Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 2 Januari 2016

Selamat Tahun Baharu 2016


Assalamualaikum,

 

Selamat Tahun Baharu 2016…!!
 
 

Untuk tahun baru ini Bai tak mau berazam lagi kerana azam tahun yang lepas pun masih belum tercapai. Apapun dengan bertambahnya tahun ..Bai doakan semoga hidup kita semua sentiasa diberkati Allah SWT, bertambah iman, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, umur yang dirahmati dan hidup bahagia dunia dan akhirat..aamin

Bai sebenarnya berasa seperti tahun-tahun lepas juga bilamana keadaan ekonomi Bai terutamanya, yang semakin tidak stabil kerana suami Bai tidak bekerja, ditambah pula dengan kenaikan harga barang dapur akibat GST tahun lepas, kenaikan bil-bil dan kad kredit yang mula tertunggak, menyebabkan kami perlu menghadkan pembelian barang-barang tertentu serta aktiviti-aktiviti yang menggunakan kenderaan sebab minyak nak kena beli dengan duit jugak. Nak beli apapun sampai kena mencongak-congak bimbang duit tak cukup nak bayar..huhu

Bai juga dapat tempahan yang agak kurang berbanding tahun-tahun lepas..Bai tidak salahkan pelanggan, mereka semua pun terkena tempias ekonomi Negara kita yang tidak stabil juga..Alhamdulillah la bila melihat ada sebahagian baker-baker dapat bertahan dan semakin maju. Tugas-tugas Bai di pejabat juga semakin banyak dengan perancangan, perlaksanaan  dan penyediaan modul latihan. Tahun ini agak mencabar juga kerana perlu mengadakan mou dengan IPTA-IPTA bagi program keusahawanan serta agensi lain yang terlibat.

Namun begitu…Syukur Alhamdulillah dengan segala nikmat yang telah Allah berikan. Disebalik itu Dia juga menyelitkan ujian-ujian pedih dan pahit agar Bai tidak leka dan lalai. Semoga kegetiran ini akan digantikan dengan kesenangan dan rezeki yang melimpah ruah kelak. Dia menguji sabar dan redha..

Dalam kegetiran ini, kami sekeluarga masih lagi bersama, mampu bergurau ketawa walau kebanyakan menu adalah nasi goreng.. kenapa,? tak percaya?hehehe..Ahmad Maslan saja yang takkan percaya…sebab dia serba serbi boleh..kerja sampingan pun banyak.

Pembaca semua janganlah kata Bai merungut..bukan ye..nukilan ini hanyalah luahan hati sahaja. Segalanya ketentuan Ilahi belaka. Moga tahun ini ada sirna harapan  untuk Bai serta keluarga. Dalam keadaan ini, Bai kena positifkan minda.

Bai faham .. bahawa Rezeki ni sebenarnya luas maknanya..bukan setakat wang ringgit..sihat pun rezeki, ada anak-anak yang menyenangkan hati pun rezeki. Mana tahu, tahun ini naik pangkat dan bertukar ke negeri lain..itu pun rezeki!..Yang penting, kita jangan putus doa ye dak..doakan senjata orang mukmin.
C'est La Vie..

 

 

 

Tiada ulasan: