ASSALAMUALAIKUM…
Hari ni punya cerita…hehe…
Dalam duk control makan tu, teringat
pulak kat si cantik manis Kek Karamel Pelangi ni..hancus la diet akak
harini..tapikan, terus terang cakap..Bai sikit pun tak nyesal makan kek
ni..memang sedap secantik rupa. Bagi Bai kek ni renyah sikit prosesnye..tapi
berbaloi.. apapun resepi dan kaedah-kaedah kak Azlita Masam Manis juga yang tetap
menjadi idaman. Kak Ita ni memang tak pernah jemu menunjukkan cara membuat kek
dan desertnye..jelas dan terperinci..TERIMA KASIH YE Kak Azlita..sayang kamu!
Alhamdulillah menjadi.. kalau guna
resepi dan ikut dengan sabar apa yang diperturunkan oleh Kak Ita tu..In Shaa
Allah..tiada kecewa..
KEK KARAMEL PELANGI by Azlita MasamManis
Gula Hangus
Sediakan loyang 8 inc. ..Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan…Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang…Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan ..Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras…Ketepikan
Bahan Karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga
gula larut….Kacau telur dan esen perlahan-lahan…Satukan kedua2 bahan dan kacau
rata perlahan aje…Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi…Ketepikan.
(Kalau nak dapatkan lapisan karamel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.)
(Kalau nak dapatkan lapisan karamel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.)
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan
tepung dan baking powder yg telah diayak ke dalam adunan kek 1 tadi. Masukan
sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga ke semua bergaul sempurna. Ketepikan.
Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tartar
70g gula castor
1 sudu teh krim of tartar
Pastikan semua peralatan
dalam keadaan kering…Pukul putih telur hingga berbuih…Masukkan gula dan tatar
dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita
terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh…Masukkan 1/3 bahan
merinque ke dalam adunan tepung tadi…Gaul rata secara kaup balik…Kemudian
masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga
bergaul sempurna... Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan
kepada 3 bahagian yg sama banyak...terpulang la berapa warna pun..
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas
lapisan karamel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan warna 1, kemudian
3 sudu lapisan warna 2..di tengah-tengah lapisan warna 1. Kemudian tuangkan
pula 3 sudu lapisan warna 3 di tengah-tengah lapisan warna 2.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2
sudu pula…Akhir sekali dengan satu sudu…Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C. Bila dah masukkan kek dalam oven
tukar pada suhu 160C..Gunakan api bawah
sahaja… Masak dengan menggunakan kaedah
Steam Bath..
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam
loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi. Letakkan loyang yg berisi kek dalam
loyang yg berisi air panas tadi.. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar
masak. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga
kek renggang di tepi loyang..Terbalikkan kek atas
pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Pengalaman Bai pula, terbalikkan kek
bila benar-benar sejuk..siap sejukkan dalam peti ais sekejap dalam 10 minit
gitu...baru terbalikkan..kalau tak, nanti kek pecah karamelnye..
Kek Karamel Pelangi ni Bai buat double karamelnye..tu yang nampak tebalkan...
Bila terbalikkan kek tu…normallah
kalau air gula karamel tadi meleleh..cepat-cepat tau lapkan air tu dengan
kitchen towel..nanti diserap lapisan kek, dah tak cantik…huhu
Potong kek bila ia
benar-benar telah sejuk. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap dimakan
sejuk…dikala musim panas…sejuk di anak tekak…Bai makan tak hingat donia…huhu!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan