Semalam Bai teringin nak makan overnite oat mempelam untuk sarapan esok setelah 2 hari berpuasa ganti..Mempelam Chukanan ni Bai beli di pasar malam Seri Iskandar Isnin lalu. 3 kilogram berharga RM10. Banyak jugalah buahnya.
Bila ditanya penjual tu sama ada peram cara karbait atau peram cara biasa..rata-ratanya bagitau peram cara biasa..maksudnya petik semasa pelam telah mengkal dan tua kemudian dibalut dengan kertas surat khabar atau kain dan disimpan di tempat yang suam-suam..Kalau peram karbait, biasanya ia masak tak sekata dan yang lebih malangnya, buah dipetik tanpa mengira muda atau tua..jadi, pelam akan jadi kuning tawar dan masam..
Itulah yang terjadi pada Bai..buah ada yang masak manis, ada yang masak masam..tapi takpalah..Redha jelah..itu adalah di antara penjual dengan Allah..sebab itulah kita ni muslim, kalau berjual beli kena berakad..cakap beralas berlapik..
" saya jual buah pelam dengan harga sekian sekian..maklumlah isi buah tak nampak, saya minta halalkanlah jika terkurang terlebih.."
Atau
" Saya jual buah..lebih kurang minta halallah ye"
Jawapan
" Saya beli buah dengan harga sekian sekian..saya halalkan segalanya"
Atau
"saya beli"
Kalau telah berakad..memang tak bolehlah bising-bising bila makan di rumah..sebab dah redha...huhuhu..tapi sekarang ni Bai dapati ramai orang nak berakad jual beli pun berat mulut..lainlah kalau beli dengan mesin..atau memang dah tak boleh bercakap!
Berjual beli ni sebenarnya kena berakad , kerana ia adalah salah satu daripada rukun jual beli iaitu :
1.perlu ada barang @ perkhidmatan yang ditawarkan,
2.penjual dan pembeli
3. lafaz ijab dan kabul (akad)
Suatu ketika dahulu, Arwah ayah Bai memang menitik beratkan bab ini dalam berjual beli, kena akad. Hati orang ni kita tak jangka..Kami sekeluarga pernah menjual nasi lemak daun pisang dan nasi bungkus berlauk serta kuih muih secara sambilan untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika itu Mak Bai ni seorang Jururawat. Arwah ayah pencen askar. Gaji Mak ketika itu tak banyak mana, wang pencen ayah pun dalam RM450. Bayar bil, beli barang dapur untuk sebulan dah habis tak berbaki. Jadi Maklah yang menanggung hutang rumah dan perbelanjaan sekolah kami 6 adik beradik.
Mak dan arwah ayah memang seorang yang menghormati orang, sopan ketika bersembang dan merendah diri. Sebab itulah Bai dah terbiasa dengan keadaan ini. Bai yang biasa membuat dan menjual kek ni juga sering bimbang..takut customer tak puas hati dan sebagainya..biasanya Bai cuba sedaya upaya buat yang sehabis baik.. bila nak serahkan kepada customer sering bagitau
"saya jual kek ye..terlebih terkurang saya mintak halal.."
Jadi pada pendapat Bai, berakad ni lebih kepada menjaga hati dan mendapat keberkatan berjual beli. Berniaga kenalah jujur, jangan terlalu memandang keuntungan saja tanpa mengambil kira keberkatan dunia dan akhirat.
Mempelam Chukanan campur buah Mulberi..sedap rasanya..ada masam ada manis..
antara bahan-bahannya selain oat dan buah
Harga dalam RM1.05 mampu milik..
Panjang pulak Bai berceramah..hihi..jadi inilah overnite oat mempelam Bai kali ini..pssstt..nak kongsi, sejak menambah menu oat ni dalam sarapan Bai, berat Bai dah turun 2 kilo..jomlah tukar menu sarapan kita ..in shaa Allah..boleh punya..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan