Assalamualaikum..
Itu pun Aishah
beritahu lambat, kerana terlupa. Semasa berbuka puasa Jumaat lalu. Katanya
cikgunya nak tempah kek seperti kek hari guru yang lalu dan nak pada hari isnin
depan. Iskh..iskh kita ni dahlah ada program nak bersoping hari raya. Ahadnya
pula ada kelas Pelbagai Samperit oleh
Kak Ashima Tarmizi. Lepas kelas tu cadangnya tu nak beli keperluan hari raya
untuk bapa-bapa dan ibu mertua di Greentown,Ipoh..hmm bila masa nak menghadap
kek tu pulak..
So, Bai plan pagi-pagi
hari sabtu tu Bai bakar kek red velvet saiz 7 inci bulat. Cikgunya nak yang
saiz kecil je kata si Aishah. Dan simpan kek dalam fridge. Ahad malam baru
deko. Bunga buttercream pun Bai buat awal juga..senang..tepek-tepek je atas kek
tu nanti.
Memang meletihkan..hari
Ahad tu selepas kelas Samperit tamat dalam pukul 1.30 petang, lepas tumpang
solat Zohor kat tempat Kak Shima, Hubby datang ambil dan bawa ke Greentown.
Ramainye orang membeli belah..dalam cuaca panas terik, kering tekak dan
melayukan tubuh badan, Namun kalau tak dibeli pada hari ni bila lagi
berkelapangan. Merengek-rengek si Humairah..dahaga katanya..hubby siap tidur
dalam kereta sementara menunggu kita soping..biasalah, lelaki..hmm..Nak keluar
beli belah waktu malam, masa pulak agak terhad walaupun cuaca tak panas. Lagi
pula balik dari itu kalut pula nak bertarawih sendiri-sendiri. Projek biskut
pula nak mula minggu depan..aduss..awak tak kuasa dah..
Hmm..kita tinggalkan
cerita pasal beli belah dengan cuaca yang superb panas tu..so, red velvet ini Alhamdulillah
dapat juga Bai siapkan dalam keadaan yang sedikit tenang dalam cuasa yang panas
melekit dan kek beberapa kali masuk keluar peti ais kerana krim cheesenya dan
buttercream cepat cair..dugaannnn!!!
Tekstur Kek Red Velvet ni sangat gebu dan sedap baunya…
Musim panas ni buttercream pun berpeluh dank krim keju pun mencair..tuan yang duk buat tu pun berair mata jugak..
Warna-warna
panas dan sejuk bersatu..pening jugak nak letak warna bunga agar sedap mata
memandang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan