Assalamualaikum..
Hari ini umat Islam
seluruh dunia dah mula berpuasa di bulan Ramadhan 1436 Hijriah. Bai ucapkan Selamat Berpuasa
dan bertarawih kepada semua pelanggan dan anda semua di luar sana yang beragama
Islam.
Macam biasa, bulan
Ramadhan ini pastilah juadah berbuka
puasa menjadi topik di pejabat. Entah apalah yang nak dimasak dan sediakan
untuk menu hari ini..bukan apa, orang seperti Bai ni pastilah teringatkan
anak-anak yang berpuasa dan sedang belajar berpuasa. Kasihan juga kalau menu
yang dihidangkan ala kadar kerana anak-anak
berpuasa bersungguh-sungguh.
Namun jangan pulak
kita lupa..masak banyak-banyak,
sedap-sedap lepas tu tidak dihabiskan…dah menjadi pembaziran pula..masak
tu biarlah cukup-cukup untuk makan. Memang menu Bai tak berapa istimewa sangat,
asalkan anak-anak suka dan sedap di tekak mereka itu lah juadah atau menu yang
istimewa buat mereka.
Bai kalau nak masak
yang sedap-sedap tu biasanya hari cutilah. Baru boleh mereka-reka juadah yang
nak disediakan. Alhamdulillah suami juga rajin membantu di dapur. Kalau hari
bekerja, balik rumah, sediakan bahan-bahan untuk kuih dulu, mana tau ada bahan
yang tiada atau tak cukup..boleh tukar menu sepantas kilat..hehe..selepas itu barulah Bai mandi dan solat..rehat sekejap, barulah masuk ke dapur.
Petang ni Bai cadang
nak buat qasidah. Bagi sesiapa yang tak tahu, qasidah ini merupakan makanan pencuci
mulut orang-orang lama. Qasidah ni sentiasa dibuat oleh arwah tok Leha Bai dulu
dalam bulan Ramadhan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh
orang-orang yang beramal soleh dan beriman.
Ia diperbuat daripada tepung gandum, gula, dan bawang goreng.
Nampak simple saja bahan-bahannya kan..tapi bagi Bai dan suami, ianya sangat
sedap menjilat sudu..hehe..Jikalau ada yang mencuba bolehlah gunakan resepi Bai
ini..in shaa Allah pasti menjadi..
QASIDAH
By Baizura
Bahan-bahan: (satu loyang- hidangan untuk
10 orang)
1 cawan tepung gandum
7 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh
garam (sedikit je)
3 cawan air (250ml X 3)
1 sudu teh air kapur- cair
Bahan untuk ditabur:
5 -10 sudu besar
minyak masak
5 ulas bawang merah ros, dihiris nipis – bai selalu guna bawang besar 2 ulas (lagi
banyak bawang lagi sedap)
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kecuali bawang ke dalam periuk.
Gunakan api perlahan. Bai suka qasidah yang boleh dipotong, jadi Bai kurangkan air menjadi 700ml saja.
2. Kacau sentiasa adunan di atas api sehingga adunan pekat
dan berkilat. Jangan tinggal periuk,
bimbang ia akan hangit.
3. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Sejukkan 30 minit. Selepas itu boleh
disejukkan ke dalam fridge.
4. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali (boleh tambah). Goreng bawang
hingga keperangan. Tuang bawang dan minyaknya sekali ke atas kuih yang telah
disejukkan tadi.
Masukkan ke dalam peti ais sebelum
dipotong untuk dihidang. Sebelum simpan dalam peti ais,
eloklah ditutup dengan wrap cling atau plastik. Bukan apa, bimbang bau
bawang merebak ke seluruh peti ais.
resepi ni dapatlah seloyang 8 x8 inci bulat tu..
Selamat Berpuasa dan Bertarawih..