback dari customer memang bagus..sedap katanya.Alhamdulillah..buat dengan kasih sayang tau..hehe
Ok, jumpa lagi di lain entri..

Isnin, 2 Februari 2015

APAM MERKAH @ SENYUM


Assalamualaikum….apa khabar?

         Entri kali ni biasa-biasa jer…menu minum petang..Bai buat Apam Merkah berinti Blueberry dengan teh o panas. Maklumlah..Bai ambil cuti rehat bersambung dengan cuti Thaipusam...cuti2 ni rajin terlebih..hehe..
        Bai tengok anak-anak Bai angkut satu-satu ngap masuk mulut. Lapar betul deme nih..hehe..pastu hilang kayuh beskal kat luar… pastu singgah balik ambik apam lagi..ngap masuk mulut..apa pesen kome ni…acara sukan makan apam bergilir-gilir ker..huhu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
         Satu warna je Bai buat...nak cepat punya pasal. Tapi kalo dapat buat yang warna warni macam yang Kak Zuraini Alias @ KakZu Semanis Gula tu..mesti lagi teruja la anak2...
    
Jom nengok resepi ..daripada KakZu..
 

APAM MERKAH
bahan2

200 gm gula castor
2 biji telur gred A...suhu bilik
1 sudu teh ovellete
letak ape2 paste - untuk menghilangkan rasa soda tuuu
1 tsp esen vanilla

250 gm tepung gandum
1 cawan aiskrim soda (air gas )...suhu bilik ( jangan penuh2 cawan tuu..kurangkan sikit je )

cara-cara

1. Pukul telur,gula dan ovellet hingge kembang
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrimsoda.
4.Bahagikan kepade beberape bahagian..letak warne dan paste yang disukai
5. Kukus selama 7 hingga 10 mnit. Api kukusan kena kuat la sikit..baru apam tu senyum.hehe

TIP
*pastikan telur ,gula dan ovellete dipukul hingga putih dan berkrim.
*papercup dalam gambar size 8.
 
Moh le nerai..sedap tau..!