Celoteh

Teratak Manis Baizura

Rabu, 4 Mei 2016

Monte Oh Theo

Assalamualaikum,


Semoga kehidupan anda semua pada hari ini berjalan lancar, dipermudahkan segala urusan dan berbahagia hendaknya. Bai agak ketandusan idea dan kekurangan waktu ketika ini untuk mencoretkan tinta kehidupan.
 
       Namun hari ini Bai seperti diseru-seru untuk melakar memori yang mungkin Bai tak akan lupakan sampai bila-bila di sini. Pada 29hb April 2016 (Jumaat), Bai bercuti rehat di rumah, jadi urusan hantar dan ambil anak sekolah jadi tanggungjawab Bai lah apabila suami bekerja. Waktu menghantar anak ke sekolah, tiada kejadian buruk yang berlaku namun sewaktu hendak mengambil anak-anak sekolah, kejadian itu berlaku...
 
        Seperti biasa tengahari itu, semua kucing melepak di garaj kereta. Ibu kucing ada 2 ekor, Sinchan dan Nyunyu, yang dewasa ada 7 ekor - Polkadot, Monte , Abam, Mumu, Theo, Milo dan Mina bermain sekeliling kereta dan anak kecil si Oreo, Olaf, Lilo, Bobi, Anjang dan Andak pun sama bermain-main tak kira cuaca semakin panas di luar.
 
Monte berumur 5 minggu

        Bai dah menghalau semua kucing supaya tidak berada di bawah kereta dengan penyapu, menekan pedal minyak supaya mereka takut dengan bunyi enjin yang kuat. Bai memasukkan si Theo ke dalam kereta kerana dia selalu mengikut Bai mengambil kakak-kakaknya balik sekolah. Ingatkan semua dah pergi, rupanya Bai tak sedar si Monte masih bersantai di tepi tayar belakang. Sewaktu aku menekan sedikit minyak untuk bergerak ke hadapan, ketika itulah terdengar jeritan Monte meronta-ronta di bawah kereta. Bai jadi gemuruh dan agak gementar. Pantas Bai turun kereta untuk melihat apa yang berlaku. Apa nak buat, bimbang jika di undur akan menggilisnya, lalu  nekad anjak ke hadapan, rupanya tayar hanya menindih bulu panjang bahagian ekornya..Lega rasanya Bai tidak cederakan kaki atau apa-apa bahagian yang lain. Semua kucing terkejut dan bertempiaran lari ketakutan. Termasuklah si Theo yang berada dalam kereta, terjun melalui pintu kereta yang masih terbuka. Melihat keadaan itu, Bai menutup pintu kereta dan mengejar Monte yang berlari ke belakang rumah dan bersembunyi di dalam longkang.
 
Monte berumur 5 bulan
 
        Bai risau akan keadaan Monte dan terus memeriksa keadaannya, dan lega tiada apa-apa kecederaan serius. Namun  dalam hati masih berdebar tak terkata, tangan dan kaki menjadi lemah dan ketar belum hilang. Semua kucing bersembunyi di sebalik pasu dan pokok sekitar rumah. Aduhai Monte..
 
          Bai terus mencari si Theo yang nak Bai bawa tadi, jenuh mencari, tak jumpa..jadi masa dah lewat, tentu anak-anak sedang menunggu di sekolah dengan cuaca yang panas, Bai terus memandu kereta. Sambil itu hati masih tertanya-tanya di manakah Theo. Bai membayangkan apa akan jadi sekiranya Theo ada di atas bumbung kereta.. atau dalam bahagian bawah kereta..aduhh..tangan menggeletar semula..semasa di simpang lampu trafik, Bai jenuh memujuk hati supaya sangkakan yang baik-baik.
 
Theo berumur sebulan lebih dan sangat suka lepak atas katil mama
 
         Teringat dua tiga menjak ni, Theo sangat manja dengan Bai, bukan Bai seorang yang perasan rupanya, anak-anak dan suami pun naik hairan melihat Theo yang sering mengikuti Bai ke mana saja, tidur di atas perut Bai, menjilat-jilat kaki, tangan dan muka Bai semasa tidur..bimbang juga, sebab biasa dengar, kucing selalunya akan berkelakuan macam tu biasanya akan pergi jauh atau hendak mati..Na'uzubillah, tak sanggup rasanya kehilangan kucing lagi..
 
        Bila kereta reda, Bai pun terus memandu ke sebelah jalanraya untuk mengambil adik dan ayong di sekolah. Bai masih trauma dengan kejadiaan yang menimpa Monte, Bai cuma menekan minyak 50km/j sambil merasa bimbang terhadap Theo yang Bai cari tak jumpa pula..Tiba-tiba terdengar sesuatu dari bawah kereta, Bai perlahankan lagi kelajuan ..tiba-tiba mata bai tertangkap sesuatu seperti kucing sedang melompat keluar dari belakang kenderaan Bai melalui cermin sisi sebelah kiri..lalu terus kucing itu memasuki semak sebelah kiri jalanraya.. Ya Allah, apa yang Bai fikirkan sedang berlaku.. terus Bai berhentikan kereta di bahagian tepi jalan ..mujur ketika itu tiada kenderaan lagi yang lalu, jika tidak..tak sanggup nak tulis..
 
       Terus Bai keluar dan kuncikan kereta, dan berdencit-dencit mulut memanggil kucing itu keluar dari semak. Jalanraya ketika itu menjadi sangat sibuk dengan kereta yang sangat laju, lori dan treler..suara Bai tenggelam dalam bunyi bising kenderaan. Hati kembali berdegup kencang, kucing yang mana ni..hati memang teringat Theo..janganlah Theo, bisikku perlahan-lahan..airmata mula mengalir. Lori dan treler membunyikan hon bila melihat Bai yang terbongkok-bongkok mencari sesuatu di celah semak samun. Bimbang seribu bimbang, teringat anak-anak di sekolah menanti, kucing malang yang mana satu, takut terserempak dengan sang ular ke...
 
Theo berumur 2 bulan lebih dan ini gaya kesukaannya
 
        Bai susah hati tak terkata..nak buat macam mana, cari tak jumpa, anak-anak tunggu di sekolah kerana dah lewat sangat..terus telefon suami menceritakan semuanya yang berlaku. Airmata mengalir deras..suami suruh ambil anak dulu lepas tu terus balik. Semasa mengambil anak-anak semua bertanya kenapa lewat, namun terdiam melihat kesan airmataku..tanpa menunggu diorang bertanya, bai terus cerita apa yang berlaku. Adik dah menangis, ayong sedang cuba bertenang dan meminta supaya kami terus ke tempat kucing tadi untuk tolong cari..lega mendengarnya..sama seperti kata hatiku..
 
         Kami mencari di tepi jalanraya dengan panas yang luar biasa..dalam hati tak berhenti berdoa agar janganlah  terjadi kemalangan di situ dan semoga berjumpa kucing tersebut. Hati terasa yakin yang kucing itu adalah Theo..setelah berpecah, adik mencari di semak tepi jalan bersama ayong dan Bai mencari di tepi sungai sebelah semak..sempat juga Bai menasihati anak-anak supaya berhati-hati bimbang tertikam duri, terjatuh atau terserempak ular..
 
        Ntah macam mana, ketika Bai dan anak-anak hampir berputus asa mencari, Bai berkata-kata seorang diri, tolonglah gerak-gerakkan rumput supaya kami dapat melihat..dengan kuasa Allah yang maha penyayang, tiba-tiba mataku tertancap sesuatu bergerak-gerak di sebalik rumput dan nampak seperti sebelah telinga kucing.
Terus Bai menguakkan rumput yang tinggi untuk melihat..Bai memanggil nama Theo, terus dia angkat mukanya..memang betul seperti apa firasatku, memang itu Theo yang sedang ketakutan, kesakitan barangkali dan seperti hilang harapan..Bai terus menhamburkan kesyukuran ke hadrat Ilahi..tiada kata-kata
 
        Terus Bai memeluk Theo dan diapun seperti tidak mahu melepaskan diri lagi daripadaku..anak-anak melompat kegembiraan dan bergilir-gilir mendukung Theo ke kereta. Semasa dalam kereta, ayong memeriksa tubuh Theo, memang terdapat sedikit calar balar berdarah di semua kaki dan kukunya..tak dapat ku bayangkan apa yang terjadi kepadanya ketika itu..Nasiblah Allah uji Bai dengan rasa susah hati dan tak memandu laju kerana asyik memikir dan membayangkan sesuatu..huhu..panjang umur Theo..
 
 

                              Siapa yang tak sayang pada Theo..kaki pendek, tengkuk takde..


            Suami sedang menunggu di rumah dengan muka yang ketat, setelah melihat Theo, terus dia menangis sambil memeluk Theo..'Alhamdulillah...kamu untung ada mama yang sanggup redah mencari kamu..' itu je kata-kata yang terus terkeluar dari mulut suamiku..kami merasa lega sedikit, namun hingga ke saat ini Bai masih trauma apabila memegang stereng kereta..
 
 

Tiada ulasan: