Celoteh

Teratak Manis Baizura

Khamis, 6 Ogos 2015

Puding Cocktail Bersos Kastad

 

Assalamualaikum..
 



 
        Sedapnya lah Puding Cocktail Bersos Kastad…Bai cukup gemar puding ini sejak kecil lagi. Mak Bai selalu buatkan bila tiba bulan puasa.. bila dah remaja, Mak pas kat Bai buatkan untuk keluarga pulak. Masih teringat bagaimana Mak ajar Bai dulu-dulu. Kenangan manis main masak-masak dengan Mak kita pasti kita takkan lupakan betul tak?. Sekarang Bai punya dua anak dara. Bai akan ajar mereka macam Mak ajar Bai. Moga Mak sentiasa dirahmati Allah SWT..
        Sempena hari raya ni tekak asik nak telan jer..Bai saja-saja suka buat, kalau lebih boleh dibawa ke pejabat. Sejuk dan nyamannye puding ni bila lalu kat tekak. Resepinya ada pada entri yang lalu..mungkin tahun lepas punya. Jadi Bai tak tepeklah resepinya sekali lagi di sini. Tapi kalau ada yang nak boleh aje mintak kat Bai..jangan malu-malu hehehe..
 
         Puding ni sesuai juga dihidangkan sebagai pencuci mulut selepas makan ataupun sebagai pembuka selera di majlis makan-makan.
 



 

Tiada ulasan: