Selepas membawa anak-anak membeli hadiah untu cikgu mereka, Bai bergegas pulang untuk siapkan sebiji kek coklat moist untuk birthday anak cikgu.
Bila tanya nak tema apa, katanya apa saja yang sesuai dengan budak lelaki berumur 4 tahun..itupun nasib baiklah Bai tanya cikgu macam-macam kalau tak, alamat jadi kek bunga-bungalah hihi..Bai jadikan ini satu pengalaman sebagai pembuat kek kecil-kecilan..kita ni memang kena tanya habis-habisan apa yang customer nak..adakalanya mereka mungkin rasa kita tahu apa yang mereka nak..dan banyak kesilapan berlaku akibat salah faham ini. Mulalah timbul rasa tidak puas hati..
Jadi bila fikirkan cikgu ni cuma nak raikan hari istimewa anaknya, apalah salahnya Bai buat sesuatu yang warna warni..meriah gitu!
Bai belajar buat badut ini daripada blog kak Azlita..memang sangat mudah. Mengapa Badut? sebab bagi Bai badut ini menampakkan imej yang periang dan ceria serta menghiburkan..Jom nengok Kek Coklat Moist Si Badut..
Kek ini Bai lapiskan dan salut keliling kek dengan krim coklat mousse selapis. Kek ni saiz 7 inci diameter agak kecil juga, dan Bai salutkan kek dengan coklat ganache cara sapuan.
Harap cikgu puas hatilah ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan