Celoteh

Teratak Manis Baizura

Rabu, 22 Oktober 2014

Roti Sarang Lebah


Assalamualaikum ..Selamat Petang.. 
 
 
         Sempena cuti Hari Deepavali…Bai sekeluarga hanya melepak di rumah, cuaca yang sedikit mendung dan sejuk itu membuatkan aku dan Suami malas nak keluar ke mana-mana. Macam  biasalah kalau cuti mulalah nak mereka-reka apa menu nak makan.. sambil ber whatsApp dengan adik-adik..tertengoklah kiriman juadah breakfast dan lunch mereka…adik Bai yang tinggal di Kuantan ni memang agak kencang jugalah bisnes bakerinya..roti sosej bercheese nye memang mengiurkan..katanya, malas nak nak masak tengahari, inilah sarapan inilah lunch diorang…hahaha..habis nasik goreng sardin tu makan kot celah mana..hahaha
        Dalam duk pikir apa menu nak masak untuk tengahari ni..tetiba encik suami offer masak lunch..tapi katanya..Cuma kari ikan kembung rampai terung, ikan goreng 2,3 ekor dengan sayur campur je la…  fuhh..Nikmat betui !! hmm abis Bai nak buat ape ekk…tetiba teringat roti sarang lebah yang tertangguh begitu lama akibat asyik terlupa beli 2,3 bahan-bahannye.. apa lagi, semasa encik abang busy masak di dapur, Bai pula busy mengatur bahan-bahan roti ni…alamak..yogurt pulak tak ade..mmm..timbullah idea nak derhaka pada resepi yang telah ku simpan begitu lama. Resepi ni Bai ambil dari FB Lydia Honey. Thanks ya!
        Mataku tertancap pada bekas mayonnaise dalam fridge..hmm inilah pengganti kepada yogurtku yang tertinggal di kedai…hehe…So..inilah hasilnya..
        Resepi Lydia Honey ni memang best. Mudah nak bikin. Lain kali Bai kena buat double. Sos butterscotchnye pun sedap!. U Oll boleh lah cuba..kalau tak ade yogurt bolehlah guna mayonnaise!..roti yang Bai buat ni sangat lembut..try la, in shaa Allah menjadi.  Jadi Bai sekeluarga minum petang dengan juadah roti sarang lebah ini bersama Teh O panas..sedap beb!
 

ROTI SARANG LEBAH a.k.a BEE HIVES MINI BUN
by Lydia Honey

Bahan-bahan:
·        2 cawan tepung gandum __ saya dah pernah guna tepung roti jugak
·        1/2 sudu teh dry yeast __ saya guna yis mauripan
·        1/4 sudu teh garam
·        1/2 sudu teh baking powder              
·        1 sudu besar gula pasir                         
·        1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik) -_ Bai guna Mayonaise  
·        1/4 cawan minyak sun flower                 
·        1/2 cawan air suam                             
Bahan untuk hiasan(topping):                   
·  Almond Flakes                                 
·  Pumpkin Seeds                                         
. Bijan Hitam                                                  
·  Butterscotch                                              
Cara-caranya :
1.     Larutkan YIS + GULA + AIR SUAM sampai berbuih
2.    Di dalam mangkuk adunan, masukkan TEPUNG GANDUM + BAKING POWDER = saya ayak terlebih dahulu pastu letak GARAM & kacau sebati
3.     Masukkan CAMPURAN YIS YANG DAH BERBUIH & YOGURT ke dalam mangkuk adunan tadi. U all dah boleh uli sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit.. ULI SEHINGGA ELASTIK.. Actually lagi lama uli lagi bagus, roti kita tu akan jadi lebih gebu..Bai uli guna mixer dalam 30minit (berhenti-henti sebab mixer panas) Bila dah puas uli, biarkan doh tu sehingga kembang 2 kali ganda dari doh asal
4.    Bila dah kembang bolehlah tumbuk2 doh tu bagi angin dia keluar
5.    Sapu minyak di tangan u all & ambik doh lepas tu u all genggam doh tu & akan keluarlah doh tu dari celah ibu jari & jari telunjuk kan... sebesar buah langsat..Ohya, dalam loyang tu, u all susun rapat. U all buat macam tu sampai habis, Bila dah penuh loyang tu dengan doh, u all biarkan hingga doh tu naik 2 kali ganda lagi sekali.. sapu Egg Wash dan u all letak la apa yang u all nak letak atas dia, badam & bijan hitam& pumpkin seeds.. tak nak letak apa2 pun boleh.. ikut citarasa masing2...  
6.    Bolehla u all bakar 180-200c api atas bawah 10-15 minit... ( Bai bakar 160’C 25 minit ) Bila dah siap bakar time tengah2 panas tu, terus curahkan BUTTERSCOTH SAUCE ke atas roti tersebut.!!
Bahan Sos Butterscotch :
. 1/2 cawan whipping cream _saya guna susu cair 
. 1/2 sudu teh esen vanilla
. 1/2 cawan brown sugar..  
. 25g butter & Secubit garam
CARA2 :
.. Cairkan BUTTER pastu masukkan BROWN SUGAR + garam=Kacau selalu hingga  gulanya cair & berbuih.
..Tuangkan WHIPPING CREAM secara perlahan2 sambil tangan terus   mengacau tau, kang hangus pulak
.. pastu MASUKKAN VANILLA... kacau sebati & sejukkan..!!              
Sapuan atas roti (egg wash) : 1 biji kening telur + susu segar   
                                               
 
                                 SELAMAT MENCUBA!!
 
 
 
 
 
 


 



Selasa, 21 Oktober 2014

Gardens Flowers


Assalamualaikum…Selamat Malam!
 
 
           Entah mengapa, tangan ini terasa-rasa ingin mendeco kek dengan bunga-bungaan. Bai rasa tenang sekali bila dapat berbuat demikian. Seolah-olah tinggal di dunia yang asing jauh daripada tekanan jiwa kacau. Lately ini , minda memang agak serabut sedikit. Entahlah mengapa masalah datang bertimpa-timpa..namun aku gagahkan juga untuk terus berdiri seadanya.


 
          Bila melihat keindahan bunga-bungaan walau di mana saja Bai pergi, hati sering mengingat kebesaran Allah SWT. Pencipta sekalian makhluk di bumi. Setiap detail atau halusnya seni dan corak yang ke perhatikan..tidak mampuku abadikan di atas tinta atau ukiran...Terasa kerdilnya diri ini tatkala cuba menghayati kehalusan seni setiap ciptaanMu ya Allah.. 
 
            Adakalanya mencabar kesabaranku untuk melakarkan bunga-bungaan di atas kek ataupun sebarang desert yang Bai buat. Apa yang Bai terfikir adalah...apabila hasilnya baik datangnya daripada hati dan fikiran yang tenang. ini bermakna apa yang Bai hasilkan ini adalah kerana hidup yang masih tersisa dengan semangat yang kental. Menepis segala halangan, gangguan, kepedihan dan kemarahan...dan mencipta bahagia di sekeliling diri. Ia bukan fantasi atau halusinasi yang membahayakan, memang indah mengkhayalkan...namun masih berpijak pada bumi yang nyata!
 
           Hari menghampiri jarum dinihari..malam yang makin pekat dan sunyi...tinggal aku sendiri di ruang meja kerja..memahat bunga-bungaan..manakala anak-anak dan suami yang enak dibuai mimpi-mimpi indah..dua ekor kucing hitam putihku asyik dengan tangkapan lipas dan serangga yang dibawa masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang sengajaku buka sebagai laluan mereka keluar dan masuk.
 
 
Adakalanya...gambaran negatif mencuba menerobos di kotak akalku..cuba mengulang tayang kata-kata, mimik muka dan tingkah laku yang subversif ..cuba menggulingkan semangat dan kekuatan yang aku ada...secepat itu juga aku memadamkan imej-imej yang boleh membinasakan perasaan dan semangat itu! Aku tidak mahu bunga-bungaan ini layu dan tunduk dengan aura begitu..
          
        Lalu aku tinggalkan kekalutan itu dengan caranya yang tersendiri dan mencari ketenangan dengan membuat apa yang aku bahagia.. so, inilah hasilnya..
 



 

 
Semoga perkongsian ini dapat memberikan idea-idea kreatif dan mampu menyumbangkan sesuatu yang baik , bermanfaat kepada kalian.

            

 
         Ya Allah, Kau tambahankan lagi kemahiranku ini..mungkin aku tidak mahir melakar ciptaanmu ini di atas kanvas putih, namun izinkan aku melakarnya di atas kek dan sebarang desert yang ku masak untuk menggembirakan hati orang yang menempah dan menghargai kesenianku ini serta murahkanlah rezekiku ini sebanyak dan semudah mungkin...aaminn!

 So, Goodnight Sayang..moga mimpi kalian yang indah-indah seperti aku yang bermimpi berada di taman bunga-bungaan!
 
 
 
Segala gambar-gambar dan bentuk penulisan yang berada di dalam blog ini adalah hak milik saya. Let me know if you're interested on these n get permission first from me !!

Isnin, 20 Oktober 2014

Kelas Kek 1 Tier Steam Buttercream


Assalamualaikum...Hai..

     ~  Cerita pagi ini  adalah berkisar tentang kelas kek yang telah bai hadiri pagi semalam 19/11/2014 di Oven Of Love, Tawas Gemilang,Ipoh yang diajarkan oleh kak Ashima Tarmizi. Kelas Kek 1 Tier Steam Buttercream ni memang daripada tahun lepas lagi Bai tercari-cari untuk belajar..tambahkan ilmu kemahiran. Bai ni adalah seorang yang sangat sukakan ilmu-ilmu mendeko ni, bukan setakat kek aje tau, ilmu mendeko rumah pun suka..tapi yelah, disebabkan dengan kekurangan bajet dan sebagainye, tak dapatlah Bai tumpukan sangat..cukuplah ilmu mendeko kek dulu hehehe…

 
  
 

   ~   Berbalik kepada cerita kelas kek 1 tier steam buttercream ni, asalnya Bai bercadang nak ambil kelas 3 tiers steam buttercream dengan kak Shima, memandangkan harganya mencecah rm 550 dengan masa yang panjang, tak dapatlag Bai teruskan niat itu..mungkin pada waktu yang lain in sha Allah…rupanya proses untuk membuat steam buttercream memang renyah..kena sabar banyak-banyak dan kena ada ilmu pengetahuan tentangnya..kalau setakat tengok demo makcik google je…memang payah!

   ~ Terus terang cakap, Bai sebelum ni banyak belajar buat bunga-bunga buttercream melalui youtube..tapi memang tak puas rasanya belajar tanpa guru yang tunjuk ajar dan menegur. Alhamdulillah..bila dah ada sedikit basic bermain dengan buttercream, segalanya agak mudah jugalah semasa kelas berlangsung. (dah ade g kelas asas mendeko kek buttercream yang Bai join pada 2011 di Seri Iskandar dengan cikgu Nanie)  Kelas ni bermula jam 9.40 pagi dan tamat pada jam 4.40 petang..6 jam you!..


  

   ~  Kelas 1 Tier Steam Buttercream ni agak berbeza dengan kelas-kelas yang Bai pernah hadiri. Tapi memang enjoy lah belajar dengan kak Shima. Banyak tips yang dia kongsikan dengan kami 3 orang peserta sahaja. Tengoklah gambar-gambar yang Bai kongsikan ini. Memang berbaloi belajar…




   ~  Alhamdulillah..moga Allah s.w.t akan kekalkan dan menambahkan lagi kemahiran ini. Jadi Bai open order kepada sesiapa yang meminati kek tema bunga-bungaan untuk sebarang acara dan majlis ~ kek hantaran pertunangan, perkahwinan, birthday, anniversary, farewell dan sebagainya. Tempahan kena awal seminggu la sekurang-kurangnya…You all boleh konteks bai di bawah ye..:

                                                  FB/pm  ~ Isma Baizura
      Page FB/pm  ~ Teratak Manis Baizura
                                   SMS/WhatsApp ~ 012-5548281
                                                     Emai ~ baizuraisma@gmail.com

 
 
 

 

 

Ahad, 19 Oktober 2014

KEK SANDWISH VICTORIA




Assalamualaikum....Hai


        Entry hari ni adalah merupakan kek yang sangat ngetop dan 'da boom' di setiap dapur blogger masakan...fuhh!..memang mengiurkan melihat kecantikan dan keseksian kek yang diberi nama KEK SANDWISH VICTORIA...atau Kek Span Victoria...asal usul kek ini diambil sempena nama Queen Victoria yang amat menggemari sepotong kek span tanpa sebarang salutan untuk minum petang bersama teh yang hanya dilapisi dengan jem raspberi @ strawberi.
 
     Resepinya amatlah mudah..yang juga dibuat dengan sedikit pembaharuan oleh Jamie Oliver dalam blog masakannya..Bai tertarik melihat blog paty's kitchen yang menyentuh sejarah asal usul Kek Victoria ini. Kek hasil tangannya memang menarik sama seperti hasil tangan Lea Oven..hmm..tak sabar nak cuba kek ini..
 
paty'skitchen.blogspot.com
 
 
lea-oven.blogspot.com
 
      Sedapnye kan..kalau buat sajian petang ..minum bersama teh o panas..memang Bai dah tak sabar nak buat kek Victoria ni..di bawah ada resepi yang Bai ambil daripada dapur puan Zarina Ibrahim untuk kita kongsi sama-sama...terima kasih ye..
 

Kek Sandwish Victoria a.k.a Kek Span Victoria
Bahan-bahan;
 
 A. Kek
225 gram unsalted butter
225 gram gula castor
225 gram tepung naik sendiri (self raising floor) - diayak
4 biji telur gred A (suhu bilik)
1 biji kulit lemon yang disagat
 
 B. Jem
2 sudu besar fruit jem (aku guna jem stoberi)
1/2 cawan air panas
1/2 biji jus lemon
5 ke 6 biji stroberi - potong nipis
 
 C.Hiasan
1/2 cawan whipping cream non dairy
stroberi & bluberry secukupnya
gula ising
 
 CARA MENYEDIAKANNYA
 
 Panaskan oven dengan suhu 170'C. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil memukul dengan perlahan kemudian masukkan tepung sedikit sedikit hingga habis. Masukkan kulit lemon yang telah disagat dengan gunakan senduk kayu or spatula. Bahagikan kepada 2 bahagian adunan dan bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga kek dah bertukar warna golden brown dan bila dicucuk dengan lidi dah tak melekat.
 
Sambil tunggu kek masak boleh sediakan jem pulak..
Campurkan jem + air panas serta jus lemon. Masukkan sekali dengan stroberi yang telah dipotong. Masak hingga stroberi hancur dan jem jadi agak likat dan pekat. Angkat dan sejukkan.
Bila kek dah betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan. Sapukan jem yang telah dimasak tadi di atas kek yang pertama.
 
Susun stroberi dan blueberry ikut suka. Sapukan whipping krim yang telah dipukul hingga kental di atas buah-buahan. Tutup semula dengan kek yang kedua.
 
Gunakan penapis kecil untuk taburkan gula aising di atas kek. Susun lagi buah di atas kek.. menarik kan....:))


 

Sabtu, 18 Oktober 2014

Cream Puff Coklat

Assalamualaikum..Hai..

     Al kisah pada malam ini...hehehe...tekak ni teringin betul nak makan cream puff coklat...pernah la juga buat cream puff inti kastad..tapi entahlah teringin sangat nak rasa creampuff coklat pulak..anak-anak pun teruja nak makan. so, kugagahkan jua membaking di malam hari..esok dah boleh ngap...hehe..meh nengok Bai punya creampuff coklat....
 

           Makan sejuk-sejuk lagi sedap...sedar-sedar dah abih..hehehe..dah siap paipkan intinya boleh simpan dalam fridge..tqvm kepada Along homekitchen ... Bai udah try..kome bile lagi...
 
 
 
Creampuff Coklat
Bahan
1 cawan tepung gandum (Bai guna tepung kek)
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji Telur
Caranya
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.
3. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.
4. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.  
5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment / kertas minyak yang di gris.
6. Bakar 25 minit suhu 210C. Sejukkan.
7.  Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella. Boleh taburkan badam nib jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.
Coklat Ganache
Bahan2
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanilla
Caranya
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan. Jadikan ia agak keras sikit supaya tak meleleh waktu paip ke dalam puff nanti. 
 
Cubalah...PASTI JADI!!

Khamis, 9 Oktober 2014

Kek Lobak Merah

Assalamualaikum...Hai~♥

    
      ~♥ Bersempena dengan hari ulangtahun suami Bai yang jatuh pada hari ini 9.10.2014..Bai ada buat kek carot semalam selepas balik kerja...Suami Bai suka sangat kek carot selain daripada kek coklat moist. Dari awal-awal lagi dia dah bagi hint minta Bai buatkan kek carot. Sengaja Bai tunggu nak buat kek carot ni sempena birthdaynya. Bai ada resepi kek carot yang Bai ambil dari dapur Kakzu. Resepi ni memang sesuai dengan tekak kami sekeluarga setakat hari inilah.  


       ~♥ Kek Carot ni Bai salutkan dengan krim keju...lemak-lemak manis gitu...kek carot ni tak renyah, takde lah sangat bahan-bahan yang kena sediakan terlebih  dahulu. Bai gunakan apa yang ada di dapur Teratak Manis Baizura ni aje..hehe..kacang walnut tu memang sentiasa ada dalam bekas kedap, kismis adalah sikit untuk bagi meriah..carot, keju dalam fridge memang sentiasa je ada..rempah seperti sebuk buah pala, serbuk kulit kayu manis takde lah pulak...namun, Bai agak kurang menyenangi kek yang berempah, jadi ..seakan-akan bimbang tekak encik abang tak dapat terima pulak...mungkin lain kali Bai boleh ber eksperimen dengan rempah-rempah untuk kek ini.
 


 
 

       ~♥ Bunga-bunga ni daripada buttercream...sengaja Bai hias dengan bunga ros bentuk kubis ni..mmm..memang suka tengok bunga ros bulat-bulat ni..gatal jer tangan ni nak mendeko...suatu hari nanti, Bai nak pergi jugak hadiri kelas puan Lea Oven..macam-macam bunga lagi yang boleh kita belajar..di bawah ni ada resepi kek carot yang sering Bai gunakan..resepi dari dapur Kakzu..terima kasih Kakzu atas perkongsian ini, resepi ini Bai sering gunakan sebagai rujukan dan koleksi peribadi.

 
Rujukan : Dapur Kakzu Semanis Gula

BAHAN BAHAN ( LOYANG 9 @ 10 )
6 biji telur
1 1/2 cawan gula halus@ castor
1 1/2 cawan  minyak jagung
1 cawan kacang walnut
1/2 cawan kismis hitam ~ pilihan
2 1/4 cawan tepung gandum
1 tbsp baking powder
1 1/2 tsp soda bicabonate
4 cawan carrot parut ( Bai guna 2 1/2 cawan saja)
1/4 tsp garam

CARA-CARA

1
. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonate dan garam
2. Putar telur dan gula hingga kembang
3. Masukkan minyak dan putar sebati
4. Masukkan tepung yang telah di ayak, walnut dan kismis hitam~ gaul kaup balik
5. Akhir sekali masukkan carrot parut ~gaul kaup balik saja
6. Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam @ hingga masak

TOPPING

350 gm creamcheese ( Bai guna 260gm)
160 gm gula icing        (130gm)
160 gm buttercup        (130gm)

Putar sebati dan lepa pada carrot cake.- jgn pukul sehingga kembang, nanti cair plak..
Tips : 
            Adakalanya carot kita mengandungi banyak air, jadi untuk elakkan kek bantat, kita boleh perah layang jer parutan carot tu atau letak atas paper towel untuk keringkan sedikit airnya.
            Kacang walnut tu kita potong kasar ( bukan cincang tau!)..sebab kita nak rasa kacang tu dalam setiap gigitan kek tu nanti..takde walnut, gajus @ pistachio pun oke..hehe
             Bai guna tepung kek jadi tak perlulah kita guna soda bicarbonate dan baking powder lagi sebab dalam tepung kek tu dah ada.
              Suhu oven yang Bai gunakan ialah 160'C selama 1 jam. cucuk lidi di tengah-tengah kek untuk tahu kek dah masak atau belum.
               Biasanya kek akan cepat perang bahagian atas, so, letakkan aluminium foil supaya tak hangus.


 
 
       ~♥  Bai  ucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 41 kepada suami Bai yang tercinta..senyum meleretlah orang tu bila makan kek carot ni..!hehe