Assalamualaikum,
Tempahan pertama tahun ini, daripada seorang sahabat baik semasa belajar di ITM Shah Alam dulu untuk sahabat kami juga yang menyambut ulangtahun hari lahirnya. Terima kasih atas sokongan Jiha kat kakBai..
Hasrat hatinya inginkan kek yang
lembut dan gebu serta ada poppy seed. Bai faham keinginan orang ni. Risau jika tak dapat penuhi. Dalam hati tawakal saja. Mulut berkumat kamit berdoa agar dapat kek menjadi dan sedap di tekak orang. Sebenarnya Bai memang nak buat untuk makan sendiri..tapi kejap ingat kejap tak..bila ingat, tengah sibuk la pulak..bila lapang, tak teringin..huhu..Bekalan Poppy seed dah ada..tapi nak membuatnya tu asyik tertangguh.. Jadi poppy seed tu disimpan dalam bekas kedap saja.
Beli dulu ingat nak buat biskut keju poppy seed namun tak kesampaian.
Bai ambil resepi kek oren biji popi ni
dari dapur Bonda Team..Terima Kasih ye ..tengok keknye memang
mengancam. Namun begitu, Bai ada membuat sedikit tambahan dalam resepi ini. Hasil percubaan memang menjadi dengan jayanya hinggalah ada tempahan
dari sahabat Bai ni.
Sebenarnya
biji popi ni jika dicampur dalam adunan kek, kek kita akan bertambah sedap. Bai
memang akui, sebelum ni memang ada membuat kek oren dan lemon tetapi tak letak
pun biji popi sebab tak teringat nak beli. Kek memang sedap juga dengan bau dan
rasa tangy limau. Bila dah ada, saja letak biji popi nak bagi kek ada tekstur
dan warna pada kek. Kek menjadi lebih harum seolah-oleh kita ada campurkan
kekacang. Rasanya lemak-lemak dan harum semerbak satu rumah. Bila ada
permintaan kek oren biji popi, Bai buatkanlah. Bukannya banyak pun Bai guna
biji popi untuk sebiji kek, dalam 15 gram gitu. Bai pun tak suka sangat kalau
kek oren jadi kehitaman akibat biji popi yang terlalu banyak dalam adunan kek.
Bai suka kek oren Bai ini ada nampak parutan
kulit oren, warna kekuningan dan ada bintik-bintik dalam kek..sweet gituu..
Sahabat-sahabat
Bai tu sampai semalam tak habis-habis memuji kesedapan kek oren ni. Kompom repeat
order lagi katanya. Alhamdulillah..
KEK MENTEGA OREN GEBU
Oleh: Resepi Bonda Team
diolah semula: Baizura TMB
Bahan
225g
mentega @ marjerin
1
½ cawan gula kastor - Bai letak 1 cawan
4
biji telur gred A – asingkan putih dan kuning telur
2
cawan tepung self raising( ayak)
2
biji oren diparut kulitnya
4
sudu besar jus oren yang diperah
15
g blue poppy seed – Bai tambah
Sedikit
pewarna kuning @ oren- Bai tambah
1
suduteh esen oren- Bai tambah
Cara
membuatnya
1. Pukul
mentega/marjerin dengan gula hingga kembang atau gula hancur. Masukkan parutan
kulit oren. Pukul rata.
2. Masukkan
telur kuning satu persatu hingga habis.. pukul hingga gebu.
3. Masukkan
tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren
tadi. Gaul hingga rata dan ketepikan.
4. Dalam bekas
lain, pukul telur putih hingga kembang dan pekat. Kaupkan putih telur ke dalam
adunan kek sambil digaul sehala hingga sebati. (jangan terlebih gaul)
5. Tuangkan ke
dalam Loyang yang telah digris dan dialas kertas pada dasar tin
6. Bakar dalam
oven yang telah dipanaskan 15minit..bakar kek pada suhu 175’C selama 40 minit.
Bai guna api atas bawah 160C selama 50 minit.
7. Sejukkan
kek sebentar sebelum dikeluarkan dari Loyang.
Untuk tempahan hubungi 012-5980060
Tiada ulasan:
Catat Ulasan