Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 8 Jun 2015

Bunga Buttercream atas coklat ganache

 
 
Assalamualaikum..
 
         Entri ni berkenaan bunga buttercream yang di hiaskan atas coklat ganache. Banyak perkara yang perlu kita ingat semasa menghias di permukaan kek yang bercoklat. Mengikut pengalaman Bai sendiri, Kek yang dah bersalut coklat ganache tu perlu dikeraskan dalam peti sejuk selama 2-3 jam ( ikut tahap sejuk fridge masing-masing ye) kalau banyak barang dalam fridge maknanya sejuknya pasti berkurang dan perlu tambah masa.
         Oleh itu, kek yang bersalut coklat ganach ini perlu disediakan awal-awal (kena ambil kira masa). Masa untuk menghias dan hal-hal yang tidak diduga perlu kita ambil kira… dan Bunga buttercream perlu diletakkan betul-betul supaya ia tidak meluncur menuruni ke kaki kek apabila kek berada di luar kawasan sejuk. Sekiranya kek hendak di bawa untuk jarak jauh, bunga buttercream perlu dibuat menggunakan kon biskut. Bunga lebih kukuh dan kemas atas kek.
         Satu kek ni Bai bawa balik ke Perlis dan satu lagi balik ke Pulau Tuba,Langkawi. Alhamdulillah, bunga tetap kukuh walaupun coklat ganache sedikit mencair .
 
 
Kek ni Bai bawa balik ke Perlis..masih dalam keadaan baik..


 
 






         Kek ni Bai bawa balik ke Pulau Tuba, Langkawi..dua kali naik bot yer u oll..alhamdulillah..masih dalam keadaan baik..mak n pak mentua puji kata sedap sangat. Raya ni nak kek macam ni..aaa@#@
 

 

Tiada ulasan: