Assalamualaikum....Hai
Entry hari ni adalah merupakan kek yang sangat ngetop dan 'da boom' di setiap dapur blogger masakan...fuhh!..memang mengiurkan melihat kecantikan dan keseksian kek yang diberi nama KEK SANDWISH VICTORIA...atau Kek Span Victoria...asal usul kek ini diambil sempena nama Queen Victoria yang amat menggemari sepotong kek span tanpa sebarang salutan untuk minum petang bersama teh yang hanya dilapisi dengan jem raspberi @ strawberi.
Resepinya amatlah mudah..yang juga dibuat dengan sedikit pembaharuan oleh Jamie Oliver dalam blog masakannya..Bai tertarik melihat blog paty's kitchen yang menyentuh sejarah asal usul Kek Victoria ini. Kek hasil tangannya memang menarik sama seperti hasil tangan Lea Oven..hmm..tak sabar nak cuba kek ini..
paty'skitchen.blogspot.com
lea-oven.blogspot.com
Sedapnye kan..kalau buat sajian petang ..minum bersama teh o panas..memang Bai dah tak sabar nak buat kek Victoria ni..di bawah ada resepi yang Bai ambil daripada dapur puan Zarina Ibrahim untuk kita kongsi sama-sama...terima kasih ye..
Kek Sandwish Victoria a.k.a Kek Span Victoria
Bahan-bahan;
A. Kek
225 gram unsalted
butter
225 gram gula castor
225 gram tepung naik
sendiri (self raising floor) - diayak
4 biji telur gred A
(suhu bilik)
1 biji kulit lemon
yang disagat
B. Jem
2 sudu besar fruit
jem (aku guna jem stoberi)
1/2 cawan air panas
1/2 biji jus lemon
5 ke 6 biji stroberi
- potong nipis
C.Hiasan
1/2 cawan whipping
cream non dairy
stroberi &
bluberry secukupnya
gula ising
CARA MENYEDIAKANNYA
Panaskan oven dengan suhu 170'C. Pukul butter
dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil memukul dengan
perlahan kemudian masukkan tepung sedikit sedikit hingga habis. Masukkan kulit
lemon yang telah disagat dengan gunakan senduk kayu or spatula. Bahagikan
kepada 2 bahagian adunan dan bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga kek dah
bertukar warna golden brown dan bila dicucuk dengan lidi dah tak melekat.
Sambil tunggu kek
masak boleh sediakan jem pulak..
Campurkan jem + air
panas serta jus lemon. Masukkan sekali dengan stroberi yang telah dipotong.
Masak hingga stroberi hancur dan jem jadi agak likat dan pekat. Angkat dan
sejukkan.
Bila kek dah
betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan. Sapukan jem yang telah dimasak
tadi di atas kek yang pertama.
Susun stroberi dan
blueberry ikut suka. Sapukan whipping krim yang telah dipukul hingga kental di
atas buah-buahan. Tutup semula dengan kek yang kedua.
Gunakan penapis
kecil untuk taburkan gula aising di atas kek. Susun lagi buah di atas kek.. menarik kan....:))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan