Assalamualaikum..
Koleksi bunga
buttercream Bai kali ini tempahan dari seorang guru di Tronoh. Pening juga
sebenarnya memikirkan paduan warna bunga yang sesuai. Tema dan kata-kata
tidaklah pula diberitahu. Anak cuma memberitahu cikgu tu nak kek red velvet
saiz kecik dan bunga macam tema hari guru baru-baru ini untuk makan-makan
dengan suaminya. Hmm..mungkin special day tu tapi malu nak bagitau pelajar
agaknya..hehe..so, anak balik just bagitau perkara yang asas jelah.
Inilah hasilnya..terima kasih cikgu kerana berani order kat saya..hehehe..
Bunga-bunga ni Bai siapkan 1 hari sebelum deko. simpan dalam fridge. Jimat masa
maklumlah suasana bulan Ramadhan ni kan..dapur on petang untuk iftar dan hingga
pagi untuk sahur..so memang kena pandai menggunakan masa.
Senang je kan..susun susun kan je atas muka kek yang dah
disalut krim keju.
Cuaca malam ni memang panas..maka semakin keraplah kek keluar masuk
fridge..begitu juga bunga readymade tadi tu..huhu..tiap kali bila jadi begini
mulalah rasa nak pasang aircond je..hmm..tapi tula belum sampai masa lagi untuk Bai agaknya.
Tempahan kek pun bukannya selalu..berkala juga la datangnya. Ruang dapur ni
bukannya selalu ahli keluarga melepak di sini, waktu makan je..tak ekonomik..in
shaa Allah..suatu hari nanti bila pendapatan Bai ada melebihi penggunaan,
bolehla pasang 2,3 biji aircond dalam rumah..huhu..sekarang ni, tahankan ajelah panasnye bukan main akibat letusan gunung berapi di Sumatera Barat.
Alhamdulillah siap dengan penuh bergaya..hehe..moga cikgu sukalah no..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan