Lama jugak Bai tak online dalam blog...bulan Disember tahun ini sungguh memberi warna dalam hidup Bai. Macam-macam peristiwa dah Bai lalui, pahit manis dalam kehidupan..
Sebenarnya hati ini memang nak sangat menulis di blog..bukan untuk bercerita gah atau sebaliknya, sebenarnya Bai tahu, tak ada pun yang membaca blog Bai, tak apa..Bai tak kisah sedikitpun..Bai bukan berblog untuk tujuan publisiti murahan atau menagih perhatian netizen..ini cumalah suatu tinta kenangan untuk diri Bai dan anak-anak..mana tahu, adik-adik Bai juga akan menemui blog ini..jadi ada juga sesuatu yang akan Bai simpan di sini.
Jika mengikut turutan hari dalam bulan DISEMBER 2016 ini..padat jugalah jadual hidup Bai. Bermula pada tarikh 4-6 Disember 2016..Bai ikuti Hari Keluarga APBM BG ke Melaka. Ada jugalah selitan kursus selama 2 jam dan juga himpunan bulanan di sana selama 1 jam..Bai turut membawa suami dan anak-anak untuk mengikuti lawatan dan berlibur di sekitar kota Melaka dan Zoo Air Keruh. Apa yang Bai boleh katakan..Hari Keluarga APBM kali ini..oklah..
Kami menginap di Chalet Persatuan Nelayan Kuala Sungai Baru Melaka yang tak berapa selesa. Jika ditanya kenapa..yang pertama )- Bilik inapan berbau seperti tandas yang tidak pernah dicuci..mungkin tandas kami bersebelahan dengan tangki septic agaknya..nak tukar bilik, akan dapat bilik yang lebih kecil pulak daripada yang ada..kami berempat pula..jadi kami membuat keputusan, tetap di bilik tersebut..tidur hanya di waktu malam saja, siang kami keluar bersiar-siar..
yang kedua )- masakan semuanya pedas-pedas walaupun untuk menu kanak-kanak. Tuhan saja tau betapa pedas pahitnye masakan di tempat itu..bila diminta untuk kurangkan pedas..disindir pulak kita ni..dah datang Melaka,memang pedaslah makanannya.. Bai kata, kami ni bukan asal orang Melaka, kami ni asal dari pelbagai negeri, Kedah, Perlis, Perak, Kelantan dan sebagainya..pastu diberi alasan, sekarang musim cili pedas agaknya, sebab dah beberapa kenduri di kawasan mereka pun makanan terlalu pedas dari biasa..jadi dalam hati kami yang melancong ke Melaka ni..tak salahlah terasa makanan yang dimasak oleh mereka begitu pedas hingga tak boleh masuk ke mulut rasanya. Pakat cirit belaka dengan cuaca panas gini..hmm..memang kenangan ngeri sungguh..nasib ada kedai runcit persatuan nelayan..boleh beli roti, Maggie dan minuman..
Itu saja..hihi..bukan nak halang daripada datang berkunjung ke situ..datanglah..banyak lagi kedai makanan laut di tepi laut yang cantik pemandangannya apabila mentari jatuh..
Pada 9hb pula Bai dengan anak-anak balik ke kampung di Perlis. Ngangah pun pulang bercuti sekolah di kampung selama 2 minggu. Bai balik sekejap, melepas rindu kat dia dan mak. Dapt luangkan masa bersama-sama dengan yang sentiasa dirindui memang seronok, Mak pulak setiap tahun akan buat 'gether birthday party' untuk anak-anak dan cucunya yang lahir pada bulan 12..
Meriah lah juga, dengan bihun Singapore Jaja yang sedap tu, sate yang dikma uruskan, kek sampai 2 biji..hihi..bertukar tukar hadiah pulak tu..kami berkelah di tepi padang Timah Tasoh Resort..malam tu ada karnival jualan dan konsert artis..memang meriah lah tempat tu..Bai ni dahla rabun segala rabuh..gagahkan juga pandu kereta di kawasan yang gelap gelemat..suami Bai tak ikut balik kampung sebab kena kerja..jadi ke mana-mana yang di ajak oleh Mak, Bai lah pandu, Ngangah sebiji kereta..memang muatlah dengan anak-anak masing-masing, Mak, Jaja dan sorang anak saudara..setiap kali bergerak ke mana-mana, memang dua biji kereta la..muatan sarat..hihi
Makan ni toksah kiralah..memang naik kilo berat badan ni..seronok jumpa keluarga, tak sah la kalau tak ada makanan kan..pagi-pagi, pi beli nasi lemak, kuih muih di Nat Balai Baru..Nat ni macam pasar sehari lah di Perlis ni..perkataan daripada siam. Lepas tu makan kat taman mini Mak di halaman rumah..nasi lemak dan kuih muih masih lagi murah. Jangan terkejut..ni memang cerita tentang makan je tau..hihi
Tengahari pulak, atur makan di Restoran Pokok Sawa, Mata Ayer.. memang tempat best untuk makan tengahari bersama keluarga. Mak memang suka makan ikan keli goreng rangup dengan ulam ulaman dan sambal belacan..sayur manis rebung, ketela dan daun asin-asin..memang tak mandang keliling dah..Bai kalau dapat asam pedas sayur keladi, keli goreng, sambal belacan, kerabu taugeh habis kelam dunia..hihi
Petang-petang pi minum petang pulak sambil menghirup udara segar Tasik Melati..bawa anak-anak makan laksa, mee rebus, mee kari , rojak buah dan air kacang special di gerai-gerai makanan..hmm bajet pun tak lah mahal sangat..sedap pun sedap.. tapi kalau minum petang di Terinai Lake View Café di Tepian Empangan Timah Tasoh memang mahai lah..makanan western, dan goreng-goreng pun ada..makanan ala-ala thai pun ada..'standart' café lahkan tepi empangan pulak tu..hihi
Haa..malam kami berderet pulak makan ikan bakar di Kuala Perlis. memang segar ikan-ikan dan makanan laut yang lain..geram je tengok..nak makan tak larat dah..hihi..makanan eksotik seperti belangkas dan mentarang pun ada tau..
Gambar ni di ambil sebelum makanan yang di pesan sampai semua..bayangkan bila pesanan penuh di meja..hmm
Ok..itu cerita 9 - 12hb Disember 2016..kisah himpunan keluarga dengan sulaman makan-makan yang enak..balik daripada bercuti di kampung, masuk kerja macam biasa..tapi takdir Allah tiada siapa yang tahu.
Pada tarikh 17hb Adik kedua sebelah suami Bai telefon mengkhabarkan berita sedih ketika itu, ayah mertua Bai masuk wad ICU akibat sakit jantung yang mendadak hingga menyebabkan strok. Bai pula libang libu nak balik ke utara semula dengan cuti tahunan yang dah dibekukan, baju dan alatan sekolah anak belum beli lagi, duit simpanan pun kian tipis dan mencadangkan suami balik dulu untuk tengok keadaan ayahnya.
Keesokannya 18hb, adik bagitau yang ayah dah koma..Bai terus bersiap-siap nak balik ke Langkawi kerana ayah diwadkan di hospital Langkawi dan semua adik beradik dah ada di sana.. jadi Bai merasakan kemungkinan ayah nak sembuh semula dah tiada..kami berkemas dan terus gerak ke Kuala Perlis..kelam kabutnya saat itu, bimbang pulak terjadi apa-apa di tengah jalan..hanya doa dan bacaan Yassin di sepanjang jalan. Bai dah tak peduli dengan cuti ke apa cuma ada berwassap dengan Timb.Pengarah maklum Bai nak bercuti kecemasan dan bertanyakan proses mohon cuti yang telah dibekukan. Tiada jawapan, jadi akhirnya Bai hubungi kerani dan maklumkan keadaan Bai sekeluarga. Alhamdulillah dia akan bantu uruskan dalam sistem nanti.
Akhirnya kami sempat naik feri pukul 5.oo petang dan sampai di Kuah jam 6.30 petang..terasa lambat sungguh feri bergerak..Adik Bai, Nini ambil di Jeti dan terus bawa kami ke Hospital Langkawi..Sampai di sana..memang terlihat muka sedih adik-adik suamiku..Ayah mertua Bai ni, tinggal seorang setelah bercerai dengan Mak Mertua..kadang-kadang adik lelaki suami tidur di rumah ayah. Bai dapat sekejap saja lawat ayah dalam bilik icu..sedih melihat ketuaan dan keuzuran ayah dimamah usia. Tengah malam, doktor bertugas memanggil semua adik beradik, dan maklumkan bahawa ayah dah tiada harapan kerana hanya bergantung hidup dengan mesin sahaja..nadi pun semakin lemah..Malam tu kami semua tidur di kaki lima wad kerana bilik tetamu dah penuh.
19hb Disember 2016, jam 9.55 pagi, ayah mertua Bai telah kembali ke rahmatullah..jenazah ayah dibawa dan diuruskan di kampung Pulau Tuba. Kami pun ikut balik ke sana dan tinggal di rumah mak mertua sementara itu. Dapatlah juga kami melawat ayah mertua tiri yang sedang uzur juga.
Kami balik ke Perlis hari ketiga, singgah semalam di rumah Makbaq..pastu kami pulang ke Perak semula. Dalam sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak seadanya, dalam kewangan yang tipis..sempat juga menyambut ulang tahun kelahiran Bai secara biasa saja pada 23hb tu. Anak dara Bai belikan kek secret resepi..alhamdulillah..Pastu sambut birthday Humairah pulak pada 28hb..simple je kek nye..
Suamiku pulak kena pulang menguruskan harta arwah bersama adik beradiknya di Langkawi pada 31hb Disember..jadi Bai mahu tak mahu kena seorang diri menghantar dan uruskan sekolah anak-anak..hmm..beli buku dan balut buku sekolah ni..toksah cakaplah..memang memenatkan. Tampal taq nama dan lencana..jahit itu jahit ini..
Bai berharap tahun depan ni akan bawa keberkatan yang lebih lagi dalam hidup kita, sentiasa dimurahkan rezeki dan setiap masalah akan sentiasa ada jalan penyelesaiannya..hidup ini adakala sedih adakala gembira..kita redha jelah dan nikmatilah kehidupan ini selagi bernafas di bumi Allah ini..
Kami balik ke Perlis hari ketiga, singgah semalam di rumah Makbaq..pastu kami pulang ke Perak semula. Dalam sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak seadanya, dalam kewangan yang tipis..sempat juga menyambut ulang tahun kelahiran Bai secara biasa saja pada 23hb tu. Anak dara Bai belikan kek secret resepi..alhamdulillah..Pastu sambut birthday Humairah pulak pada 28hb..simple je kek nye..
Jadilahkann..daripada tiada sambutan..tq Ayong, love you so much..such a good cake!
Suamiku pulak kena pulang menguruskan harta arwah bersama adik beradiknya di Langkawi pada 31hb Disember..jadi Bai mahu tak mahu kena seorang diri menghantar dan uruskan sekolah anak-anak..hmm..beli buku dan balut buku sekolah ni..toksah cakaplah..memang memenatkan. Tampal taq nama dan lencana..jahit itu jahit ini..
Bai berharap tahun depan ni akan bawa keberkatan yang lebih lagi dalam hidup kita, sentiasa dimurahkan rezeki dan setiap masalah akan sentiasa ada jalan penyelesaiannya..hidup ini adakala sedih adakala gembira..kita redha jelah dan nikmatilah kehidupan ini selagi bernafas di bumi Allah ini..