Celoteh

Teratak Manis Baizura

Ahad, 16 Ogos 2015

APAM BERAS


Assalamualaikum..

 

      Fuhh..lambat betul gaji nak muncul…rasa tak tertanggung lagi dah ni..hmm..hari minggu ni tak adalah nak ke mana-mana. Anak-anak pun dah bising, bosan duk di rumah. Kasihan juga tapi kita ni lagilah parah..apakan daya..!

         Sengaja Bai buat apam beras @ nasi petang tu buat makan-makan sambil meredakan keadaan anak-anak. Bai kata pada anak-anak “ Alhamdulillah kita masih boleh makan-makan kan? Setengah orang ada yang langsung tak boleh makan dalam keadaan kegawatan ekonomi macam ni. Sabarlah, inilah ujian untuk kita sekeluarga..mama akan cuba cari duit juga untuk anak-anak ke sekolah, jangan sampai kereta tak boleh bergerak ke sekolah kerana tak boleh isi minyak dan duit bekalan ke sekolah tiada. Mama ada tempahan orang nak disiapkan. Itupun rezeki juga..” Masing-masing diam saja sambil mengunyah..

         Apam beras ni gebu dan ringan jugalah , walaupun campur nasik ..
 



APAM BERAS

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 2 cwn nasi
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • Pewarna yang disukai
  • kelapa parut dgn sedikit garam ( jika mahu)

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur kemudian setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  2. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  3. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Letak pewarna yang disukai. Perap selama 3 jam.
  4. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. Jangan lupa panaskan dulu pengukusnya. Bila suam-suam gitu dah boleh makan. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam..     

bolehlah cuba..minum dengan teh tarik...mmm




       

Tiada ulasan: