Celoteh

Teratak Manis Baizura

Ahad, 21 Jun 2015

Puding Roti Bersos Kastad


ASSALAMUALAIKUM…

        

         Hujung minggu baru-baru ini Bai dan keluarga tidak ke mana-mana. Menghabiskan waktu senggang dengan menonton tv dan membelek himpunan resepi untuk mencari idea juadah iftar petang nanti.

         Bai masih belum memulakan projek biskut lagi kerana menunggu tempahan yang belum tiba. Bai tutup tempahan pada 30hb Jun 2015 ni untuk ambil menyiapkan tempahan dan yang lain-lain tu untuk tumpu kepada amalan di bulan Ramadhan..

         Bai geram betul dengan anak-anak Bai yang suka memesan roti gardenia untuk makan-makan waktu pagi dan petang. Kita ni belilah yang bungkusan jumbo..banyaklah kepingan rotinya. Rupanya tak bersentuh langsung sekeping pun rotinya..eeeish..dah masuk bulan puasa lagilah tak mandang. Tengok tarikhnya baru dua hari terlepas ‘due date’ nya ..hmm..masih boleh makan lagi, roti tak ada kulapok lagi..

         Bai turun ke dapur untuk buat Puding Roti Bersos Kastad. Dapat banyak, bolehlah agihkan kepada jiran-jiran kan. Jom tengok resepinya yang menjadi kegemaran keluarga Bai.

  



PUDING ROTI BERSOS KASTAD

By  Baizura

 
Bahan

10 keping  roti gardenia

 5 biji  telur B

1 tin susu sejat
2 cawan air

1 sdbesar esen vanilla
4 sdbesar gula kasar( ikut citarasa)

2 sdbesar tepung kastad
Margerin/butter

 
KARAMEL

½ Cawan gula kasar
5 sdbesar air


 HIASAN

 Kismis, coklat cip n ceri merah

 CARA2

Masakkan gula  dalam periuk hingga jadi karamel (api kecil) dan kemudian tuangkan air dengan hati-hati. Kacau hingga larut, tuang dalam loyang dan ketepikan

Sapukan semua roti dengan margerin kemudian koyak-koyakkan roti kecil-kecil (atau potong) dalam bekas kukus 9 x 11 inci. Tabur hiasan separuh.

Telur dipukul sebati, tuang susu sejat 1 tin, gula, air dan tepung kastad serta vanilla. Kacau sebati.

Tuang atas roti tadi, biarkan kembang 10 minit. Tabur selebih hiasan tadi di atas roti.

Kukus 20 minit dengan api sederhana. 

Bila masak, sejukkan hingga suhu bilik dan kemudian sejukkan dalam fridge. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.

SOS

1 tin susu sejat/ 500ml susu segar
2 sdbesar tepung kastad

3 sdbesar gula kasar

 Masak atas api sederhana hingga pekat. Kacau selalu. Sejukkan dalam fridge.  Seeloknya dibuat terlebih dahulu dan disimpan dalam fridge sebelum dihidangkan.

 

 
 
Selamat Mencuba..
 
 

 

 

 

 

Tiada ulasan: