Celoteh

Teratak Manis Baizura

Selasa, 10 Mei 2016

Cream Puff Kastad


Assalamualaikum dan salam sejahtera,







          Semalam balik kerja terus ke kedai beli bahan nak buat cream puff untuk jamuan perhimpunan bulanan di pejabat.
 
      Resepi ni memang senang nak buat. Bai banyak study resepi-resepi yang digunakan oleh orang yang tidak asing lagi dalam bidang masak-masak ni seperti Yani, Kak Azlita dan Kak Zuriani.
 
       Cream Puff ni memang tidak jemu dimakan..rasanya yang ringan, tidak terlalu manis dan sedap di tekak. Bai sering gunakan resepi di bawah ini untuk jualan dan makan-makan dengan keluarga. Bai banyak menerima maklumbalas dari customer yang menyatakan puff Bai ni sangat sedap. Kalau ada yang nak mencuba bolehlah gunakan resepi ini.
 
 
Cream Puff Mudah
by Baizura
 
Bahan
 
100ml Air
45g Butter
60g Tepung Gandum(diayak)
2 biji Telur B
 
Cara
 
1.Masukkan Air dan Butter dalam periuk dan masak hingga mendidih.Tutup Api. 
2.Masukkan tepung, kacau laju-laju hingga tidak melekat tepi periuk. Buka api semula, kacau hingga agak kering sedikit.dan tutup api semula.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk ,kacau dengan garfu supaya sebati. Masukkan dalam adunan butter tadi,kacau laju-laju hingga sebati.
4. Masukkan dalam piping bag supaya senang nak bentukkan puff. Guna nozzle 1cm bulat @ bintang supaya senang nak bentuk. Kalau tak ada potong saja hujung piping bag dalam diameter 1 cm.
 
 
5. Sapu shortening atas dulang pembakar dan paipkan adunan secara berlingkar.
6. Panaskan oven 200'c selama 10 minit terlebih dahulu.
 
7. Bila adunan selesai dibentuk, spray air ke atas adunan puff dan tekan muncung adunan puff supaya lebih cantik tak berbonjol-bonjol. Air yang direnjis ini akan bertindak sebagai wap stim yang membantu puff kembang dengan cantik.
 
8. Bakar puff, dengan api atas bawah suhu 200'c selama 15minit dan selepas itu turunkan suhu dalam 160'c selama 20 minit. Kena selalu tengok-tengokkan oven ye, bimbang suhu oven masing-masing tak samakan? nanti rentung beramai-ramai..hihi
 
 
9. Bila dah garing atau perang dah boleh keluarkan untu sejukkan di atas redai. Puff tidak akan mengecut dan meleper ye.Isikan inti bila puff dah sejuk. Caranya..gunting sikit bahagian tepi puff picit piping bag yang berisi krim kastad hingga agak-agak penuh, biarkan terkeluar sedikit..sebagai hiasan pemikat selera..
 
 
Inti Krim Kastad
 
Bahan
 
1sdbesar tepung gandum
1 sdbesar tepung jagung
4 sdbesar gula
200ml susu segar(fullcream dutchlady)
1 biji telur B
1 sdbesar butter
1 sdteh esen vanilla
sedikit pewarna kuning jika mahu
 
Cara
 
1.Pastikan susu, butter dan telur bersuhu bilik. 2.Masukkan  kedua-dua jenis tepung ke dalam periuk dan tuangkan sedikit susu, gaulkan hingga tiada ketulan.
3. Masukkan gula, telur, esen vanilla, pewarna dan tuang baki susu. Gaul hingga sebati. Pastikan tiada ketulan. Jika ada kena tapis dulu sebelum masak.
4. Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau dengan whisker hingga pekat. Dah masak, masukkan butter dan kacau rata, adunan akan nampak berkilat dan berkrim.
 
 
5.Sejukkan di suhu bilik dan isi dalam piping bag supaya senang nak masukkan inti dalam puff nanti.
 
              Cream Puff ni belum di tabur pastry dusk.
 
     Cream Puff ini sangat sedap bila dimakan ketika sejuk. Selepas isikan inti, puff boleh disimpan dalam fridge. Apabila nak makan, keluarkan dan tabur gula aising atau pastry dusk yang lebih tahan lama berbanding gula aising yang cepat cair.
 
      Adunan cream puff ni akan dapat sebanyak 10-15 biji bergantung kepada saiz yang kita buat. Inti mungkin akan berlebih sedikit., namun bergantung kepada rongga dalam puff tu lah jugak.
 
       Untuk pengetahuan anda juga, inti ni kita boleh juga tukar kepada macam-macam inti yang lain seperti...kastad jagung, freshcream, krim coklat, peanut butter dan jem buah-buahan. Terpulanglah atas selera anda semua.
 
 

Jomlah cuba,tak rugi tau..




















 

 
   
     

2 ulasan:

Unknown berkata...

AssAssalamualaikum... Izinkan sy mncuba resepi Sis... Terima Kasih... 😀

Unknown berkata...

** Assalamualaikum... Maaf typo...