Celoteh

Teratak Manis Baizura

Jumaat, 13 Februari 2015

Kek Karamel Pelangi..lagi


Assalamualaikum ..

 

         Petang semalam Bai buat lagi Kek Karamel Pelangi..hati terbuai riang nak menambah pengalaman membuat kek Karamel ni. Bai ada juga cuba resepi lain selain daripada resepi kak Azlita..kurang menjadi. Bai lebih berpuashati dengan resepi dan tunjuk ajar kak Azlita lagi.

         Resepi yang lain tu adakalanya kurang jelas, ataupun mungkin tingkat kefahaman kita tak sama kan..namun itu adalah pilihan masing-masing. Tak mau la Bai komen lebih-lebih. Nanti mengecilkan hati orang lain..tentulah tak wajarkan?..

         Resepi yang Bai buat ni adalah dari pada freeshine@myresepi.com.. Terima kasih ye..namun agak manis..hasil percubaan kali kedua, Bai kurangkan gulanya...resepi ni pun bagus jugak ..
 

KEK KARAMEL PELANGI  Freeshine@myresepi.com

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm(9inci )

  • (A) - Bahagian Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jd perang, jangan sampai hitam nanti pahit. Ratakan ke seluruh loyang.

  • (B) - Bahagian Atas (Karamel)
  •  1/2 tin susu cair, akan jadi nipis macam dalam gambar. Boleh letak 1 tin untuk lebih tebal.
         3/4 cawan gula kastor – Bai kurangkan gula menjadi ¼ cawan

1/2 sudu teh esen vanilla
  •  3 bj kuning telur
  •  * Optional 1 sudu besar tepung kastard

 (C) - Lapisan Kek

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan gula kastor – Bai kurangkan jadi ¼ cawan
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 45ml minyak masak

(D) - Cara Buat Merinque

  • 6 biji putih telur
  •  3/4 cawan gula kastor – Bai kurangkan jadi ¼ cawan gula
  •  1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara-cara

1.     Untuk bahagian karamel,

  kacau semua bahan sampai sebati. jangan bagi berbuih, nanti tak cantik karamel. Tapis dan tuang dalam loyang berisi gula hangus. Tak payah bakar, biar je.
 
2.    Untuk lapisan kek,

pukul telur, gula, air dan minyak sampai gula hancur. Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam adunan. pukul/ kacau sampai sebati. Ketepikan.
 
3.     Untuk meringue

 Pukul telur putih sampai jadi foam, ringan dan bila terbalik tak jatuh. masukkan krim tartar, pukul sebentar. masukkan gula, pukul sampai hancur. Masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. bahagikan pada beberapa warna. Sendukkan tiap warna 1 senduk berulang-ulang sampai abis.



 
 
 


Panaskan oven 160 darjah, bakar secara double-boiled/ water bath selamat 50-60 minit. Dah masakkan, sejukkan dalam oven selama 10 minit. Biarkan tepi loyang sedikit jarak. Terbalikkan, dan lap air lebihan dari karamel supaya tak diserap kek. Sejukkan, lagi sedap.
 

 
          Kek ni kan bila jadi teramatlah lembutnya..nak potong pun  bimbang..hehe..nak check kek masak atau tidak, bolehlah kita cucukkan lidi hingga lapisan kek saja, jangan terlebih cucuk pulak..nanti terkena lapisan karamelnye..

        
         Bai punyalah risau nak terbalikkan kek ni..bimbang ada air gula yang banyak..nanti rosak pulak kek yang cantik ini..tapi bila terbalikkan kek ni, tak la teruk sangat ..Tunggu betul-betul sejuk dan letakkan dalam fridge sebentar (15 min gitu)..barulah terbalikkannya ye..Cuma kena cepat-cepat lapkan lelehan air gula di keliling , tepi-tepi kek tu..lepas tu dah boleh tarik nafas lega..simpankan dalam fridge. Makan sejuk-sejuk memang marvellous…tak percaya? Jom try buat..

 

 

Tiada ulasan: