Celoteh

Teratak Manis Baizura

Selasa, 21 Oktober 2014

Gardens Flowers


Assalamualaikum…Selamat Malam!
 
 
           Entah mengapa, tangan ini terasa-rasa ingin mendeco kek dengan bunga-bungaan. Bai rasa tenang sekali bila dapat berbuat demikian. Seolah-olah tinggal di dunia yang asing jauh daripada tekanan jiwa kacau. Lately ini , minda memang agak serabut sedikit. Entahlah mengapa masalah datang bertimpa-timpa..namun aku gagahkan juga untuk terus berdiri seadanya.


 
          Bila melihat keindahan bunga-bungaan walau di mana saja Bai pergi, hati sering mengingat kebesaran Allah SWT. Pencipta sekalian makhluk di bumi. Setiap detail atau halusnya seni dan corak yang ke perhatikan..tidak mampuku abadikan di atas tinta atau ukiran...Terasa kerdilnya diri ini tatkala cuba menghayati kehalusan seni setiap ciptaanMu ya Allah.. 
 
            Adakalanya mencabar kesabaranku untuk melakarkan bunga-bungaan di atas kek ataupun sebarang desert yang Bai buat. Apa yang Bai terfikir adalah...apabila hasilnya baik datangnya daripada hati dan fikiran yang tenang. ini bermakna apa yang Bai hasilkan ini adalah kerana hidup yang masih tersisa dengan semangat yang kental. Menepis segala halangan, gangguan, kepedihan dan kemarahan...dan mencipta bahagia di sekeliling diri. Ia bukan fantasi atau halusinasi yang membahayakan, memang indah mengkhayalkan...namun masih berpijak pada bumi yang nyata!
 
           Hari menghampiri jarum dinihari..malam yang makin pekat dan sunyi...tinggal aku sendiri di ruang meja kerja..memahat bunga-bungaan..manakala anak-anak dan suami yang enak dibuai mimpi-mimpi indah..dua ekor kucing hitam putihku asyik dengan tangkapan lipas dan serangga yang dibawa masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang sengajaku buka sebagai laluan mereka keluar dan masuk.
 
 
Adakalanya...gambaran negatif mencuba menerobos di kotak akalku..cuba mengulang tayang kata-kata, mimik muka dan tingkah laku yang subversif ..cuba menggulingkan semangat dan kekuatan yang aku ada...secepat itu juga aku memadamkan imej-imej yang boleh membinasakan perasaan dan semangat itu! Aku tidak mahu bunga-bungaan ini layu dan tunduk dengan aura begitu..
          
        Lalu aku tinggalkan kekalutan itu dengan caranya yang tersendiri dan mencari ketenangan dengan membuat apa yang aku bahagia.. so, inilah hasilnya..
 



 

 
Semoga perkongsian ini dapat memberikan idea-idea kreatif dan mampu menyumbangkan sesuatu yang baik , bermanfaat kepada kalian.

            

 
         Ya Allah, Kau tambahankan lagi kemahiranku ini..mungkin aku tidak mahir melakar ciptaanmu ini di atas kanvas putih, namun izinkan aku melakarnya di atas kek dan sebarang desert yang ku masak untuk menggembirakan hati orang yang menempah dan menghargai kesenianku ini serta murahkanlah rezekiku ini sebanyak dan semudah mungkin...aaminn!

 So, Goodnight Sayang..moga mimpi kalian yang indah-indah seperti aku yang bermimpi berada di taman bunga-bungaan!
 
 
 
Segala gambar-gambar dan bentuk penulisan yang berada di dalam blog ini adalah hak milik saya. Let me know if you're interested on these n get permission first from me !!

Tiada ulasan: