Celoteh

Teratak Manis Baizura

Ahad, 7 Jun 2015

Kek Coklat Moist untuk Sahabat


ASSALAMUALAIKUM…
 

 

         Sahabat yang baik sentiasa dikenang..

         Masa nak sediakan bahan untuk kek coklat moist untuk anniversary kami, suami Bai cadang supaya Bai buatkan satu untuk sahabat lama Bai di IKBN Kuala Perlis. Tempat kerja lama Bai tahun 2004-2007. Kak Ida @ lebih dikenali sebagai ustazah Nor Shahidah bertugas sama-sama di unit Hal Ehwal Pelajar dan kali ni Bai nak tinggalkan kereta di situ sebelum belayar ke Pulau Tuba, Langkawi.

         Jadi agak manislah kiranya kita nak memohon bantuan orang dengan tangan yang berisi. Niat ikhlas sering saja menjanjikan perkara baik untuk kita. Allah SWT telah menjuruskan kita ke jalan yang membawa kebaikan dan berkat. Langkah kami rupanya langkah kanan..makanan tengahari masih lagi terhidang di tengah rumahnya walaupun kami sampai agak lewat untuk makan tengahari iaitu pukul 3.oo petang. Selepas makan, siap berhantar ke jeti Kuala Perlis lagi..huhu..

         Simpan kereta di situ lebih selamat dan menjimatkan. Apatah lagi harga tiket feri pun dah RM18.00 untuk orang dewasa, kanak-kanak RM 13.00. 4-5 orang satu famili mau kopak jugak .. baru pergi je belum kira waktu balik. Sewa parking kereta 1 hari RM9.00, itu bukan yang berbumbung..tepi laut pulak tu..mau karat kereta..hehe

         Jadi Bai buatkanlah juga untuk kak Ida…atas saranan suami. Istimewa untuknya.

        
Kek Coklat Moist ni dah disalutkan dengan krim coklat yang lemak berkrim dan disejukkan selama 4 jam dalam fridge sebelum dituangkan coklat ganache..





 

 

Tiada ulasan: