Semenjak-menjak ni, Bai rasa tak berapa lalu nak makan sarapan yang berat-berat..badanpun memangnya dah bertambah kilonya..huhu..tekak ni rasa pahit jer..nak matikah aku ni!takutnye..huhu
Semalam Bai buatkan Overnight Oat..untuk makan pagi ni di pejabat. Biarlah apa orang nak kata..bukan selalu Bai makan benda ni pun..tapi Bai memang suka makan oat..tak kiralah bubuh dalam nescafe ker, dalam cucur pisang ker..sekali sekala kita kena ubahlah sikit corak pemakanan kita..kerana 'kita adalah apa yang kita makan!'..mana mau asyik makan nasi lemak bungkus atau roti canai tu..tepu la lemak dan kolestrol dalam tubuh kita..
Ada juga yang kata Overnight Oat ni mahal bahannya..yang Bai pasti, buah-buah seperti strawberi dan beri biru memanglah mahal. Tapi kalau kita pandai simpan, tahan lama juga. Cuba bekukan buah-buah yang mahal ni..bila nak guna, , potong kecl-kecil, campak je dalam oat tu..sebab kita guna sikit saja dalam oat tu kan..ada kismis, kurma, aprikot dan buah tin kering pun boleh guna..tak semestinya buah segar.
Tak mengapalah kalau ada yang berbisik 'mahal'..terpulanglah..pada Bai sekali sekala makan oat ni bagus untuk perut dan sangat berkhasiat..overnight oat ini ada kandungan lemak tenusu yang sedikit, mineral, vitamin c dan sebagainya..kolesterol tak ada, kerana oat sendiri yang akan mengurangkan kolesterol. Oat mengandungi lebih banyak serat, kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E. Kena melabur lah sikit untuk kesihatan yang sangat berharga.
Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.
“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagi.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa dengan mengambil oat, ia boleh:
– Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes jenis 2 dan mengurangkan berat badan.
– Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.
– Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.
– Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.
– Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.
rujukan : www.anugerahquran.com
Di sini Bai juga hendak berkongsi resepi Overnight Oat yang Bai selalu buat untuk sarapan pagi.
Bai letak buah beri biru, strawberi dan mulberi
Overnight Oat
by Baizura
Bahan
1/2 cawan oat segera
1/2 @ 1 cawan yogurt asli/ berperisa
1/2 cawan susu segar @ rendah lemak
Buah-buahan segar seperti strawberi/beri biru/mulberi/epal/pic/pisang/plum/delima dan lain-lain lagi.
atau
Buah-buahan kering seperti kurma / kismis / tin / apricot / kekacang dan lain-lain
Cara Buat
1. Campurkan oat, yogurt dan susu dalam satu bekas kedap. gaul rata.
2. Campurkan buah-buahan pilihan yang telah di potong kecil jika terlalu besar. jika buah kecil seperti beri biru, kismis dll tak perlu potong dan gaul rata.
3. Simpan dalam peti ais semalaman supaya oat dapat menyerap cecair dan lembut serta enak dimakan.
Boleh je kalau nak cari yogurt yang agak murah berbanding jenama nestle dan yang lain-lain tu..Bai rajin ke Tesco dan melihat-lihat di bahagian buah-buahan..adakalanya harga buah import seperti strawberi, pic,plum dan beri biru ada tawaran harga murah dan masih segar lagi. Susu dutchlady juga selalu ada tawaran harga murah. Biasanya ditawarkan dalam harga RM 4.99.
Yogurt pula ada jenama Tesco yang tak kurang enak juga ada perisa asli, strawberi dan pelbagai beri. Harga dalam RM1.05 sahaja.
Sekeliling rumah Bai memang banyak pokok mulberi yang ditanam oleh suami. Bila tiba waktu berbuah, memang banyak sungguh, Bai kutip dan simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Bila-bila nak guna, ada bekalan.
Nilah buah mulberi..lagi hitam warnanya lagi manis.
Silalah cuba keenakannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan