Celoteh

Teratak Manis Baizura

Khamis, 9 Oktober 2014

Kek Lobak Merah

Assalamualaikum...Hai~♥

    
      ~♥ Bersempena dengan hari ulangtahun suami Bai yang jatuh pada hari ini 9.10.2014..Bai ada buat kek carot semalam selepas balik kerja...Suami Bai suka sangat kek carot selain daripada kek coklat moist. Dari awal-awal lagi dia dah bagi hint minta Bai buatkan kek carot. Sengaja Bai tunggu nak buat kek carot ni sempena birthdaynya. Bai ada resepi kek carot yang Bai ambil dari dapur Kakzu. Resepi ni memang sesuai dengan tekak kami sekeluarga setakat hari inilah.  


       ~♥ Kek Carot ni Bai salutkan dengan krim keju...lemak-lemak manis gitu...kek carot ni tak renyah, takde lah sangat bahan-bahan yang kena sediakan terlebih  dahulu. Bai gunakan apa yang ada di dapur Teratak Manis Baizura ni aje..hehe..kacang walnut tu memang sentiasa ada dalam bekas kedap, kismis adalah sikit untuk bagi meriah..carot, keju dalam fridge memang sentiasa je ada..rempah seperti sebuk buah pala, serbuk kulit kayu manis takde lah pulak...namun, Bai agak kurang menyenangi kek yang berempah, jadi ..seakan-akan bimbang tekak encik abang tak dapat terima pulak...mungkin lain kali Bai boleh ber eksperimen dengan rempah-rempah untuk kek ini.
 


 
 

       ~♥ Bunga-bunga ni daripada buttercream...sengaja Bai hias dengan bunga ros bentuk kubis ni..mmm..memang suka tengok bunga ros bulat-bulat ni..gatal jer tangan ni nak mendeko...suatu hari nanti, Bai nak pergi jugak hadiri kelas puan Lea Oven..macam-macam bunga lagi yang boleh kita belajar..di bawah ni ada resepi kek carot yang sering Bai gunakan..resepi dari dapur Kakzu..terima kasih Kakzu atas perkongsian ini, resepi ini Bai sering gunakan sebagai rujukan dan koleksi peribadi.

 
Rujukan : Dapur Kakzu Semanis Gula

BAHAN BAHAN ( LOYANG 9 @ 10 )
6 biji telur
1 1/2 cawan gula halus@ castor
1 1/2 cawan  minyak jagung
1 cawan kacang walnut
1/2 cawan kismis hitam ~ pilihan
2 1/4 cawan tepung gandum
1 tbsp baking powder
1 1/2 tsp soda bicabonate
4 cawan carrot parut ( Bai guna 2 1/2 cawan saja)
1/4 tsp garam

CARA-CARA

1
. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonate dan garam
2. Putar telur dan gula hingga kembang
3. Masukkan minyak dan putar sebati
4. Masukkan tepung yang telah di ayak, walnut dan kismis hitam~ gaul kaup balik
5. Akhir sekali masukkan carrot parut ~gaul kaup balik saja
6. Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam @ hingga masak

TOPPING

350 gm creamcheese ( Bai guna 260gm)
160 gm gula icing        (130gm)
160 gm buttercup        (130gm)

Putar sebati dan lepa pada carrot cake.- jgn pukul sehingga kembang, nanti cair plak..
Tips : 
            Adakalanya carot kita mengandungi banyak air, jadi untuk elakkan kek bantat, kita boleh perah layang jer parutan carot tu atau letak atas paper towel untuk keringkan sedikit airnya.
            Kacang walnut tu kita potong kasar ( bukan cincang tau!)..sebab kita nak rasa kacang tu dalam setiap gigitan kek tu nanti..takde walnut, gajus @ pistachio pun oke..hehe
             Bai guna tepung kek jadi tak perlulah kita guna soda bicarbonate dan baking powder lagi sebab dalam tepung kek tu dah ada.
              Suhu oven yang Bai gunakan ialah 160'C selama 1 jam. cucuk lidi di tengah-tengah kek untuk tahu kek dah masak atau belum.
               Biasanya kek akan cepat perang bahagian atas, so, letakkan aluminium foil supaya tak hangus.


 
 
       ~♥  Bai  ucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 41 kepada suami Bai yang tercinta..senyum meleretlah orang tu bila makan kek carot ni..!hehe
 

 
 

Tiada ulasan: