Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 11 Januari 2016

Buah Mulberi


Assalamualaikum,

  
 


Bai nak sembang pasal pokok Mulberi @ MulBerry hari ni.. Bai pernah ternampak berkenaan pokok ini dari FB kawan tahun lepas. Katanya balik kampung dan menuai buah beri. Hairan tengok rupa paras pokok dan buahnya. Tak pernah makan dan nampak pun sebelum ni.. Nak jadi cerita, rupa-rupanya jiran sebelah rumah ada tanam pokok ni untuk rawat darah tinggi. Daunnya dia buat ulam. Masa nak pindah tempohari, dia pun bagilah sepokok dalam pasu siap berbuah dua tiga biji dah.

Bai pun google la nak tahu pasal pokok ni. Hasil siasatan inilah yang Bai nak kongsi bersama pembaca.

Mulberi (juga disebut Bebesaran) (Latin: Morus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas (Rapidly growing), pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat. Tinggi pokok Mulberi jarang melebihi 10-15 meter. Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan ia enak dimakan segar.

Mulberi juga terkenal akan penggunaan dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies Mulberi, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marbel kerana kuat dan keras. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

KHASIAT BUAH MULBERRY IALAH :

1. Pokok Mulberi adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberi dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

 2. Buah Mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberi pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberi mengandungi ureas.

3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberi telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

5. Buah Mulberi turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

7. Buah Mulberi juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

 8. Buah Mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

9. Buah Mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberi, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

 10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus Mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

11. Daun Mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

 13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting Mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

 14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit. Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberi, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.


 
 
 

Banyakkan khasiatnya..Bai dah minta suami Bai tanam keliling rumah buat pagar. Hari-hari anak Bai akan kutip buah beri untuk Bai simpan. Setakat ni Bai nak simpan untuk buat jem. Teringin sungguh nak rasa jem buah Mulberi ni. Nanti bila-bila Bai akan share cara nak buat jem buah beri ni. Setakat ni, Bai kumpul dulu. Di bawah ni terdapat maklumat cara penyimpanan buah beri. Jom nengok..

Kalau nak petik buah beri yang dah matang, kita boleh tahu daripada warna buah beri tersebut. Ia akan berwarna merah kehitaman, berkilat dan nampak banyak air. Kalau buah berwarna hijau kemerah-merahan, buah belum cukup masak. Kalau pokok kecil yang di tanam dalam pasu atau atas tanah, kita bolehlah petik sendiri dengan tangan melainkan kalau ia pokok yang besar dalam 6-10 kaki kena letakkan kain tarpan sekeliling pokok dah goncang bagi buah jatuh atasnya dan tak rosak..( Bai tak pernah lagi tengok..hehe)
 
gambar ikhsan dari www.dishmaps.com
 

Kadang-kadang buah yang kita nak guna untuk buat jem tu tak cukup, ada yang belum betul-betul masak pun kita terkutip, tak mengapa, kita boleh simpan buah tu dulu hingga mencukupi dengan meletakkan buah beri dalam plastik kedap, susun selapis, bimbang melekat dan penyek buah beri tu. Simpan dalam tempat beku dalam peti ais. Tak payah basuh dulu, bimbang melecet pulak kulit buahnya. Bila nak guna baru kita basuh. Cara ni buah beri boleh tahan selama 3 bulan.

Seeloknya kalau nak buat jem, selepas basuh buah tu sepintas lalu, buang tangkai, terus masak dalam periuk untuk elakkan rasa dan zatnya berkurangan..

Kalau nak simpan buah beri dalam 2, 3 hari, boleh saja. Caranya sama, simpan dalam beg plastik kedap udara. Kalau basuh dahulu, keringkan dulu dengan kertas tisu dapur kalau tak nak basuh dulu, boleh terus simpan.
 
gambar ikhsan google : www.mynicnac.com - buah mulberi beku
 

Bai ada terfikir nak buat pavlova menggunakan buah Mulberi ini jika strawberi tiada. Mungkin Bai nak buat muffin Mulberi.. macam-macam boleh buat..itupun jika buah cukup..hahaha..
 
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mulberi dan daunnya boleh digunakan untuk membuat teh dan minuman lain. Cara nak buat teh mulberi, daun mulberi ni kita kena jemur dulu bagi kering, lepas tu kita tuang air panas.

Selain daripada itu, boleh juga buat inti untuk pai yang sedap serta pelbagai pencuci mulut yang lazat. Daripada semua beri yang wujud, mulberi mempunyai kandungan tertinggi antioksidan, menjadikan ia makanan tambahan yang sihat tidak kira bagaimana kita menggunakan buah beri ini.

Smoothie Mulberry rasa mewah. Kita juga boleh menambah buah Mulberi ini ke dalam diet harian untuk memastikan bahawa tahap kolesterol kita kekal stabil. Ia juga akan memastikan bahawa tubuh kita  mendapat semua nutrien penting yang yang diperlukan untuk kekal sihat dan kuat.

Makan mulberi boleh membantu mencegah pelbagai penyakit yang memberi kesan kepada hati, buah pinggang serta paru-paru. Pakar mengesyorkan minum segelas jus mulberi segar setiap hari untuk menyahtoksik badan.

Terdapat banyak cara yang berbeza yang kita boleh gunakan beri ini dalam diet kita. Buah-buahan dan daun mempunyai ciri-ciri yang bermanfaat yang boleh kita gunakan untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Jika kita sedang mencari cara semula jadi untuk membersihkan badan, dapatkan kulit dan rambut yang sihat kuat bercahaya, mulberi adalah pilihan terbaik.

Boleh je nak cari maklumat dar sini :

www.mulberimalaysia.blogspot.com
www.tanamsendiri.com
 
Memang bagus kalau kita ada beberapa pokok mulberi ini di sekeliling rumah kita. Kalau tak dapat nak kumpul banyak untuk buat segala yang di atas tu, kita boleh je terus makan 5,6 biji sekali hadap sambil siram pokok ke, sapu halaman rumah ke.. sambil sembang-sembang dengan jiran-jiran ke..boleh je..haha
Kebanyakan pokok mulberi di rumah Bai ni ditanam melalui keratan batang yang matang. Ia lebih cepat tumbuh dan berbuah melalui ranting yang dipangkas.
 
 

Tiada ulasan: