Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 16 Mei 2016

Selamat Hari Guru 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hujung minggu ini Bai cuma bawa anak-anak membeli hadiah untuk cikgu sempena hari guru 2016.. yang bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa'.


 
 
Berpusing-pusing mencari hadiah yang sesuai..puas satu-satu mereka belek..last-last mamanya yang pilihkan..aduhai la...
 
Kali ini adik tak mahu mama buatkan kek kat cikgu-cikgu di sekolahnya. Mulanya, bila ditanya kenapa, dia diam sahaja..lama-lama terkeluar juga rahsia yang dipendam-pendam..lama tu..setahun..rupanya..sambutan hari guru tahun lepas, ayahnya ada serahkan kek kepada guru besar untuk jamuan guru-guru..sebagai mengenangkan jasa semua guru yang pernah mengajar dan mendidik anak-anakku. Apalah sangat sebiji kek jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan mereka!!
 
 
Kek Red Velvet yang rosak tu..aduhai..cikgu-cikgu tak ade rezeki nak rasa!!

 
 Semasa jamuan hendak diadakan, adik bertanyalah kepada guru besar di mana kek yang diberi tadi, kerana adik tak nampak kek yang mama bersusah payah membuatnya sehari semalam itu di atas meja bersama kek-kek yang lain..  guru besar beritahu yang kek itu sudah rosak akibat budak lelaki tahun enam yang disuruh bawakan ke dewan jamuan membawa kek secara tidak bertanggungjawab, menyebabkan kek telah hancur..semasa adik bercerita, aku dapat menyelami jiwanya..betapa hatinya hancur dan remuk...!lama dia simpan rahsia ini.
 
"hmm..takpelah..janji cikgu tahu adik ada bawakan sesuatu untuk cikgu-cikgu di hari guru..kann..". Bai cuma menenangkan perasaannya..itulah budak-budak..
 
 
"Sebab tulah adik tak nak bawa kek dah..adik nak beri barang yang susah rosak kat cikgu..adik sayang ustazah Shima, adik tahu dia suka bakul kecil nak letak dia punya alatulis".
 
Ayong pulak nak bagi hadiah kepada cikgu kelasnya dan seorang guru bahasa Inggeris yang selalu membakar semangatnya. Cikgu Zaleha ni garang katanya, tahun lepas langsung dia tak dapat sebarang hadiah, "jadi ayong nak hadiahkan cikgu ni, semoga tetap bersemangat mendidik ayong yang nakal ni," katanya..
 
 
Alhamdulillah..dah berakal dah anak-anak Bai ni..Semoga cikgu-cikgu dapat menggalas amanah dan tanggungjawab buat anak bangsa dengan semangat yang tinggi..hmm..terkenang suatu ketika dalam tahun 1993..Bai pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Kangar..macam-macam kenangan mengimbau semula..

Apapun selamat menyambut Hari Guru 2016 kepada semua guru dan pendidik seantero pelusuk Malaysia..tanpa guru siapalah daku hari ini..!!

 

Tiada ulasan: