Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 28 Februari 2015

APAM BELANG GEBU






Assalamualaikum..


         Di hari yang santai terik dan bersinar ini..Bai hanya meneduhkan diri di dalam teratak, tidak ingin merasai peritnya kulit bila disentuh sang mentari..anak-anak juga begitu, sibuk dengan hal masing-masing..ada yang menyiapkan projek sekolah, ada yang mencuci kasut sekolah dan ayahnya dengan pokok bonsainya di garaj…
 

           Termangu-mangulah aku…entah apa yang nak dimasak untuk kudapan petang ini. Sambil membelek-belek koleksi resepi untuk sajian petang..mata tertancap atas resepi yang memang lama dah duk teringin nak buat..tapi mood entah melayang ke mana hala..teringin tinggal coklat angin..hehe

 

         Resepi itu ialah Apam Belang. Apam ni bila di teliti bahan-bahan dan methodnya..memang sama seperti membuat kek dan sangat gebu...anak-anak memang gelar apam ni kek..hantam sajalah labu..
“ Ma, sedapla kek yang mama buat ni..esok adik nak bawak bekal ke sekolah” hehe…
 

         Resepi ni Bai dapat dari dapur kak Azlita Masam Manis. Macam biasalah..resepi dan tunjuk ajar kak Ita memang di hati. Terima Kasih ye Kak Ita. Apam ni memang jenis senang jadi. Jom cuba..

APAM BELANG
 
Bahan-bahan:~
 
 4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
1 sudu teh baking powder 
Pewarna
 
Cara-cara:~
 
 Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Sapukan Loyang 9 inci dengan mentega..alas dengan kertas lapik kek.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)
 
          Apam ni lagi sedap sekiranya kita letak perasa..perasa oren ke, strawberi ke..memang bertambah sedap. Dah masak, sejukkan dalam Loyang dalam 5 minit gitu, bila apam renggang bahagian tepi maka bolehlah kita keluarkan apam dan sejukkan atas redai.
 
 
         Kalau nak simpan apam ni hendaklah kita balut dengan pembalut plastik atau bekas kedap udara dan simpan dalam fridge. Pembalut plasik atau bekas kedap akan memelihara apam daripada kering dan tercemar dengan bau yang ada dalam fridge.
 
JUMPA LAGI..

 
 

Tiada ulasan: