Celoteh

Teratak Manis Baizura

Selasa, 30 Jun 2015

Teh Chrysanthemum


ASSALAMUALAIKUM…

 





Hari-hari yang hangat berkuap…


         Dah beberapa hari anak-anak minta nak minum air teh bunga chrysanthemum untuk iftar, jadi semalam balik kerja terus masak bunga ni dulu. Bunganya dah beli awal. Nak beli 1 kotak tak cukup. Bai beli chrysanthemum kering di kedai ubat cina dalam RM 2.00..banyak jugalah boleh buat.


         Bai ambil segenggam bunga chrysanthemum dan basuh sekali lalu dan direbus dengan 3 liter air selama 20 minit dan lepas tu letaklah gula secukup rasa. Kalau terasa kelat, kena tambah air lagi. Bunga ini banyak khasiatnya..rasa segar badan..

         Menurut pengamal perubatan cina, teh crysanthemum kegemaran masyarakat cina ini memang amat banyak manfaatnya... antara khasiat teh ini adalah seperti berikut :-

 1.       Membantu melancarkan perjalanan darah
 
2.      Membantu pencernaan makanan.. elok diminum suam @ panas tanpa gula jika makan apa-apa makanan berminyak atau tinggi kalori .
 3.      Membantu mengurangkan sakit kepala .

4.Membantu mengurangkan sesak nafas (asma) dan    memperkuatkan paru-paru.

5. Menyejukkan badan

6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah .
 7. Didalam teh bunga kekwa @ crysanthemum ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme).. iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah., penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis.

8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat.

9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, flu dan sakit tekak.

10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangi kemerahan , kekeringan dan gatal pada mata bila diamalkan secara konsisten. 

11. Pengamalan yang berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda.

         Wah…puan-puan di luar sana bolehlah mencuba. Memang sedap dan menyegarkan tekak..

 

Tiada ulasan: