Assalamualaikum,
Bosan pulak cuti minggu kali ini. Agaknya tak boleh pergi jalan-jalan lihat dunia di luar sana. Maklumlah, gaji lambat lagi. Anak-anak dah bising, meluat duk rumah tak ke mana. Sambil diorang cuci kasut sekolah, Bai buatkan kek coklat tanpa telur tanpa butter tanpa susu…haa..pelikkan? Nak jek je hati anak-anak..huhu
Resepi
ni Bai simpan kerana masa anak Bai si Humairah kecil dulu, dia tak boleh makan
telur kerana ada alahan. Kalau dia makan telur yang diberi oleh pengasuhnya,
Bai akan tau, sebab kepala dan kulitnya akan berkudis dalam 2,3 hari selepas
itu. Dia punya takut, sampai nak makan di mana saja dia akan pastikan
makanannya tiada telur. Tapi, Alhamdulillah, semakin besar, alahannya semakin
kurang dan tiada langsung hingga kini.
Kesian
Bai tengok masa dia kecil dulu, bila ada birthday party kawan-kawannya, dia
takkan makan kek tersebut. Menelan air liur saja tengok orang lain makan sedap-sedap.
Kebetulan pulak Humairah ni kaki makan. Kalau dia nak makan kek coklat, Bai
akan buatkan untuknya guna resepi ini. Kalau pembaca ada mempunyai anak atau
ahli keluarga yang alah telur, bolehlah ambik resepi ni.
Kek
ni tidaklah cantik kejadiannya, tak naik gebu macam kek yang kita bakar yang
lain. Lebih kurang macam kek coklat kukus lah Cuma lebih moist..rasa memang sedap
tak mengecewakan..
KEK
COKLAT TANPA TELUR, SUSU & BUTTER
Oleh
: Teratak Manis Baizura
Bahan
2 cawan tepung naik sendiri
½ cawan serbuk coklat/koko
2 cawan gula ising
2 peket Nescafe 3 in 1
160 ml minyak jagung /minyak masak
2 suduteh esen vanilla
2 ½ cawan air panas
2 suduteh cuka makan
Secubit garam
Secubit garam
Cara Membuatnya:
1.
Gris Loyang 7 inci atau 8 inci dengan
minyak dan ayakkan sedikit tepung gandum rata keliling Loyang. Keluarkan lebihan
tepung.
2.
Mula-mula ayak tepung dan serbuk koko
dalam bekas besar. Masukkan Nescafe 3 in 1, garam dan gula ising. Gaul rata.
3.
Masukkan air panas.kacau dengan spatula
atau whisk hingga sebati.
4.
Masukkan minyak gaul hingga sebati, masukkan esen vanilla dan masukkan cuka ..kacau rata.
5.
Masukkan ke dalam Loyang. Bakar dengan
suhu 160’C selama 1 jam atau hingga masak. Test dengan lidi untuk tentukan kek
dah masak atau belum ye.
6.
Jangan risau kalau kek retak kerana memang
itulah kejadiannya. Bila masak, sejukkan sebentar dalam 5 minit dalam Loyang selepas
itu keluarkan dari Loyang ..bolehlah sejukkan atas rak.
Bolehlah cuba..
Bolehlah cuba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan