Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 25 Januari 2016

Kek Coklat Lembab Mini





Assalamualaikum,
 

 

Kek Coklat Moist Pek Mini ni untuk Humairah jual ke sekolah. Tak sampai hati letak harga mahal untuk budak sekolah. Namun inilah harga yang Bai mampu letak untuk mereka iaitu RM 1.00 untuk pek bersaiz 3 x 3 inci.

 
 
 
 
Untuk tempahan sila wassap / pm @ 012-5980060 
 
 


Jumaat, 22 Januari 2016

Kek Coklat Rugged ~


Assalamualaikum..
 
 


Semalam Bai nak mencuba suatu perkara baharu iaitu Kek Coklat Rugged. Kek ni memang sangat terkenal sejak dua tahun kebelakangan ini. Cuma Bai saja yang terlepas ETS..hihi. Dalam blog  dan FB sahabat-sahabat Bai yang lain bukan main lagi asyik menayangkan kek yang boleh mengecurkan air liur.


 

          Walaupun rugged namun kek ni seksi bagi pandangan Bai. Sekali imbas tengok terus terliur. Kek ni sebenarnya memang agak senang nak bikin. Keknya Cuma kek coklat moist yang di curahkan krim keju dan coklat ganache dan hiaskan dengan parutan coklat serta buah strawberi dan lain-lain. Rasakan keenakan coklat moist dan krim keju yang bercampur dengan coklat ganache di dalam mulut dan tekak. Meletup-letup kelemakkannya..ermm..yummy!

          Kek coklat moist ni Bai buat dalam saiz 9 inci Loyang 4 segi. Dapat dalam 3 pek mini. Siapa yang teringin nak tempah yang tinggal berdekatan dengan area Batu Gajah, Tronoh dan Seri Iskandar boleh sahaja menghubungi Bai di nombor yang tertera di bawah. Yang rajin nak cuba jom tengok resepi  ini.



 

 


Rujukan : FB Jom Masak


 Bahan-bahan


- 2cwn tepung gandum
- 1sdteh baking powder                
- 1sdteh soda bikarbonat 
ayak bahan diatas

- 1cwn serbuk koko
- 1cwn gula perang
- 1cwn ssu pekat                                                                      
- 1cwn air panas**                                                     
- 1cwn air biasa*** - Bai gantikan dengan susu segar dutchlady
- 1cwn minyak masak  
**masak semua bahan atas api slow hingga larut. Bukan mendidih tau! hingga larut saja.

- 2 biji telur A
- 1sdteh esen vanila

cara cara
- pukul telur dengan whisk hingga berbuih
 (tak perlu guna mixer)..masukkan esen
- masukkan bahan yang dimasak...kacau sebati.
- masukkan tepung yang diayak sikit2...sambil kacau hingga larut
- tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
- tutup loyang dengan aluminium foil atau apa saja untuk elak air dari menitik
- kukus sejam atau hingga masak dengan api sederhana
- tunggu sejuk sebelum dituang topping
 
 
Bai selalu gunakan resepi ni kalau nak buat kek coklat moist kukus. Menepati citarasa kami sekeluarga. Kek Coklat Rugged ni diberi nama mungkin untuk rebranding kek coklat moist dalam kata lain untuk mempelbagaikan perasa dan hiasan kek coklat ni. Jadi kek coklat moist akan tampil tidak membosankan para penggemarnya, Tahniah kepada penciptanya! Kreatif..
          Kek ini ramai peminat tegarnya. Tak jemu dirasa. Ia boleh dijadikan sebagai sumber jana pendapatan keluarga. Jom kita tengok pula resepi kek coklat rugged yang Bai kongsikan daripada blog secretgatden2u. Tapi Bai cuma ambil resepi krim keju dan coklat ganachenya sahaja. Resepi kek coklat moistnye Bai buat yang di atas. Terima kasih ye.
 
 
Topping coklat
 300g coklat dark compound - potong dadu
1/2 cawan susu cair
 Masak susu cair hingga betul2 panas atau naik buih2. then tutup api dan masukkan coklat yang dah dipotong dadu.
Krim Keju
 500g cream cheese
 
1/3 cawan butter/margerin
1/2 cawan susu pekat manis
Putar krim cheese dan butter hingga kembang. masukkan 1/2 cawan susu pekat manis. putar lagi hingga sebati.


yang ni baru lapisan pertama tau..
 
 
Cara lapis kek
Potong dua lapis kek dan ikut saiz pek yang kita nak guna
Lapis bawah layerkan dengan krim keju
Lapiskan dengan kek bahagian atas
Tuang topping coklat hingga meleleh turun
Hiaskan atas kek dengan buah strawberi dan parutan coklat compound
Macam-macam buah@coklat cip boleh jadi sebagai hiasan.


 
  
Untuk tempahan :~ wassup @ pm @ call 012-5980060
 
        
 
 
 
 
 
 
 

 

 


Ahad, 17 Januari 2016

Kek Coklat Tanpa Telur, Susu & Butter


Assalamualaikum,

 




Bosan pulak cuti minggu kali ini. Agaknya tak boleh pergi jalan-jalan lihat dunia di luar sana. Maklumlah, gaji lambat lagi. Anak-anak dah bising, meluat duk rumah tak ke mana. Sambil diorang cuci kasut sekolah, Bai buatkan kek coklat tanpa telur tanpa butter tanpa susu…haa..pelikkan? Nak jek je hati anak-anak..huhu

Resepi ni Bai simpan kerana masa anak Bai si Humairah kecil dulu, dia tak boleh makan telur kerana ada alahan. Kalau dia makan telur yang diberi oleh pengasuhnya, Bai akan tau, sebab kepala dan kulitnya akan berkudis dalam 2,3 hari selepas itu. Dia punya takut, sampai nak makan di mana saja dia akan pastikan makanannya tiada telur. Tapi, Alhamdulillah, semakin besar, alahannya semakin kurang dan tiada langsung hingga kini.

Kesian Bai tengok masa dia kecil dulu, bila ada birthday party kawan-kawannya, dia takkan makan kek tersebut. Menelan air liur saja tengok orang lain makan sedap-sedap. Kebetulan pulak Humairah ni kaki makan. Kalau dia nak makan kek coklat, Bai akan buatkan untuknya guna resepi ini. Kalau pembaca ada mempunyai anak atau ahli keluarga yang alah telur, bolehlah ambik resepi ni.
 
 

Kek ni tidaklah cantik kejadiannya, tak naik gebu macam kek yang kita bakar yang lain. Lebih kurang macam kek coklat kukus lah Cuma lebih moist..rasa memang sedap tak mengecewakan..
 

 
 

KEK COKLAT TANPA TELUR, SUSU & BUTTER

Oleh : Teratak Manis Baizura

Bahan

2 cawan tepung naik sendiri

½ cawan serbuk coklat/koko

2 cawan gula ising

2 peket Nescafe 3 in 1

160 ml minyak jagung /minyak masak

2 suduteh esen vanilla

2 ½  cawan air panas

2 suduteh cuka makan

Secubit garam

 
 

Cara Membuatnya:

 

1.        Gris Loyang 7 inci atau 8 inci dengan minyak dan ayakkan sedikit tepung gandum rata keliling Loyang. Keluarkan lebihan tepung.

2.     Mula-mula ayak tepung dan serbuk koko dalam bekas besar. Masukkan Nescafe 3 in 1, garam dan gula ising. Gaul rata.

3.     Masukkan air panas.kacau dengan spatula atau whisk hingga sebati.

4.     Masukkan minyak  gaul hingga sebati, masukkan esen vanilla  dan masukkan cuka ..kacau rata.

5.     Masukkan ke dalam Loyang. Bakar dengan suhu 160’C selama 1 jam atau hingga masak. Test dengan lidi untuk tentukan kek dah masak atau belum ye.

6.     Jangan risau kalau kek retak kerana memang itulah kejadiannya. Bila masak, sejukkan sebentar dalam 5 minit dalam Loyang selepas itu keluarkan dari Loyang ..bolehlah sejukkan atas rak.




Bolehlah cuba..

 

 

         

         

 

Sabtu, 16 Januari 2016

Lagi..Kek Oren Poppy Seed



Assalamualaikum,

 

Repeated Cake…
 

 
 
Kek Oren Poppy Seed di tempah lagi oleh Hajar, sahabat se ITM Shah Alam dulu. Katanya teringin lagi nak makan kek oren poppy seed. Katanya nak simple je buat high tea di opisnye. Tapi bila ada bahan yang lebih tak salah Bai tambah je. Tak payah berkira sangat, tanpa sahabat yang menyokong bisnes Bai ni, siapalah tuan rumah Teratak Manis Baizura ni kann..

 
Bai punya kek..buat minum petang, saja buat lebih..

 

Enjoy your hightea dear.
 
Untuk tempahan : Wasap / Call /Mesej  Baizura @ 012-5980060/012-5548281

Selasa, 12 Januari 2016

Koleksi Anak-Anak Bulus


Assalamualaikum..

 

Bai suka menyimpan gambar kenangan kucing Bai sekeluarga di dalam smartphone, sampai terlalu sesak galerinya. Jadi kenapa tidak Bai abadikan saja gambar-gambar kiut kucing-kucing Bai di entri kan. Induknya kami beri nama Abot. Kami jumpa atas tangki air rumah emak di kampung. Ibunya jenis tabby kampung biasa dan hidup liar dalam hutan belakang rumah. Bapak nya memang tabby jenis bulu kembang kelabu perang dibela oleh jiran dalam kampung. Bai agak Abot masa tu berumur dalam lingkungan 3 minggu.
 
                                         
 

 

 
 
Abot pegi jalan-jalan
 
 
 
Abot beranak sulung pada 7/3/2013… 5 ekor semuanya namun yang hidup ada 2 ekor iaitu Tambi dan Snoopy. Tambi aku serahkan pada mak aku di kampung untuk teman dan kawan main-main. Manakala Snoopy pulak diminta oleh adik Bai yang menetap di Terengganu. Memang sedih terhadap perkara yang menimpa Tambi akibat jangkitan virus sporo dari luka pergaduhan menyebabkan dia terpaksa dimatikan dengan suntikan di Jabatan Haiwan Kangar pada ….2015.
 
 
 
 

Tambi dalam kenangan

Snoopy
 
Selepas itu Abot beranak lagi 5 ekor juga pada 10/7/2013. Kali ni betina 4 ekor dan 1 sahaja jantan. Mimi, Kitty, Shasha, Cica dan Atam. Mimi dan kitty diambil oleh kenalan DikMa. Bulu memang panjang dan kembang. Shasha dan Atam ke Langkawi, dibela oleh adik Iparku Not. Cica hilang tak dapat dikesan di sekitar rumahku sebaik tiba di rumah dari Perlis. Masa tu dah berumur dalam 3,4 bulan. Itu memang misteri !.Atam pulak ketika itu, sakit perut yang teruk sampai tak boleh bergerak. Keracunan makanan. Setelah menerima rawatan, dalam 3 hari dia pulih. Apalagi yang boleh buat Bai tersenyum senang hati.
 
Shasha
 
Tinggallah Abot seekor hinggalah dia bunting lagi dan melahirkan anak pada 11/4/2014 yang sebanyak 3 ekor, Sinchan, Brenda dan Bubba..tiga betina. Hadiah hari lahir Ayong. hahaha
3 beradik tidur atas buku rese

Sinchan

Brenda dan Sinchan

Bubba yang manis
 
Brenda Bai serahkan kepada adik yang menetap di Terengganu tu, tinggallah Bubba dan sinchan. Bubba ni warna hitam berkilat dan ada sedikit putih di dada dan dagunya. Sangat manja dengan Bai. Suka makan buah tembikai susu dan pelam. Dalam banyak-banyak kucing, yang ni Bai tak boleh lupa. Gemuk dan bulat je Bubba. Namun tak panjang umurnya, dia mati digigit anjing liar dekat dengan rumah.Tinggallah sinchan dengan Abot.
Pertengahan Bulan Januari 2015, Sinchan beranak sulung 4 ekor, 3 jantan, 1 betina. Ju On, Oggy, Bubba2 dan Jep. Awal bulan Februari, Abot pulak beranak kali yang ke 4…4 ekor juga anaknya, 3 jantan - Atam, Brown, Bintat, dan 1 betina- Nyu Nyu. Kami dah mula mengeluh bila makanan kucing sentiasa tak cukup. Masing-masing kuat makan. Kadang-kadang kami terpaksa bagi makan nasi digaul dengan ayam atau ikan rebus. Semua gemuk-gemuk belaka. Namun Oggy dan bubba2 kami terpaksa lepaskan ke tempat lain memandangkan mereka menjadi agak liar dan kami sering luka dicakar. Memang sedih, namun memang dah tak mampu menjaga kesemuanya.. 10 ekor. Anak-anak Abot yang lain membawa diri di persekitaran kuarters kami ..Cuma balik untuk makan.
 
Brown

Tempat kesukaan Bintat

Atam penat main getah

Bintat
 
Pada 14 November 2015, Sinchan beranak kali ke 2…3 ekor anak, 1 betina, 2 jantan- Monte, Polkadot dan Abam..awal Disember 2015, Abot pulak beranak anak yang ke 5, 4 ekor, 2 ekor jantan 2 ekor betina. Mumu, Mina, Teo dan Milo..Fuhh..ramaikan..2 jenis makanan nak kena beli. Kerap sakit-sakit anak Sinchan, kecacingan dan cirit birit, kaki capik, demam panas..aduhai..dalam kegawatan ekonomi ni macam-macam la..
 
Abam kenyang..
 
Ni gambar tengah demam..kesian dia

Polkadot

Monte

Anak-anak Abot


Teo

Comelnye Teo
 
Setakat ini saja kucing-kucing yang Bai bela di rumah..mungkin akan ada bertambah lagi..namun Bai bercadang nak ‘kasi’ Abot dan Sinchan. Buat masa sekarang mereka tengah menyusukan anak, jadi tunggu anak-anaknya putus susu dulu. Itupun kalau mereka dalam keadaan sihat dan kewangan mencukupi.
 

 
 

 


 

Isnin, 11 Januari 2016

Buah Mulberi


Assalamualaikum,

  
 


Bai nak sembang pasal pokok Mulberi @ MulBerry hari ni.. Bai pernah ternampak berkenaan pokok ini dari FB kawan tahun lepas. Katanya balik kampung dan menuai buah beri. Hairan tengok rupa paras pokok dan buahnya. Tak pernah makan dan nampak pun sebelum ni.. Nak jadi cerita, rupa-rupanya jiran sebelah rumah ada tanam pokok ni untuk rawat darah tinggi. Daunnya dia buat ulam. Masa nak pindah tempohari, dia pun bagilah sepokok dalam pasu siap berbuah dua tiga biji dah.

Bai pun google la nak tahu pasal pokok ni. Hasil siasatan inilah yang Bai nak kongsi bersama pembaca.

Mulberi (juga disebut Bebesaran) (Latin: Morus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas (Rapidly growing), pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat. Tinggi pokok Mulberi jarang melebihi 10-15 meter. Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan ia enak dimakan segar.

Mulberi juga terkenal akan penggunaan dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies Mulberi, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marbel kerana kuat dan keras. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

KHASIAT BUAH MULBERRY IALAH :

1. Pokok Mulberi adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberi dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

 2. Buah Mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberi pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberi mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberi telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

5. Buah Mulberi turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberi juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

 8. Buah Mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

9. Buah Mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberi, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

 10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus Mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

11. Daun Mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

 13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting Mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

 14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit. Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberi, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.


 
 
 

Banyakkan khasiatnya..Bai dah minta suami Bai tanam keliling rumah buat pagar. Hari-hari anak Bai akan kutip buah beri untuk Bai simpan. Setakat ni Bai nak simpan untuk buat jem. Teringin sungguh nak rasa jem buah Mulberi ni. Nanti bila-bila Bai akan share cara nak buat jem buah beri ni. Setakat ni, Bai kumpul dulu. Di bawah ni terdapat maklumat cara penyimpanan buah beri. Jom nengok..

Kalau nak petik buah beri yang dah matang, kita boleh tahu daripada warna buah beri tersebut. Ia akan berwarna merah kehitaman, berkilat dan nampak banyak air. Kalau buah berwarna hijau kemerah-merahan, buah belum cukup masak. Kalau pokok kecil yang di tanam dalam pasu atau atas tanah, kita bolehlah petik sendiri dengan tangan melainkan kalau ia pokok yang besar dalam 6-10 kaki kena letakkan kain tarpan sekeliling pokok dah goncang bagi buah jatuh atasnya dan tak rosak..( Bai tak pernah lagi tengok..hehe)
 
gambar ikhsan dari www.dishmaps.com
 

Kadang-kadang buah yang kita nak guna untuk buat jem tu tak cukup, ada yang belum betul-betul masak pun kita terkutip, tak mengapa, kita boleh simpan buah tu dulu hingga mencukupi dengan meletakkan buah beri dalam plastik kedap, susun selapis, bimbang melekat dan penyek buah beri tu. Simpan dalam tempat beku dalam peti ais. Tak payah basuh dulu, bimbang melecet pulak kulit buahnya. Bila nak guna baru kita basuh. Cara ni buah beri boleh tahan selama 3 bulan.

Seeloknya kalau nak buat jem, selepas basuh buah tu sepintas lalu, buang tangkai, terus masak dalam periuk untuk elakkan rasa dan zatnya berkurangan..

Kalau nak simpan buah beri dalam 2, 3 hari, boleh saja. Caranya sama, simpan dalam beg plastik kedap udara. Kalau basuh dahulu, keringkan dulu dengan kertas tisu dapur kalau tak nak basuh dulu, boleh terus simpan.
 
gambar ikhsan google : www.mynicnac.com - buah mulberi beku
 

Bai ada terfikir nak buat pavlova menggunakan buah Mulberi ini jika strawberi tiada. Mungkin Bai nak buat muffin Mulberi.. macam-macam boleh buat..itupun jika buah cukup..hahaha..
 
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mulberi dan daunnya boleh digunakan untuk membuat teh dan minuman lain. Cara nak buat teh mulberi, daun mulberi ni kita kena jemur dulu bagi kering, lepas tu kita tuang air panas.

Selain daripada itu, boleh juga buat inti untuk pai yang sedap serta pelbagai pencuci mulut yang lazat. Daripada semua beri yang wujud, mulberi mempunyai kandungan tertinggi antioksidan, menjadikan ia makanan tambahan yang sihat tidak kira bagaimana kita menggunakan buah beri ini.

Smoothie Mulberry rasa mewah. Kita juga boleh menambah buah Mulberi ini ke dalam diet harian untuk memastikan bahawa tahap kolesterol kita kekal stabil. Ia juga akan memastikan bahawa tubuh kita  mendapat semua nutrien penting yang yang diperlukan untuk kekal sihat dan kuat.

Makan mulberi boleh membantu mencegah pelbagai penyakit yang memberi kesan kepada hati, buah pinggang serta paru-paru. Pakar mengesyorkan minum segelas jus mulberi segar setiap hari untuk menyahtoksik badan.

Terdapat banyak cara yang berbeza yang kita boleh gunakan beri ini dalam diet kita. Buah-buahan dan daun mempunyai ciri-ciri yang bermanfaat yang boleh kita gunakan untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Jika kita sedang mencari cara semula jadi untuk membersihkan badan, dapatkan kulit dan rambut yang sihat kuat bercahaya, mulberi adalah pilihan terbaik.

Boleh je nak cari maklumat dar sini :

www.mulberimalaysia.blogspot.com
www.tanamsendiri.com
 
Memang bagus kalau kita ada beberapa pokok mulberi ini di sekeliling rumah kita. Kalau tak dapat nak kumpul banyak untuk buat segala yang di atas tu, kita boleh je terus makan 5,6 biji sekali hadap sambil siram pokok ke, sapu halaman rumah ke.. sambil sembang-sembang dengan jiran-jiran ke..boleh je..haha
Kebanyakan pokok mulberi di rumah Bai ni ditanam melalui keratan batang yang matang. Ia lebih cepat tumbuh dan berbuah melalui ranting yang dipangkas.