ASSALAMUALAIKUM..
Balik kampung Bai semasa Cuti Raya
Cina tempohari memang menyeronokkan…harga minyak petrol Ron95 kan
murah..hehe..di samping tu kan dapatlah Bai berlibur santai bersama keluarga
dan mak tercinta.. Dalam perjalanan balik kampung tu Bai singgah ke Kuala
Perlis..Jalan kuala Sg Baru…nak mengintai kalau-kalau ada siput
mentarang..bolehlah meratah malam ni di rumah mak.
Bai dan suami memang gemar siput
mentarang ni. Siput ni menjadi trade mark makanan eksotik di Perlis. Kami pun
menyelusuri jalan di tepi pantai sambil melihat orang ramai bersantai sambil
makan-makan dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa..dipertengahan jalan kami
singgah di pondok yang menjual siput-siput ..ada lokan, siput remis, belangkas
dan mentarang..besar-besar mentarang kali ni..rezeki kami agaknya. Kalau saiz
yang kecil biasanya banyak pulak pasir selut dalam cengkerangnya..peniaga di
situ bagitau kalau datang beli dalam 3
atau 4 hari lagi, saiz mentarang ni lagi besar ..sebesar 3 hingga 4 jari
lebarnya tu..tudia aihh!
Mentarang ni sedap dibuat sayur manis dengan betik tua ( antara masak dengan tak masak lagi) tapi kena kopek kulitnya dulu la. Kulit mentarang ni sangat rapuh. Bai dan suami suka mentarang tumis dengan bawang putih dalam kuali. Lepas tumis masukkan mentarang dan tutup dengan penutup dalam 15 minit. owwhh sedapnye..!
Mentarang ni sedap dibuat sayur manis dengan betik tua ( antara masak dengan tak masak lagi) tapi kena kopek kulitnya dulu la. Kulit mentarang ni sangat rapuh. Bai dan suami suka mentarang tumis dengan bawang putih dalam kuali. Lepas tumis masukkan mentarang dan tutup dengan penutup dalam 15 minit. owwhh sedapnye..!
Kami beli 2 kilogram siput mentarang
tu. Sekilo jatuh pada harga RM8.00..sambil membeli mentarang tu mata melilau
pada belangkas-belangkas yang kakinya mengeliut-liut ke atas. Kalau
ditelungkupkan belangkas tu alamatnya.. kena kejarlah..hahaha..suami tanya,
teringin ke nak makan telur belangkas..dalam duk fikir-fikir nak beli ke
tak..terkenang semasa mengandungkan si ayong dalam 6 bulan gitu..teringin nak
makan telur belangkas…
Ketika itu Bai pulang bercuti di
kampung Pulau Tuba, Langkawi rumah mertua..masa tu rumah mak sedang dalam
pengubahsuaian, Jadi terpaksalah Bai dan suami menginap di chalet tepi pantai
pulau tuba tu..tak la jauh dari rumah mak pun…fuhh..memang seronok, macam
bercuti di pulau peranginan..pantainya pula betul-betul di hadapan chalet tu..cantik
pemandangannya..lautan yang biru kehijauan yang menjadi laluan feri dari Kuala
Kedah ke Jeti Kuah sering berulang alik…pulau-pulau sekelilingnya yang hijau
permai..sungguh mendamaikan..
Keinginan nak makan telur belangkas
ketika itu memang dipendamkan agak lama. Bimbang susahkan suami dan keluarga
mertua nak mencari pulak.. kita bukannya faham keadaan musim laut dan cuaca di
situ..mana tau bukan musim belangkas bertelur ke..Malam hari, cuaca bertukar
menjadi sejuk anginnya..air pasang melimpah hingga ke hadapan chalet..dalam 3
langkah gitu nak memcecah beranda chalet..apalagi, Bai seronok main air laut
sambil diperhatikan oleh suami..suasana agak kelam..hanya diterangi oleh lampu
kalimantang chalet yang tak berapa terang tu, hanya chalet Bai saja yang
berpenghuni..mintak mandi, suami melarang.. entah dari mana datang, Makcik
tukang masak lalu di tepi chalet sambil menegur suami…maklumlah..orang kampung
suami..sambil bercerita petang tadi dia dapat belangkas seekor yang mendarat di
depan chalet ni…
Bai yang sedang main air terus
berhenti..lancar je tanya makcik tu boleh beli tak..teringin nak makan telur
belangkas..laju je makcik tu jawab boleh, tolong rebuskan pun boleh..Ya Allah,
hanya Dia saja yang tahu keinginanku..suami terpinga-pinga dengan permintaanku..makcik
tu terus masakkan belangkas tu untuk Bai..dalam pada tu sempat juga suami
bertanya tahu ke macam mana nak makan belangkas tu..tentu la Bai tahu ..arwah
ayah Bai yang ajar..katanya jangan makan bahagian tengah belangkas yang macam
bersampul tu..racun katanya.
Siap saja belangkas tu terhidang di
atas meja depan chalet tu, tiba-tiba mak dan ayah mertuaku sampai. Rupa-rupanya
suamiku memang tak pernah makan belangkas walaupun dia ni anak orang
laut..haha..ayah mertuaku yang potongkan kulit bahagian bawah
belangkas..tersembullah telur-telur bulat yang berwarna oren..apalagi aku terus
sudukan telur-telur yang sangat lemak itu ke dalam mulut..arghh nikmatnye tak
terperikan…nilah percubaan pertama suamiku menikmati telur belangkas…cerita dulu-dulu!
kenangan menggamit semula..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan