Bersua lagi kita..Alhamdulillah masih bernafas lagi..dan diberi peluang menginsafi diri dan mengerjakan tanggungjawab harian terhadap Allah dan Manusia...
Minggu lepas 7/5/2016(Sabtu) Bai ke Perlis mengiringi Puan Pengarah menghadiri Program Fit Malaysia Negeri Perlis. Program ni sepatutnya pada 8/5/2016. Sengaja bos nak pergi awal dan menginap di Hotel Brasmana kerana program Fit Malaysia Negeri Perlis tu akan di adakan di IKBN Kuala Perlis awal pagi yang akan dihadiri oleh YB Encik KJ, Dato' KSU dan Dato' KP dan bos-bos dari KBS. Dalam perjalanan kami, singgah di Kedah untuk melihat acara Sambutan Hari Belia Negara Negeri Kedah yang diadakan di Taman Jubli Emas, Jalan Seri Menanti. Mesti ramai sahabat-sahabat lama sewaktu Bai bertugas di Kedah turut terlibat..Alhamdulillah, termakbul juga hasrat bos nak makan nasi kawah gulai daging umbut pisang.
Memang kalau nak ikutkan, sibuk semedang, sampaikan tak sempat menemani anak mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan tengah tahun. Bai sempat juga buat penganan untuk ditinggalkan kepada suami dan anak-anak nak makan. Bukan apa sangat, cuma puding roti sahaja..hehehe..
Roti gardenia masih ada sebantal lagi. Sikit sangat yang telah dimakan oleh keluarga. Geramlah juga, bila kita beli yang sikit, tak cukup..bila kita beli yang jumbo pulak tak terusik..bila tengok dah 3 hari expired..terus Bai buatkan puding ni, kebetulan semua bahan-bahannya ada. Bimbang rosak, terus tak boleh makan, nanti membazir kan..
Bai dah pernah kongsikan resepi puding roti ni dalam entri yang lepas-lepas. Jadi kalau teringin nak buat, bolehla tengok yang dulu tu yer..cuma Bai tak buat gula karamelnya dan tabur buah-buahan campuran yang biasanya kita buat kek buah tu kan..sebab kismis dan ceri merah dah habis..gunalah apa yang ada..kalau ada buah kurma pun ok juga, potong kiub kecil-kecil kan..tabur jer..sambil melapis roti..
ok, bye..
ok, bye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan